Sunday, 27 March 2011

Summer time

Hari ini tibalah masa untuk menukar waktu jam di UK. Memang setiap kali hari Ahad, minggu terakhir di bulan MAC, jam perlu diTAMBAH sejam. Jika sehari sebelumnya jam 8 pagi, hari ini dah jadi jam 9 pagi. Beza waktu dengan Malaysia juga telah berkurang kepada 7 jam. Jika di UK jam 1 petang, di Malaysia sudah jam 8 malam:)

Teringat peristiwa yang berlaku tahun lepas (28 Mac 2010) di Disneyland Paris. Kami dah ambil "fast pass" untuk naik ride yang ala-ala roller coaster tu. Konon-konon ni ride yang terakhirlah untuk hari pertama, sebagai penutup. Tiket kami kalau tak silap jam 9.10 malam dan bila tiba masa nak naik ride tu, dah tutup dah. Masa tu semua orang kecewa dan pelik apsal diorang bagi kita tiket 9.10 malam tapi diorang dah tutup. Hampeh jer rasa. Macam-macam spekulasi yang kami buat, mungkin disebabkan hujan kot diorang terpaksa tutup ride tersebut sebab merbahaya. Tapi memang hujan pun dari siang tadi, hmmmm. Bila pandang sekeliling nengok kebanyakan ride dah tutup. Sepatutnya haritu Disneyland Park tutup jam 10 malam. Tiba-tiba ada seorang rakan kami yang bertanyakan hari ini hari apa? Barulah terperasan yang sebenarnya kami yang tersilap jam.Waktu sebenarnya ketika itu dah jam 10.10 malam. Cehh, memang patutlah semua ride dah tutup. Sepatutnya kami perlu menambah 1jam tetapi semua orang terlupa berkenaan dengan summer time ni.
Kenangan di Disneyland Park, Paris

Pada pagi tu dihotel, Ayah perasan dah akan pertambahan waktu sejam ni di Iphone nya tetapi ingatkan sebab kami masuk kawasan France, Iphone nya dapat kesan dan secara automatik menambah sendiri waktu jam di Iphone nya. Bila fikir-fikir balik, tak logik lah pula kan Iphone nya secanggih tu, siap boleh kesan lokasi pemiliknya secara automatik, hahaha. Beza waktu UK dengan France sejam. Kalau UK jam 1 petang, France dah jam 2 petang :) Sebenarnya Iphone Ayah tu bukam tambah sejam sebab masuk kawasan France, tapi sebab summer time dia automatik tambah. Apa daaa...

Alhamdulillah, musim sejuk dah berakhir. Sekarang nak masuk musim bunga, kemudian musim panas. Best-best. Tapi nanti bermula dari Ahad, minggu terakhir di bulan OKTOBER, waktu jam di UK perlu diTOLAK sejam pula yang membuatkan beza waktu dengan Malaysia menjadi 8 jam. Begitulah putaran waktu jam di UK ini :)

Friday, 18 March 2011

Insyirah & Red Nose Day

Sudah 3 tahun lebih tinggal di UK ni, tapi baru tahu kewujudan "Red Nose Day" ni :D Itu pun dapat tahu daripada pihak nursery Insyirah yang memberikan surat kepada ibu bapa yang menyatakan bahawa Red Nose Day pada hari Jumaat, 18 Mac 2011. Apa lah agaknya "Hari Hidung Merah" ni ek? Ummi pun google lah. Rupa-rupanya Hari Hidung Merah ni direka untuk mengutip derma untuk rakyat UK dan Afrika yang memerlukan dengan cara membuat sesuatu yang kelakar. Katanya, "Do something funny for money". Pihak sekolah ada menjual "hidung badut" bagi tujuan kutipan derma. Ada 3 jenis hidung badut dan Ayah Insyirah pilih yang jenis ni. Harganya £1 sebiji untuk setiap murid.
Hidung badut untuk "Hari Hidung Merah". 
Ummi: Kenapa Ayah pilih yang "pirate" ni.? Tak sesuailah dengan Insyirah.
Ayah: Lorr, mana nak tahu. Ayah ingatkan itu coklat. Siap tanya kat cikgu Insyirah lagi. "Is it suitable for vegetarian?"  hahaha. Ummi rasa macam nak gelak guling-guling je. Mesti ckigu tu pun confuse agaknya. Yelah sekali imbas nengok hidung ni memang macam coklat bila dipandang dari jauh, lagi-lagi siap berbungkus elok dengan plastik. Memang macam coklat rupanya:D
Insyirah in red for Red Nose Day

Ummi fikir nak pakaikan apalah agaknya Insyirah nanti bagi kelihatan kelakar. Tapi Insyirah taknak. Dia taknak pakai yang kelakar. Dia nak pakai ala-ala "princess" juga.  Kiranya pakai baju yang mana ada je lah. Kebetulan semuanya merah. Tambah dengan hidung badut tu, nampak kelakarlah juga. Tapi Insyirah simpan dalam poket coat dia jer, tak pakai pun kat hidung dia. Cuma kat nursery, cikgu dia warnakan semua hidung murid dia warna merah, hehehe. Apa-apa je lah kan:)

Kami terfikir, orang putih ni ada-ada je idea dia untuk menjana ekonomi diorang. Yelah, walaupun hari hidung merah ini tujuannya untuk kebajikan, tak boleh ke kutip derma semata-mata? Tak payahlah nak jual apa-apa untuk kutip derma. Tak tahulah berapa daripada £1 tu yang didermakan. Mesti kena tolak dengan kos penghasilan hidung badut tu? Syarikat yang mengeluarkan hidung badut untuk ke semua sekolah mesti untung besar kan :)  Atau mungkin tak ditolak dan semuanya didermakan? Wallahualam. Tapi kenapa yer seorang pelajar hanya boleh beli sebiji jer? Sebenarnya kami tak kisah je aktiviti diorang ni selagi tak melanggar kefahaman kami, cuma terfikir diorang ni ada jer idea macam-macam. Lepas ni hari Easter pula. Apa pun dengan membuat kelakar boleh membuat orang tertawa dan boleh menghilangkan stress. Bila hilang stress bagus juga untuk kesihatan, tak gitu ;) 

Saturday, 12 March 2011

Babai Atuk & Nenek

Setelah 3 bulan Atuk dan Nenek tinggal bersama kami di UK ini, akhirnya masanya tiba jua untuk mereka pulang ke Malaysia. Penerbangan mereka pada 12 Mac 2011, jam 5 petang di Stansted Airport. Kali ini hanya Ayah sahaja yang menghantar mereka ke airport sebab tak muat kereta kalau kami semua ikut. 
Kami di hadapan rumah merah sebelum bertolak ke airport(Insyirah cakap "this is our red house" :)

berlatar belakangkan masjid karimia. Setiap waktu solat, Atuk akan pergi masjid untuk menunaikan solat fardhu. Siap kadang kena azan lagi. Yang lawaknya diorang siap rakam suara atuk azan :)

Dah sampai Stansted airport dan dah check-in beg. Alhamdulillah semuanya lepas, total 48kg:).
Lepas diorang masuk balai berlepas, Ayah pun bertolak balik rumah. Alhamdulillah jam 6.15 petang ayah tiba Nottingham dengan selamatnya:) 

Pesawat yang Atuk dan nenek naik kali ini tak ramai sangat orang. Banyak tempat duduk kosong. Pesawat pun sampai awal dari jangkaan di LCCT. Agaknya sebab pesawat ringan kot, tu sampai awal, hehehe. Sepatutnya sampai jam 2 petang ikut jangkaan, tapi jam 1.30 petang dah sampai. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. 

Terima kasih banyak Mak Abah sebab sudi tinggal dengan kitorang selama 3 bulan. Sian diorang tinggalkan rumah lama-lama. 

Tuesday, 8 March 2011

Ahmad 3 bulan

Ahmad punya berat sekarang 4.5kg (timbang seminggu lepas, 1 Mac 2011). Sekarang ni Ahmad dah rajin bersembang dan gelak-gelak. Waktu tidurnya juga sudah kembali normal, siang main dan malam tidur. Ahmad sangat suka membelek-belek tangan kanannya, tak tahulah apa yang diperhatikannya, khusyuk benar kalau dia perhatikan tangan kanannya tu. Siap genggam erat lagi buku penumbuk :) Tadi pagi pergi jumpa GP sebab Ahmad batuk-batuk. GP periksa dada Ahmad dan GP kata dada Ahmad "chesty". Ahmad kena makan antibiotik untuk sembuhkan batuknya. Sebenarnya Ummi tak bagi Ahmad makan antibiotik yang GP bagi minggu lepas untuk masalah kulitnya sebab Ummi sedikit fobia. Takut Ahmad allergic lagi, huhuhu.
Inilah anitibiotik yang Ahmad allergic, Flucloxacillin (Antibiotik ni kumpulan peninsilin)

Sekarang ni bermulalah episod Ahmad disahkan "Atopic Eczema". Semenjak Ahmad balik dari hospital memang Ahmad mengalami masalah kulit kering tapi taklah sampai eczema. Dah banyak kali juga jumpa GP dan dia  asyik suruh kerapkan letak krim yang kami guna. Macam-macam krim yang digunakan, aqueas cream, baby oil johnson, baby johnson cream. Tapi semuanya tak berkesan. Lalu, pada 1 Mac lepas, Ahmad pergi baby clinic di Mary Potter, health visitor bagi 2 emollient cream, Dermol dan Hydromol. Oleh kerana pipi Ahmad ada sedikit berair (oozing), health visitor suruh pergi jumpa GP untuk dapatkan antibiotik sebab pipinya dah kena infection. Esoknya, 2 Mac 2011, Ahmad berjumpa dengan GP untuk dapatkan antibiotik. GP bagi Ahmad Flucloxacillin. Perlu makan 2.5ml, 4 kali sehari. Antibiotik ni berkesan bila makan diwaktu perut kosong. Maka tak boleh nak susukan Ahmad bila nak bagi antibiotik ni. Ummi bagi Ahmad antibiotik ni setiap 6 jam. Apabila Ummi nak berikan Ahmad dos yang ke-3 jam 6 pagi, tiba-tiba Ummi perhatikan yang muka Ahmad bengkak besar. Mukanya jadi empat segi dan matanya sangat sepet. Pipinya juga merekah-rekah sehingga mengeluarkan air bisa berwarna kuning, 3 atau 4 kali lebih teruk keadaannya daripada sebelum Ahmad makan antibiotik. Ummi terus berhenti berikan Ahmad antibiotik tersebut dengan harapan mukanya akan surut daripada bengkak dan kembali normal. Pagitu Ahmad asyik menangis-nangis kesakitan (tak pernah dengar dia menangis camni) dan serba tak kena. Akhirnya Ummi telefon GP dan mereka terus suruh kami datang ke klinik selepas Ummi nyatakan nak pergi bahagian kecemasan terus di QMC (Mula-mula clinic kata tak boleh nak jumpa doktor sebab penuh).

Antibiotik lain menggantikan Flucloxacillin. Hydrocortisone cream untuk sapu.
Bila jumpa GP, masa ni lah GP sahkan yang Ahmad kena "Atopic Eczema". Ummi kata rasanya Ahmad allergic dengan antibiotik (Flucloxacillin) yang diberikan, tapi doktor kata mungkin ya dan mungkin tidak. Doktor taknak mengaku yang Ahmad allergic antibiotik tu. Eczema boleh menjadi teruk dengan serta merta katanya. Kami pun pasrah je lah. Yelah mana ada doktor yang nak pesakitnya allergic kan? Kemudian doktor suruh berhenti berikan Flucloxacillin, dan digantikan antibiotik lain, namanya "Erythromycin Ethyl Succinate". Selain tukar antibiotik, doktor berikan hydrocortisone cream (mild steroid) untuk sapu. 
Alhamdulillah, muka Ahmad kembali bersih selepas disapu hydrocortisone cream. Tapi antibiotik yang baru tu Ahmad tak makan pun sebab Ummi takut Ahmad allergic lagi:) Tapi tadi balik dari klinik, GP suruh bagi juga antibiotik tu sebab Ahmad batuk.

Buai ini masih berjasa buat Ahmad diusianya 3 bulan.

Thursday, 24 February 2011

Inguinal Hernia

Ada yang tertanya-tanya apa masalah Ahmad sehingga perlu dibedah untuk kali ke 2. Adakah ianya berkaitan dengan pembedahan pertamanya? Bukan-bukan. Sebenarnya Ahmad perlu dibedah disebabkan oleh masalah Inguinal hernia yang telah dikesan pada 19 Januari 2011. Tiba-tiba sahaja Ummi perasan bahagian bawah pinggang Ahmad berdekatan kawasan penisnya ada sedikit benjolan masa nak salinkan lampin Ahmad. Ummi terus menelefon Nurse dari wad neonatal untuk bertanyakan sama ada perlu bawa Ahmad ke bahagian kecemasan (A&E) atau hanya bawa ke GP sahaja. Setelah memberitahu keadaan Ahmad, mereka terus mengarahkan pergi ke bahagian kecemasan pada malam tu juga. Pada mulanya doktor cuba memasukkan kembali usus yang terlepas ke bawah perut menggunakan tangan namun ususnya ke luar kembali setelah tangan dilepaskan. Doktor pakar dipanggil untuk memeriksa Ahmad dan mereka putuskan Ahmad perlu menjalani pembedahan untuk memasukkan kembali ususnya dan menutup rongga yang terbuka di bawah perutnya. Dalam bahasa perubatan, Inguinal hernia ini membawa maksud penonjolan kantung peritoneum yang mengandungi lemak atau sebahagian usus melalui dinding bawah perut (inguinal canal).


Setelah pembedahannya ditunda 3 kali (1) 24 Jan 2011, 2) 3 Feb 2011 3) 9 Feb 2011) disebabkan ada kecemasan lain, akhirnya Ahmad berjaya dibedah pada 23 Februari 2011 di Queens Medical Centre (QMC), Nottingham. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Kami tiba di QMC pada jam 7.45pagi (terlewat sampai, sepatutnya 7.30pagi). Disebabkan surat yang diberikan oleh pihak hospital terdapat sedikit ralat, Ahmad terpaksa menunggu giliran yang ke-3 untuk dibedah kerana Ummi baru sahaja menyusu Ahmad. Rupa-rupanya Ahmad giliran pertama yang mana perlu dibedah terus sesampai sahaja kami dihospital. Sepatutnya Ahmad bermula puasa dari jam 3 pagi untuk bersedia untuk dibedah pada pagi tersebut, namun Ummi telah menyusunya pada jam 7 pagi. Walaupun begitu segalanya berjalan dengan lancar walau perlu menunggu sebentar.
Bersembang-sembang dulu dengan Ayah dan Ummi sementara menanti giliran :)
Ahmad dah mula menangis kelaparan nak susu, nasib boleh umpan dengan dummy :)
Staff nurse tengah periksa "paperwork", periksa alamat rumah, tarikh lahir, sakit apa, bahagian mana dll. Bukan sorang ni jer yang cek, ada lagi sorang staff nurse periksa benda yang sama. Sebelum nak lepas ke bilik pembedahan, perlu diperiksa dua kali "paperwork" ni. 
Setelah selesai semua paperwork, baru boleh dibawa ke bilik pembedahan. Ahmad di bawa oleh staff nurse yang pakai baju hijau tu ke bilik pembedahan tepat jam 11.35 pagi. Jangkaan masa pembedahan lebih kurang 1 jam. Yang pakai baju ungu tu yang bawa kami sekeluarga dari wad E40 ke bahagian hadapan bilik pembedahan. Setelah Ahmad di bawa masuk ke bilik pembedahan, staff yang pakai baju ungu tu membawa kami ke wad D35 untuk menunggu Ahmad di sana. Setelah sejam berlalu, masih tiada khabar mengenai Ahmad. Kami bertanyakan pada nurse yang bertugas di wad D35 mengenai Ahmad dan beliau menelefon ke bilik pembedahan. Tak lama kemudian pada jam 1.20 petang, doktor  pakar datang menemui kami mengatakan pembedahan berjalan lancar dan Ahmad masih dalam proses "recovery". Ahmad tengah tidur. Nak kena tunggu dia sedar baru boleh bawa ke wad. 

Tak lama kemudian tepat jam 2.05 petang, Ahmad pun sampai di wad D35 disorong dengan katil besar orang dewasa tu, hehehe. Orang kecik tak padan dengan katil besar :D Ini gambar sejurus Ahmad sampai di wad D35. Masih tidur mungkin kesan dari ubat bius. Oh ye, semasa pembedahan, Ahmad diberikan general anasthesia (bius sepenuhnya) dan local anasthesia (bius di kawasan yang nak dibedah). Pada mulanya doktor nak bagi caudal anasthesia (bius dari paras pinggang hingga ke kaki) yang mana perlu dicucuk dibahagian belakang dekat dengan tulang belakang tu. Ummi tak bersetuju dengan doktor dan kami minta untuk berikan local anasthesia sahaja pada Ahmad selain general anasthesia. 

Ummi periksa kesan pembedahan Ahmad. Lukanya sikit jer panjang lebih kurang 3cm gitu. Alhamdulillah.
Jam 5.30 petang Ahmad dah mula resah gelisah sakit. Rupa-rupanya dah sampai masa untuk diberikan ubat tahan sakitnya. Nurse berikan ubat tahan sakit kat Ahmad jam 6 petang, namun perlu tunggu lebih kurang setengah jam ke 45 minit untuk ubat tu berkesan. Dari jam 6 ke 7 petang, Ahmad meragam, menangis menahan sakit. Nak bagi susu pun tak nak. Alhamdulillah Ahmad diam bila Ummi dudukkan dia pada posisi seperti nak sendawakan dia lepas menyusu. Gambar di atas ketiduran setelah menangis menahan sakit. Sepanjang malam tu pun Ahmad tak meragam sangat, cuma perlu dibangunkan untuk menyusu dan berikan ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit diberikan setiap 6 jam. Nurse juga memeriksa suhu badan, denyutan nadi setiap 4 jam. Masa menunggu Ahmad di hospital, Ummi duduk dikerusi yang diberikan. Ingatkan malamnya pun perlu tidur duduk, adushh, siap suruh en suami bawakan bantal leher yang selalu guna dalam kenderaan tu. Tapi alhamdulillah, mereka memberikan katil untuk tidur sebelah Ahmad. Alhamdulillah syukur:)
Ni gambar setelah bangun di pagi hari. Ahmad tengah rancak bersembang-sembang dengan Ummi. Kami tengah menunggu doktor datang periksa untuk membolehkan kami keluar dari hospital hari tu.
Tepat jam 12 tengah hari, kami dibenarkan pulang ke rumah, alhamdulillah. Selepas 7 hari, Ummi perlu membuka sendiri dressing Ahmad. Yang penting, dressing tersebut tidak boleh direndam dalam air. Maksudnya Ahmad tak boleh mandi berendam, boleh lap2 jer:D Dressing tersebut juga perlu dibuka dari kanan ke kiri, bukan bawah ke atas atau sebaliknya.

notakaki:
  • Entry ini sudah lama berada di dalam mod draft, tak sempat-sempat nak publish sebab tak siap-siap tulis:)
  • Alhamdulillah kos pembedahan kali ini masih percuma. Baru-baru ini ada terbaca suratkhabar (The Sun), yang kerajaan England nak overhaul NHS punya belanjawan. Kerajaan nak save 20bn by 2014-2015. fuhh banyak tu! NHS nak cut banyak kos pembedahan. Antaranya termasuk hernia repair. Perempuan yang nak bersalin pun disuruh bersalin secara vaginal delivery sekiranya tiada medical reason. Perempuan yang saiz badan kecil pun disuruh bersalin secara normal dulu jika anaknya saiz besar. Kalau tak boleh secara normal baru boleh c-sect. Ini sebab kos bersalin secara c-section £2000 dan secara normal birth £1500-£1700. Dan ikut statistik yang dikeluarkan dalam 4 kelahiran, 1 kelahiran adalah melalui c-sect. Kalau nak kira-kira perbelanjaan dari masa lahirkan Nuha secara normal tapi ambil epidural, kemudian lahirkan Ahmad secara pembedahan, pembedahan exomphalos dan inguinal hernia Ahmad, kos tinggal di hospital dengan dapat bilik sorang lagi, kos ubat-ubatan dll. huh tak terkiralah berapa banyaknya tu. Nasib baik semuanya percuma. Masa hadapan ni tak tahulah masih percuma atau tidak. Setakat ni semua percuma, alhamdulillah. Yuran pengajian kat UK ni mencecah £13000 setahun (ntah-ntah dah lebih kot sekarang), kira oklah tu kot, semuanya percuma kan? Ada kena mengena ke kos pengajian dan kos perubatan di UK ni? Wallahualam.
  • Kami bersyukur di atas segala yang berlaku kerana ianya menjadikan kami lebih kuat. Semoga Ahmad Mujahid juga menjadi seorang yang kuat menghadapi segala dugaan dan sentiasa bersyukur di atas setiap apa yang dikurniakan. Sesungguhnya Allah menguji seseorang itu sesuai dengan kemampuan hambaNya. Alhamdulillah.