Selepas lahir, lapar sangat, mulut dok mencari apa sahaja yang boleh dihisap :D
- malam pertama melihat dunia, asyik menangis dengan kuat (macam kena pukul/cubit-cubit sahaja gayanya) sehingga jururawat terpaksa mendukungnya tengah malam sambil buat kerja. Jururawat bagi "award no. 2" padanya sebab sangat kuat menangis. No.1 bayi lain yang pegang, hehehe. Masa ni menangis kelaparan sebab susu Ummi baru mula nak keluar, tak banyak sangat lagi. Masuk malam kedua, senyap sunyi, tidur lena sebab kekenyangan. Alhamdulillah susu mula melimpah ruah :)
- hari ke-3, 30 Jan 2015 selepas solat Jumaat boleh balik rumah, tapi setiap pagi perlu ke klinik untuk cek jaundis. Bacaan jaundis turun naik sehingga prolonged jaundis (selepas hari 14) tetapi masih bertahan tidak perlu masuk wad. Akhirnya jaundisnya berkurangan pada hari ke-18 dengan bacaan 5.3 jika tidak silap. Alhamdulillah.
- hari ke-7, Ummi dan Ayah mencukur rambut Nashwa sehingga botak, dan nama Nashwa Sofiyya juga diberikan secara rasmi :) Nashwa = pewangi/haruman, Sofiyya = ketenangan. Semoga Nashwa Sofiyya sentiasa mewangikan lagi menenangkan kehidupan kami sekeluarga. Seringkali nama anak-anak diberikan mengikut tema keadaan yang berlaku sekitar mereka dilahirkan. Kali ini tema masuk ke rumah baru, alhamdulillah :)
kakak-kakak dan abang sangat gembira menyambut adik di rumah :)
Hai, saya baru sampai di rumah - hari ke-3 :)
- hari ke-7, Ummi dan Ayah mencukur rambut Nashwa sehingga botak, dan nama Nashwa Sofiyya juga diberikan secara rasmi :) Nashwa = pewangi/haruman, Sofiyya = ketenangan. Semoga Nashwa Sofiyya sentiasa mewangikan lagi menenangkan kehidupan kami sekeluarga. Seringkali nama anak-anak diberikan mengikut tema keadaan yang berlaku sekitar mereka dilahirkan. Kali ini tema masuk ke rumah baru, alhamdulillah :)
- Umur 3 bulan, mula hantar Nashwa kepada pengasuh seminggu lebih awal sebelum masuk kerja semula. Alhamdulillah ada pengasuh yang sudi menjaga Nashwa. Pada mulanya agak susah hendak minum susu dari botol. Macam-macam botol yang telah dicuba i.e Avent, Tommee Tippee etc tapi tidak semudah yang disangka. Akhirnya pengasuh mencadangkan botol pigeon dan alhamdulillah, Nashwa sukakanya. Kami juga mula pindah ke rumah baru, namun rumah sewa masih belum dikosongkan sepenuhnya. Kami pindah sikit-sikit barang memandangkan jarak rumah sewa dengan rumah yang kami beli tidak jauh kedudukannya :)
- dihujung 3 bulan nak masuk 4 bulan, Nashwa mula meniarap. Masuk 4 bulan, Nashwa dah boleh duduk dalam bumbo chair dia dah.
- dihujung 3 bulan nak masuk 4 bulan, Nashwa mula meniarap. Masuk 4 bulan, Nashwa dah boleh duduk dalam bumbo chair dia dah.
- pada umur 4.5 bulan, Nashwa dijangkiti 'chicken pox". Pada 15 June 2015, ambil dari rumah pengasuh dah mula nampak biji di belakang kepala Nashwa. Lebih kurang 2 minggu juga untuk Nashwa baik sepenuhnya. (chicken pox ini bermula dari abang Ahmad yang dapat dari tadika. Lepas seminggu lebih hampir pulih, sambung dengan kakak Nuha pula yang dijangkiti dan selepas seminggu lebih sambung pada Nashwa pula. Lepas 2 minggu sambung pada kakak Insyirah pula, demam chicken pox berjamaah depa ni :D Alhamdulillah, Nashwa tidak demam dan banyak meragam semasa terkena chicken pox.
- pada umur 6 bulan, Nashwa masih menyusu badan sepenuhnya. Ummi baru nak perkenalkan "solid food" selain EBM. Makanan pertama yang disediakan oleh Ummi ialah bubur yang dikisar. Kemudian puree lobak merah.
- pada umur 6.5 bulan, majlis akikah Nashwa diadakan pada 16 Ogos 2015 (1 Zulkaedah 1436 H) sekaligus dengan majlis kesyukuran (masuk rumah baru, ummi naik pangkat, ayah disahkan jawatan dll). Masa ni juga, mula tumbuh gigi bawah 2 batang (belah kanan dulu kemudian selepas seminggu keluar pula belah kiri). Alamak gambar sekitar majlis mana?
- pada umur 7 bulan dah mula belajar angkat punggung nak merangkak, tapi hanya gerak-gerak kedepan kebelakang secara statik :) Pada umur 7.5 bulan, merangkak dengan jayanya dan pada masa yang sama mula belajar duduk tanpa sokongan (walau kadang selepas seminit tumbang). Nashwa juga mula belajar nak berdiri sambil memaut pada badan kita. Haishhh semua nak buat sekaligus :D
- pada umur 6.5 bulan, majlis akikah Nashwa diadakan pada 16 Ogos 2015 (1 Zulkaedah 1436 H) sekaligus dengan majlis kesyukuran (masuk rumah baru, ummi naik pangkat, ayah disahkan jawatan dll). Masa ni juga, mula tumbuh gigi bawah 2 batang (belah kanan dulu kemudian selepas seminggu keluar pula belah kiri). Alamak gambar sekitar majlis mana?
- pada umur 7 bulan dah mula belajar angkat punggung nak merangkak, tapi hanya gerak-gerak kedepan kebelakang secara statik :) Pada umur 7.5 bulan, merangkak dengan jayanya dan pada masa yang sama mula belajar duduk tanpa sokongan (walau kadang selepas seminit tumbang). Nashwa juga mula belajar nak berdiri sambil memaut pada badan kita. Haishhh semua nak buat sekaligus :D
- pada umur 8 bulan, sudah boleh berdiri dan berjalan sambil memegang sofa dan almari, juga dah pandai cangkung :). Masa ni EBM kehabisan stok, Ummi mula menambah susu formula kepada diet Nashwa selain dari EBM yang ada. Nashwa juga telah bersunat di Klinik Jammy pada hari Sabtu, 10 Okt 2015.
baru balik dari rumah pengasuh. penat dah main, nak mandi, susu dan tidur, mengantuk dah :)
- lagi beberapa hari nak masuk 9 bulan (24 Okt 2015), dah boleh panjat satu anak tangga dan keesokkannya 25 Okt, dah boleh naik 2 anak tangga. Anak tangga gelongsor pun dah cuba naik satu anak tangga kemudian tergelincir licin sebab pakai baju tido tutup kaki semua :) Gigi belah atas kanan pun sudah mula tumbuh pada minggu akhir 8 bulan. Sekarang dah ada 3 batang gigi :) Nashwa juga sudah mula berdiri sediri tanpa pegang apa-apa dan bertahan selama 3 saat :)
- Waktu usia 9 bulan++ waktu yang agak mencabar bagi Ummi dan Ayah. Nashwa dah mula buat ragam takut dengan orang. Nashwa sudah pandai pilih orang yang dia nak dan taknak. Masa bawa gi hotel masuk dalam lift mesti menangis ketakutan bila lift dipenuhi oleh orang yang Nashwa tak kenal. Pagi-pagi ke rumah pengasuh pun mesti nangis dulu takmo tinggal kat rumah pengasuh. Nasib baik sekejap jer nangis sebab pengasuh pandai pujuk, huhuhu...asyik nak berkepit dengan Ummi dan Ayah sahaja sekarang ni untuk rasa lebih selamat. Harap ragam Nashwa ni tak lama lah hendaknya. Nashwa semakin bijak pandai sekarang, itulah sebab banyak ragamnya :D
- 28 November 2015 ini, Nashwa genap 10 bulan. Masa 10 bulan, gigi 6 batang, 4 atas dan 2 gigi bawah. Boleh berdiri sendiri tanpa memegang apa-apa dengan yakin dan kadang tu siap tepuk-tepuk tangan sebab seronok sangat :) Pada 10 bulan 3 minggu, sudah berani menapak 1-3 langkah dan jatuh. Bersungguh-sungguh berlatih berdiri sampai berpeluh-peluh. Oh ya, masa 10 bulan ni juga, Nashwa berjaya naik tangga sehingga tingkat atas dengan jayanya. Alkisah masa ni Ummi sedang menjemur kain di luar rumah dan meminta kakak-kakak dan abang tolong tengok Nashwa tetapi masing-masing leka menonton tv sehingga tidak sedar Nashwa panjat tangga seorang diri. Syukur tidak terjadi kemalangan, huhuhu. Kakak sedar Nashwa sudah berada di atas bermain seorang diri selepas mendengar bunyi bising di tingkat atas. Nashwa seronok main seorang diri di atas.
- 28 Disember 2015 ini, Nashwa genap 11 bulan dan Ummi pula genap 34 tahun:) Hari ini juga hari orientasi masuk Tahun 1 untuk kakak Nuha. Nashwa timbang berat masa 11 bulan, baru 8.1kg. Pada 29 Disember 2015, pengasuh minta izin untuk bawa Nashwa berjalan ziarah keluarga ke Bukit Merah. Oleh kerana seringkali kami tidak benarkan Nashwa mengikut serta di bawa berjalan kerana keadaan Nashwa yang agak lasak dan takut dengan orang, pada kali ini kami izinkan kerana mereka bersungguh-sungguh nak bawa Nashwa. Rupanya siap mandi kolam lagi dan taknak keluar dan tiba di rumah hampir jam 9 malam :) Nashwa seronok sangat sampai nak ikut pengasuh pulang ke rumah :)
- 11 Januari 2015, Nashwa semakin yakin mengorak langkah ke hadapan :) Sudah berjaya berjalan sendiri tanpa memegang apa-apa sejauh 3-5 kaki. Yeay! alhamdulillah. 12 Januari 2015, pengasuh beritahu seharian dok prektis berjalan sahaja :D Masa Ummi ambil dari pengasuh, mereka tengah tunggu di luar rumah, dan Nashwa berjalan 4 langkah ke Ummi dan peluk Ummi. Nashwa sangat seronok dan Ummi pun turut sama seronok hehehe:) Oh ya, 2 batang gigi bawah juga mula memunculkan diri menjadikan jumlah giginya 8 batang (4 atas dan 4 bawah) :)
Nashwa setahun
- 28 Januari 2015 ini, alhamdulillah genaplah setahun Nashwa menjadi pewangi dan penyeri yang menenangkan dalam kehidupan kami sekeluarga. Harini pergi klinik kesihatan, ada temujanji. Nashwa kena cucuk setahun harini, tetapi ditunda ke Khamis minggu hadapan sebab Nashwa baru baik demam :) Nashwa sudah pandai memegang apa-apa penutup untuk dimasukkan ke dalam tempatnya. Contoh seperti dalam video penutup penyangkut lunch box, penutup botol mineral, botol air dll... lama juga dia prektis tangan dia untuk memegang dengan betul penutup (bahagian rata penutup menyentuh tapak tangan). Kebiasaannya sewaktu Ummi tengah masak di dapur, Nashwa leka main dengan penutup-penutup ni :) Beberapa perkataan yang berjaya disebut semestinya "Ayah" dulu :) perkataan lain seperti "nakkkkk", "Awwah" (Allah terutama bila dia terjatuhkan sesuatu). Di usia setahun juga sudah boleh berjalan dengan yakin.
***coretan dalam ni telah ditulis mengikut perkembangan Nashwa setiap bulan tetapi di simpan dalam "draft", dah setahun lebih baru nak "publish" :)
No comments:
Post a Comment