Sempena cuti persekolahan ini, ramai di kalangan rakan-rakan Ummi dan Ayah yang melangsungkan perkahwinan. Antara rakan-rakan ayah yang melangsungkan perkahwinan ialah Ismail "Kyzer" Rafiq, Cikgu Men, Inspektor Faiz "Mata" & Amet. Tak lupa juga rakan-rakan Ummi iaitu Su, Burn dll. Di kesempatan ini, dari jauh kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat anda semua. Semoga alam berkeluarga yang bakal ditempuhi membawa kebahagiaan dan rahmat buat kehidupan anda.
Di kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan TAKZIAH buat keluarga almarhum Mohd Ariff Abdul Kadir, bekas pelajar kejuruteraan University of Nottingham, yang terlibat dalam kemalangan di Perlis semasa perjalanan pulang dari majlis akad nikah beliau di Anak Bukit, Kedah. Berita kemalangan tersebut menjadi berita utama di seluruh Malaysia semalam dan hari ini. Semoga Allah merahmati Arif, ibu bapanya dan rakan beliau yang terlibat sama dalam kemalangan dan menempatkan mereka di kalangan orang soleh seperti Hanzalah yang syahid selepas diijabkabulkan.
p/s: lagi gambar tragedi di web persendirian ini. Semoga memberi peringatan buat kita semua.
Saturday, 12 December 2009
Thursday, 10 December 2009
Posto buat Mak Long Idah dan Mak Ngah Ani :)
Di sini Insyirah sekeluarga nak mengucapkan tahniah buat Mak Long Idah dan Mak Ngah Ani (kedua-dua kakak Ummi Insyirah) yang telah disahkan mengandung. Nenek kata tarikh bersalin kedua-duanya pada April 2010. InsyaAllah nenek dapat lagi 2 orang cucu tahun depan :). Alhamdulillah. Di atas permintaan Mak Ngah dan Mak Long, di sini Ummi sertakan resepi spaghetti dan apam balik (sebenarnya, Ummi pun dapatkan dari internet dan ubahsuai ikut tekak sendiri sahaja :).
Resepi spaghetti
Satu bungkus spaghetti
500g daging cincang
2 ulas bawang besar(didadu)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu besar cili yang dikisar / 1 sudu besar cili serbuk (ikut tahap kepedasan)
1 tin chopped tomato / 4 biji tomato (didadu)
1 tin cendawan butang
1 batang carrot (didadu) - optional
1 tin sos spaghetti (masa kat Malaysia guna brand Prego yang dalam tin hijau, pastikan ada TANDA HALAL dan bahan yang digunakan tidak meragukan status kehalalannya. JANGAN beli sos PREGGO yang dalam botol kaca tu, itu memang tiada tanda halal, wallahualam)
Sedikit oregano dan daun parsley
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1.Rebus spaghetti hingga lembut dan toskan. Untuk mengelakkan spaghetti melekat-lekat, curahkan air sejuk kepada spaghetti yang baru diangkat untuk menghilangkan kanjinya. Atau cara lain campurkan satu sudu minyak masak ke dalam air yang mendidih semasa merebus spaghetti.
2.Untuk kuah, masukkan minyak masak secukupnya dan tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. Kemudian, masukkan cili giling, biarkan sampai naik minyak. Masukkan daging cincang dan tambahkan air sehingga daging masak. Masukkan tomato, cendawan dan carrot yang didadu. Kemudian masukkan 1 tin sos spaghetti. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Letakkan sedikit oregano dan daun parsley dan gaul hingga sebati. Jika inginkan sedikit pedas, letakkan sedikit lada hitam didalam kuahnya atau pun hiriskan cili padi hijau dan masukkan ke dalam kuahnya.
Resepi apam balik
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar, cream corn. Sedikit susu pekat (optional)
Cara-cara
1.Mesin gula bersama telur hingga kembang (Ana guna blender jer)
2.Masukkan soda bicarbonate, baking powder, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. 3.Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
4.Oleskan planta di permukaan kuali (Ana guna non-stick frying pan) & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
5.Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
6.Apabila cukup masak, angkat dan sapukan sedikit planta ke atasnya.
Hasil air tangan Ummi Insyirah. Bolehlah sekadar nak melepaskan rindu apam balik di Malaysia.
Selamat mencuba yer!
Oh yer, untuk menjawab persoalan Mak Long tentang bila kami nak balik ke Malaysia, mungkin bulan Mac 2011 kot insyaAllah. Bergantung pada bila ayah dapat siapkan PhDnya.
Monday, 30 November 2009
Aidiladha 2009
10 Zulhijjah 1430H jatuh pada Jumaat, 27 November 2009. Ini merupakan kali ke-6 kami beraya diperantauan (termasuk raya Aidilfitri yer, hihihi). Juadah raya yang Ummi sediakan kali ni, mee rebus, nasi impit, kuah kacang, sate daging goreng dan rendang ayam (Agak mencabar juga nak masak bila anak-anak demam batuk selsema, huhuhu). Setelah Ayah pulang dari solat raya, kami makan bersama-sama sebelum keluar beraya ke rumah Unty Cahaya dan Unty Sha. Kali ni tak banyak rumah yang kami ziarah kerana ramai yang perlu ke Universiti melaksanakan tanggungjawab yang utama kami di sini. Sebelah petang hanya menunggu di rumah menerima kunjungan rakan-rakan dan disebelah malam setelah tetamu pulang, kami bergegas ke rumah Unty Ros yang baru kehilangan Ayahanda tercinta di malam raya. Al-fatihah buat arwah Ayah Unty Ros.
Di pagi raya, sebelum keluar beraya, harus makan dahulu. Insyirah pun mahu disuap juga seperti Nuha :) (sebenarnya boleh jer suap sendiri sebelum ni)
Beraya di rumah Unty Sha (gambar dari kamera Unty Sha). Ummi bawa kamera tapi terlupa nak ambil gambar walau sekeping, huhuhu. Gambar yang Ayah berbaju coklat tu, semasa NMC nya sambutan pada keesokannya, Sabtu. Hari kedua raya tu memang Ummi tak masak seharian. Sambutan raya NMC diadakan secara potluck pada sebelah pagi. Ummi bawa nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam (memang masak lebih malam raya tu untuk bawa ke dewan).
Kemudian pulang ke rumah solat dan keluar semula beraya ke rumah Unty Mas, Unty Zana, Unty Farah dan Unty Fae. Ahad keesokannya, kami menjemput sebahagian rakan-rakan yang belum bertandang ke rumah. Menu hari Ahad hanyalah laksa utara, agar-agar bodo dan bread stick cicah coklat (pertama kali guna choclate fountain) :)
Begitulah cerita Aidiladha kami kali ini.
Salam Aidiladha dari Insyirah sekeluarga.
Tuesday, 24 November 2009
Membaca ketika cuti sekolah
PTS sedang menganjurkan kempen membaca semasa cuti sekolah. Jadi kepada kawan-kawan di Malaysia, bolehlah membeli buku-buku yang berkualiti daripada PTS Publication buat anak-anak dan juga diri sendiri untuk mengisi masa lapang sambil menambah ilmu. Tak lupa juga, anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik.
Anda boleh rujuk banner kempen membaca PTS yang ditampal pada blog ini untuk mendapat maklumat lanjut. Selain itu, anda juga boleh mendapat sebuah buku percuma sekiranya turut menampal banner tersebut di blog masing-masing dan mengisi borang yang disediakan di web PTS. Sekadar berkongsi.
Anda boleh rujuk banner kempen membaca PTS yang ditampal pada blog ini untuk mendapat maklumat lanjut. Selain itu, anda juga boleh mendapat sebuah buku percuma sekiranya turut menampal banner tersebut di blog masing-masing dan mengisi borang yang disediakan di web PTS. Sekadar berkongsi.
Monday, 16 November 2009
Kini, Nuha 6 bulan & Ayah 28 tahun
Ketika Ummi menyambut hari lahirnya yang ke-26 tahun pada tahun 2007, Insyirah juga menyambut hari lahirnya yang ke setengah tahun sehari sebelumnya (Ummi lahir pada 28 Disember 1981 dan Insyirah 27 Jun 2007). Kini, perkara yang sama berlaku pada Ayah dan Nuha pula. Umur Nuha genap setengah tahun pada 15 November 2009 dan keesokannya, kami sekeluarga meraikan hari lahir Ayah yang ke-28 tahun pula (16 November 2009). Insyirah, Nuha dan Ummi sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan Ayah dan kami sangat sayangkan Ayah. Selamat Hari Lahir Ayah :)
Kini, kami berusia 6 bulan dan 28 tahun
Sempena hari lahir Ayah, kami meraikannya di rumah sahaja setelah Ayah pulang dari Universiti dengan berbuka puasa bersama-sama dengan juadah ringkas yang disediakan Ummi. Menu yang disediakan Ummi hanyalah nasi ayam kasih, rojak buah sayang dan jus oren cinta sahaja :). Ummi teringin nak buat kek sejati tapi memandangkan Ayah tak boleh makan kek, maka Ummi tak buatlah, hahaha. Lagipun Ayah selalu berpesan bagaimana cara untuk kita lebih menghayati hari kelahiran orang tersayang. Hari lahir sepatutnya disambut dengan rasa cinta dan kasih sayang yang mendalam sesama ahli keluarga dengan penuh rasa kesyukuran terhadap Allah S.W.T yang memberikan kita kehidupan setahun lagi untuk bersama orang-orang yang disayangi. Semoga cinta dan kasih sayang kita sekeluarga semakin kukuh setiap hari.
Nuha yang dah mula makan ketika berusia 6 bulan.
Subscribe to:
Posts (Atom)



