Sunday, 27 June 2010

Insyirah 3 tahun

Selamat Hari Ulangtahun yang ke-3 Insyirah. Masih segar dalam ingatan 3 tahun yang lalu, Ummi selamat melahirkan Insyirah secara pembedahan. EDD sepatutnya 19 Jun 2007. Walaubagaimanapun, Insyirah masih belum bersedia keluar waktu tu. Syok sangat duduk dalam perut Ummi:) Setelah beberapa hari menunggu,hari Isnin, 25 Jun 2007, Ummi pergi buat pemeriksaan di klinik desa dan disuruh untuk terus ke HSAJB. Ummi diperiksa (bukaan baru 1cm) dan dimasukkan ke wad. Keesokan paginya baru diinduce dan Ummi mula merasa contraction dan mengalami sedikit pendarahan. Lebih kurang jam 2 petang, sekali lagi Ummi diperiksa dan bukaan baru 4cm. Doktor mengatakan ada sedikit masalah dan Ummi ditolak masuk ke labour room walaupun bukaan hanya 4cm. Lebih kurang jam 4 lebih, sekali lagi Ummi diperiksa dan bukaan masih sama, 4cm, huhuhu. Akhirnya doktor mengambil kputusan untuk memecahkan air ketuban. Setelah itu contraction semakin kuat tetapi bukaan masih 4 cm. Setelah lebih kurang 10jam menahan sakit di labour room,akhirnya Ummi ditolak ke bilik pembedahan dan Insyirah pun dilahirkan pada hari Rabu, 01:49 pagi, alhamdulilllah :)

Selamat Hari Lahir sayang. Semoga menjadi anak yang solehah penyejuk hati Ayah dan Ummi. Semoga Insyirah membesar dalam iman dan menjadi kakak yang baik dan menjadi inspirasi buat adik-adik. Serta sentiasa menjadi kakak yang sentiasa menggembirakan dan memudahkan orang disekelilingnya sesuai dengan namanya Nihlah Insyirah, pemberian kegembiraan. Gambar kat bawah ni diambil pada hari lahir Insyirah di rumah, masa tengah makan laksa utara yang di masak oleh Ummi:)



Scrapbook at WiddlyTinks.com
Digital Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com

Wednesday, 9 June 2010

Mei 2010

Lama tak menulis dan banyak perkara yang berlaku bulan lepas yang lambat diabadikan di sini, huhuhu. Nak join contest2, Ayah suruh buat blog lain pula, katanya tak nak campur adukkan dalam blog ni. Tapi malas nak buat sebabnya blog yang ada ni pun tak terbela lagi lah kalau buat satu lagi blog.

Tarikh-tarikh penting yang sentiasa dalam ingatan dalam bulan Mei:

1. Awal Mei - Genaplah 6 tahun Tok Leha (emak Ayah) kembali kepada yang Maha Pencipta. Semoga Tok Leha ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan juga mudah-mudahan amalan kami di sini menjadi bekal pahala buat Tok Leha di sana.


2. Pertengahan Mei - Nuha genap setahun. Setahun yang lalu, Ummi selamat melahirkan Nuha secara normal (dengan bantuan suntikan epidural) pada hari Jumaat, 12:47 tengahari. Selamat Hari Lahir sayang. Semoga menjadi anak yang solehah penyejuk hati Ayah dan Ummi. Semoga Nuha membesar dalam iman dan menjadi pendokong agama seperti Ummu Sulaim @ Rumaisa bint Milhan. Gambar kat bawah ni diambil pada hari lahir Nuha, masa singgah makan kat kedai Ahmed lepas balik dari Birm Airport.




Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Ideas Photo Tinks by WiddlyTinks.com


3. 19 Mei 2010 - Kak Sha(host kami masa kami mula-mula menjejakkan kaki di bumi UK ini) berjaya melepasi viva untuk PhD nya thesis dengan kesalahan yang sangat kecil . Masih segar dalam ingatan saat-saat akhirnya yang sangat sibuk dengan urusan mengemas barang-barang untuk pulang ke Malaysia dan pada masa yang sama sibuk menyiapkan laporan thesisnya. Alhamdulillah selepas 3 tahun 6 bulan, beliau berjaya menghantar thesisnya sebelum kembali ke tanah air. Kemudian selepas sebulan setengah pulang ke Malaysia sudah dipanggil semula untuk viva. Semoga kejayaan kak Sha ini menjadi pendorong untuk Ayah dan rakan-rakan lain yang masih bejuang agar lebih gigih berusaha untuk menyiapkan PhD nya.




Gambar diambil dari FB Amrul dan diedit semula oleh Ummi.







Friday, 30 April 2010

5 tahun berlalu

Pejam celik, pejam celik genap sudah 5 tahun usia perkahwinan kami. Betapa pantas masa berlalu. Alhamdulillah, syukur di atas nikmat kehidupan ini. Semoga Allah mengeratkan lagi hati kami berdua dalam melayari bahtera rumahtangga ini dan berjaya mendidik anak-anak yang dikasihi agar menjadi insan yang mulia dan berbakti untuk agama. Semoga kami sentiasa sabar dengan karenah masing-masing dan saling sayang menyayangi hingga ke syurga :)


5 tahun dahulu...Aku terima nikahnya, (dup dap dup dap:D)

Oh, ye dinner malam tadi tersangatlah bestnya, ala-ala macam makan kat Teluk Tempoyak pula, tapi version P*kis*an, hehehe :D Hadiah? Untuk Ummi dah beli siap-siap masa jalan kat Swiss aritu dan Ayah punya beli dari PC World, Notts saja, hehehe :D Alhamdulillah, mudah-mudahan Allah terus merahmati dan mengurniakan kami sekeluarga dengan insan-insan yang soleh dan solehah. Tak lupa juga, semoga pengajian ayah dipermudahkan dan diberikan ilmu yang bermanfaat, insyaAllah :)

Nota: Banyak lagi entry yang tertangguh, terutamanya jalan-jalan eropah dan spring 2010. Ntah bila lah ada kerajinan nak update sebab malas nak edit gambar, huhuh.

Ok, kena stop dulu ni sebab nak packing barang dan baju, nak gi camping petang ni sampai Isnin.

Tuesday, 13 April 2010

Nuha tumbuh gigi & panjat tangga

Masa berkelana ke bumi Eropah baru-baru ni, Nuha asyik meragam jer. Rupa-rupanya masa tu dia nak tumbuh gigi. 3 batang sekaligus, 2 bawah dan 1 atas, sabar jelah. Bila balik-balik rumah pula dah asyik nak berdiri dan panjat tangga. 3 hari lepas, 10 April 2010 buat pertama kalinya Nuha panjat tangga sendiri sampai ke tingkat atas (lebih kurang 13 anak tangga). Berderau je darah takut tergolek ke bawah, huhuhu. Selalunya panjat 1 anak tangga jer. Tapi sekarang dah berjaya naik tangga sendiri ke tingkat atas (Kejar Insyirah lah tu). Sekarang ni pantang leka sikit, sekejap je dah panjat separuh tangga. Kalau tiba-tiba hilang dari pandangan, jawabnya mesti tengah panjat tangga. Cepat-cepatlah pergi tangkap. Nampaknya nak kena pasang gate ni. Nuha sekarang ni pun dah pandai berebut dengan Insyirah. Tak habis-habis berebut mouse komputer, huhuhu.
Gigi Nuha comel (gambar masa camping di Peak District) :)

Sudah pandai naik tangga :) 

Umur Nuha sekarang hampir 11 bulan dan Insyirah 2 tahun 10 bulan.

Itineri Kembara Eropah 2010

Alhamdulillah, akhirnya perjalanan kami selama 13 hari (26 Mac 2010 - 7 April 2010), meredah 5 buah negara, Paris->Switzerland->Luxembourg->Brussel->Amsterdam (sejauh 2546 miles) berakhir dengan selamatnya. Perancangan asal 6 buah negara termasuk Stuttgart, Germany, namun disebabkan kekangan masa dan tenaga, terpaksa dibatalkan. Kami 3 buah keluarga (2 kenderaan, seven dan nine seaters) bertolak dari Nottingham jam 6.30 petang, 26 Mac ke Dover untuk menaiki feri jam 11.55 malam. Destinasi pertama Paris (La Defense, Arc de Triomphe, The Lourve, Eiffel Tower & Disneyland) selama 3 hari. Diikuti dengan perjalanan ke Lauterbrunnen, Switzerland, kami sempat singgah sebentar di Geneva melawat tempat-tempat menarik seperti United Nation (PBB), Jet d'Eau (air pancut tertinggi di dunia), Flower Clock dan Olympic Museum.

Kami menginap 3 malam di Horner Hotel, Lauterbrunnen Switzerland. Hari kedua di Lauterbrunnen, kami menawan Top of Europe. Namun kami tak naik sampai atas sekali (Jungfraujoch), hanya takat Kleine Schedegg sahaja untuk bermain ski sepuas-puasnya. Keesokannya kami bertolak ke Eistein Haus di Bern dan seterusnya ke Zurich, Switzerland (Landesmuseum (Swiss National Museum), Haupbahnhof (largest railway station), Bahnoftrasse shopping street & Zurich Lake.

Keesokannya kami bersiar-siar di pekan Interlaken berdekatan dengan Lauterbrunnen sebelum bergerak ke destinasi seterusnya Adolphe Bridge, Luxembourg. Bermalam semalam di Luxembourg sebelum bertolak ke Brussel (Mini Europe, Atomium, Grand Palace, Mannenken Pis dan sekitar bandar Brussel cari Belgium Waffle :). Bermalam semalam di Brussel sebelum bergerak ke destinasi terakhir di Holland (sehari di bandar Amsterdam (Ajax Stadium, Dam Square, Newmarkt & Red Light District), sehari di Keukenhof dan Afsluitdijk (sea level) & sebelum bertolak balik ke Calais singgah di Cheese & Clog, Fishing village Volendam dan Kinderdijk).
Update seterusnya akan menyusul beserta gambar-gambar.