Hari ini, pagi-pagi lagi Ummi dah kejut untuk pergi ke Universiti. Semester baru "Spring semester" dah bermula pada 21 Jan 2008. Ummi habis "exam" pada 19 Jan 2008, sian Ummi cuti sehari jer sebelum mula semester baru. Hari ini, 22 Jan 2008 pagi-pagi dah kena mandi dan ikut Ummi dengan ayah. Kali ini kami tak naik bas 190 lagi, tapi kami naik kereta;)
Hari ini Ummi ada 3 kelas, dari 10 pagi sampai 6 malam. Ayah tak dapat nak jaga Insyirah hari ini sebab ayah sibuk untuk menyiapkan tugasannya sebelum perjumpaannya dengan "supervisor" pada hari esok. Insyirah terpaksa ikut Ummi masuk ke kelas. Insyirah seronok sangat hari ini sebab Insyirah jumpa ramai orang dalam kelas Ummi. Pensyarah Ummi pun tak kisah Ummi bawa masuk Insyirah sekali.
Tapi Ummi marah Insyirah sebab Insyirah buat bising dalam kelas:( Mungkin sebab Insyirah "excited" jumpa ramai orang dalam kelas tu, semua orang dia nak tegur, nak main. Asyik gelak-gelak, tegur-tegur orang dan main-main dengan kawan-kawan Ummi. 15 minit pertama, okla sikit duduk diam perhati pensyarah Ummi dan keadaan sekeliling dan kadang-kadang baca buku "My first counting book". Hmm...sekejap jer boleh bertahan, lepas tu Insyirah mula buat perangai. Insyirah tak nangis, tapi Insyirah buat bising dengan main-main dengan kawan-kawan Ummi. Kadang-kadang Insyirah panggil pensyarah Ummi "hai, hai"...hehhehe...Ummi pening kepala:D
Akhirnya Ummi mengambil keputusan untuk keluar dari kelas untuk tidak mengganggu pelajar-pelajar lain hilang tumpuan kepada pensyarah. Sian kat Ummi. Dekat jam 7 malam baru sampai rumah. Insyirah tidur awal kali ini, mungkin keletihan setelah seharian di Universiti:)
Wednesday, 23 January 2008
Sunday, 13 January 2008
Sepupu Insyirah:)
Alhamdulillah, pada tahun 2007 atuk & nenek (sebelah Ummi) dikurniakan 3 orang cucu, anak Mak Ngah Ani yang diberi nama Muhammad NurFarihin Nazmi bin Mahadir (dilahirkan pada 1 Disember 2007), anak Mak Long Idah yang diberi nama Nur Iffah Auni binti Jamal Abdul Nasir (dilahirkan pada 11 November 2007) dan saya anak Ummi:D, Nihlah Insyirah binti Abdullah Aziz pula dilahirkan pada 27 Jun 2007). Tidak lupa juga Pak Jang Hanef (sebelah ayah) dikurniakan cahayamata perempuan yang diberi nama Nurhamidah binti Hanef pada 16 Disember 2007 yang lepas. Tahniah diucapkan kepada Mak Long, Mak Ngah dan Pak Jang sekeluarga di atas kelahiran cahayamata masing-masing. Insyirah tak sabar nak jumpa sepupu-sepupu Insyirah ni. Seronoknya ramai kawan-kawan. Semoga Allah mempertemukan kita semua suatu hari nanti.
Muhammad Nurfarihin Nazmi bin Mahadir
Saturday, 29 December 2007
Kini, kami berusia 6 Bulan dan 26 Tahun
Di penghujung Disember, warga United Kingdom akan merayakan perayaan utama mereka di mana kemeriahannya seumpama sambutan AidilFitri di Malaysia, ditambah pula dengan kesibukan shopping semasa Boxing Day (26 December) . Bagi Insyirah sekeluarga, penghujung Disember kali ini juga amat istimewa kerana pada ketika ini, Insyirah dah pun berumur setengah tahun pada 27 Disember 2007 dan keesokannya pula, kami sekeluarga meraikan hari lahir Ummi yang ke-26 (28 Disember 2007). Insyirah dan Ayah sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan Ummi dan yang pastinya, kami berdua sangat sayangkan Ummi.

Sempena hari lahir Ummi, kami sekeluarga celebrate with a dinner kat Desi Express saja lepas balik dari shopping di City Centre. Birthday present? Hehehe, harap barang-barang yang dibeli semasa shopping boxing day boleh dianggap sebagai present utk Ummi (juga utk birthday present Ayah bulan 11 lepas :D). Insyirah rasa kata-kata yang diungkapkan oleh "Miss D" boleh dijadikan satu contoh untuk kita lebih menghayati hari kelahiran orang tersayang. Ia berbunyi "A birthday should be celebrated with love and affection deep within the heart, with praises to the Almighty for letting us live yet another year together,as servants to Him". Insyirah berdoa agar cinta dan kasih sayang kita sekeluarga semakin kukuh setiap hari, semoga Allah mengurniakan kita semua cinta yang sejati :) Tidak lupa juga buat Auntie D, walaupun kita tidak pernah bersua, kami di sini sentiasa doakan kesejahteraan Auntie D sekeluarga.
Akhir kata dari Insyirah, semoga kita semua dapat hidup dengan aman damai di samping keluarga tersayang. Dan semoga Allah membantu saudara-saudara kita yang berada dalam kesusahan, kekacauan ataupun peperangan di negara masing-masing. Sesungguhnya ISLAM adalah pembawa rahmat ke seluruh ALAM, jadi bersamalah kita buktikannya.
UMMI... GOOD LUCK FOR YOUR EXAM!!!

Kini, kami berusia 6 bulan dan 26 tahun :)

"Pose" istimewa sempena hari lahir Ummi yang ke-26. "WE LOVE UMMI"
AidilAdha 2007 dan Majlis AidilAdha & Walimatulurus NMC
Alhamdulillah, AidilAdha telah disambut oleh warga Muslim di UK pada hari Rabu, 19 Disember 2007. Manakala di Malaysia, ianya disambut lewat sehari dari kami di sini. Bagi kami sekeluarga, ini merupakan perayaan Islam ke-2 di perantauan. Semasa Aidilfitri yang lepas, persiapan kami agak kelam kabut juga di sebabkan baru tiba di UK dan juga baru berpindah ke rumah sewa kami di sini. Sampaikan, solat sunat Aidilfitri pun ayah Insyirah terlepas untuk menunaikannya (hehehe.. tertidur kot masa tu sebab letih mengemas rumah).
.
Namun, persiapan perayaan kedua kami di sini lebih baik dari Aidilfitri yang lalu sebab Insyirah & keluarga dah mula nak "settle down" dengan kehidupan di Nottingham ni. Pada masa ini juga, Ummi dah habis kelas MSc, jadi sempatlah untuk menyediakan beberapa juadah sederhana di hari raya antaranya ketupat segera :D, rendang, kuah kacang, bihun tomyam dan kuih-kuih. Solat sunat AidilAdha telah dilaksanakan oleh warga NMC pada pagi hari raya di Dewan Forest Field Welfare Centre, Russell Road. Insyirah rasa, sambutan AidilAdha oleh warga NMC tidaklah sehebat sambutan Aidilfitri yang lalu kerana tiada "rumah terbuka khas" yang diadakan bersempena AidilAdha.
.
Juadah sederhana yang disediakan oleh Ummi Insyirah pada AidilAdha 2007..
Bersempena AidilAdha 2007 juga, Nottingham Malaysian Community (NMC) buat julung kalinya menganjurkan Majlis Potong Jambul & Perkahwinan Pasangan NMC yang telah berlangsung pada hari Sabtu, 22 Disember 2007 dengan jayanya. Majlis potong jambul dijalankan buat cahaya mata Uncle Taufik, ajk perumahan NMC, yang banyak membantu warga baru mendapatkan host di Nottingham. Manakala, pengantin perempuan yang juga warga NMC telah diraikan bersama pasangannya.

Potong jambul cahayamata Uncle Taufik dimulakan terlebih dahulu.
.
Penyediaan jamuan dilakukan mengikut "kariah" yang telah ditetapkan oleh ajk NMC. Ummi telah diletakkan dibawah kumpulan Auntie Laili yang ditugaskan untuk memasak KURMA DAGING. Ummi memasak juga haritu (walaupun sekejap je:D ) sambil bersembang-sembang dengan senior2 NMC bertukar cerita dan gosip, ahakss Insyirah dan ayah juga ikut Ummi ke rumah auntie Laili.
.
Akhir kata, buat kaum keluarga dan rakan taulan di Malaysia, kami di Nottingham ingin mengucapkan Salam AidilAdha 2007, semoga kita semua sentiasa bersedia untuk berkorban demi agama tercinta, juga bangsa dan negara.

Kami sekeluarga di AidilAdha 2007, Nottingham, United Kingdom.
Friday, 30 November 2007
Sekitar usia 5 bulan (27 November 2007)
Berjumpa lagi kita di ruang ini :). Alhamdulillah, usia Insyirah kini telah memasuki 5 bulan dan Insyirah juga telah berada di bumi Nottingham bersama keluarga selama 2 bulan. Minggu ni, Insyirah selsema sikit, biasala kalau dah selsema tu, asyik nak menangis saja semasa nak tidur. Tapi, Alhamdulillah, keadaan semakin pulih. Mula-mula Ayah yang demam dan selsema dulu, kemudian berjangkit pula pada Insyirah, nasib baik Ummi sihat wal-aafiat.. Kesian juga kat Ummi sebab tugasan dia banyak yang nak kena hantar sekarang ini.
Baru-baru ini juga, Insyirah dapat kawan baru di Nottingham ni, makcik Hana baru selamat melahirkan seorang puteri kepada pakcik Izzi sekeluarga yang diberi nama Suri Syahnaz (ejaan tak pasti). Hari Ahad lepas Insyirah ada melawat kawan baru Insyirah tu, tapi Ummi terlupa pula untuk bergambar dengan Suri pada hari tersebut. Selepas melawat Suri, kami sekeluarga ke Argos di bandar Nottingham untuk beli barang mainan Insyirah. Ummi belikan Insyirah barang mainan "Fisher-Price Link A Doos Playquilt, Gym, Duckies and Turtle", harganya didalam kemampuan Ayah untuk membayarnya. Permainan ini juga merupakan yang pertama Ummi dan Ayah beli sendiri. Insyirah tak main sangat mainan tu sekarang ini (lebih minat main jari sendiri), mungkin selepas ini Insyirah akan cuba main sendiri.
Mainan baru dan yang pertama kali dibeli Ummi dan Ayah.Baru-baru ini juga, MakNgah Ani ada mengirim gambar sepupu Insyirah yang baru iaitu puteri kepada Paklong Nasir dan Maklong Idah yang diberi nama Nur Iffah Auni binti Jamal Abdul Nasir. Insyirah sekeluarga doakan Maklong Idah cepat pulih dan kembali sihat seperti sedia kala :). Ummi, Ayah dan Insyirah suka tengok gambar yang MakNgah Ani kirimkan, comel Iffah tu B-).
Nur Iffah Auni Binti Jamal Abdul NasirInsyirah rasa setakat ini dulu coretan kali ini. Minggu ini akan berlangsung Notts Games 2007 di University of Nottingham. Ayah akan bermain futsal dengan kawan-kawan NMC yang lain (gang postgraduate/veteran). Insyirah dan Ummi pula akan pergi tengok gerai-gerai yang bakal diusahakan warga NMC di Portland Building pada hari Sabtu ini (1 Disember 2007). Mungkin Ummi akan pergi tengok netball di padang Universiti nanti, sekiranya ada sesiapa yang datang Notts Games 2007, jumpa anda di sana nanti, InsyaAllah. Wassalam
Baru-baru ini juga, Insyirah dapat kawan baru di Nottingham ni, makcik Hana baru selamat melahirkan seorang puteri kepada pakcik Izzi sekeluarga yang diberi nama Suri Syahnaz (ejaan tak pasti). Hari Ahad lepas Insyirah ada melawat kawan baru Insyirah tu, tapi Ummi terlupa pula untuk bergambar dengan Suri pada hari tersebut. Selepas melawat Suri, kami sekeluarga ke Argos di bandar Nottingham untuk beli barang mainan Insyirah. Ummi belikan Insyirah barang mainan "Fisher-Price Link A Doos Playquilt, Gym, Duckies and Turtle", harganya didalam kemampuan Ayah untuk membayarnya. Permainan ini juga merupakan yang pertama Ummi dan Ayah beli sendiri. Insyirah tak main sangat mainan tu sekarang ini (lebih minat main jari sendiri), mungkin selepas ini Insyirah akan cuba main sendiri.
Mainan baru dan yang pertama kali dibeli Ummi dan Ayah.
Nur Iffah Auni Binti Jamal Abdul Nasir
Subscribe to:
Posts (Atom)