Seperti biasa, bila adanya cuti umum di UK ni, pelajar-pelajar postgraduate NMC dan keluarga masing-masing akan mengambil kesempatan untuk bercuti, ada yang pergi theme park, cuti-cuti sekitar UK dan ada yang ber babeque beramai-ramai. Bagi Insyirah, belum tiba masanya lagi untuk pergi jalan-jalan disebabkan ada urusan lain yang lebih utama pada masa ini :) (tunggu ummi habis exam dulu.. baru boleh jalan-jalan nanti). Kami sekeluarga hanya menghabiskan masa di rumah bersama-sama, seronok sangat bila bersama Ummi dan Ayah kat rumah, inilah masanya Insyirah nak tarik perhatian lebih dari Ummi dan Ayah setelah sepanjang hari-hari bekerja berada di "sekolah" Insyirah.
Ketika usia 11 bulan ini, Insyirah baru pandai sebut perkataan AYAH... :D (Ummi jeles ni kat Ayah).. tapi bukannya panggil Ayah saja dengan perkataan tu, rasanya semua orang yang Insyirah nampak, Insyirah sebut AYAH :D salah bahasa ni nampaknya. Tak mengapa, nanti Insyirah perbaiki lagi bahasa Insyirah ni.
Selain itu, ada tragedi yang dahsyat juga berlaku pada usia 11 bulan ini.........
Jenggg jenggg jengggggg...
hehehe, Insyirah dan Ummi main "papan lungsur" kat rumah pada pagi Ahad, 25/5/2008. Sebenarnya Ummi dan Insyirah jatuh tangga pada hari tersebut. Keadaan berlaku begitu pantas, Insyirah cuma dapat bayangkan Insyirah dah pun berada di tingkat bawah bila turun tangga tu. Sepantas kilat turun,, dan bunyinya pun sangat menarik... MACAM BUNYI NANGKA JATUH daaaa.
Lokasi kejadian berdasarkan pandangan dari atas ke tingkat bawah
Alhamdulillah, Ummi pegang Insyirah dengan erat, jadi tiada kecederaan yang teruk pada diri Insyirah, cumanya Insyirah tergigit lidah sikit dan akibatkan lidah Insyirah berdarah. Mulanya, Ummi agak gelabah dengan keadaaan mulut Insyirah yang dipenuhi darah. Terus Ummi ajak Ayah ke klinik. Kami bergerak ke pusat kesihatan Mary Potter tapi tutup pula (hari ahad kan), kemudian Ayah putuskan balik rumah dulu. Bila sampai rumah, Ummi masih tak sedap hati lagi kerana melihat tangan kanan Insyirah tidak boleh bergerak seperti biasa dan kemudian kami semua terus ke Hospital QMC untuk periksa keadaan Insyirah. Setelah melalui pemeriksaan awal dari Doktor perubatan dan menjalani pemeriksaan x-ray, Dr cakap tiada kecederaan yang perlu dibimbangkan. Kami dibenarkan pulang dan membuat temujanji susulan pada hari Rabu. Tetapi Dr berpesan sekiranya Ummi dan Ayah dapati keadaan Insyirah teruk kembali, boleh terus datang ke Hospital untuk pemeriksaan semula.
Setelah pulang ke rumah dan berehat seketika, Ummi baru perasan yang tangan kanan Insyirah tak boleh bergerak dengan selesa. Ketika di hospital, kami ingatkan tangan kanan ni akan kembali normal selepas 2 atau 3 jam, tapi setelah tunggu sampai malam, tangan kanan Insyirah masih tidak boleh bergerak seperti sediakala. Tambahan pula ketika waktu tidur di mana Insyirah suka bergolek-golek, tapi disebabkan tangan yang sakit ni, Insyirah rasa tak selesa dan merengek-rengek sahaja semalaman.
Pada keesokannya, Isnin pagi, kami sekeluarga terus ke QMC sekali lagi untuk pemeriksaan lanjut. Ummi menceritakan keadaan yang berlaku pada tangan kanan Insyirah. Sekali lagi Dr terus meneliti laporan x-ray yang dijalankan sebelum ini. Dr tersebut merasakan MUNGKIN ada sedikit keretakan pada tangan kanan Insyirah berdasarkan gambar x-ray terbabit. Beliau telah mengambil keputusan untuk memakaikan anduh pada tangan Insyirah supaya dapat mengurangkan pergerakan tangan kanan Insyirah, selain memberi ubat tahan sakit untuk mengurangkan sengal kesakitan di tangan kanan.
Kami sekali lagi diminta untuk membuat temujanji dengan Dr pada hari Rabu, tetapi kali ini dengan Dr pakar tulang yang boleh mengesahkan keadaan ini. Untuk pendekkan cerita, "Dr tulang" telah sahkan yang tiada keretakan pada tangan kanan Insyirah, mungkin tangan Insyirah sengal-sengal disebabkan hentakan pada anak tangga. Beliau juga menyatakan yang Insyirah boleh menanggalkan balutan anduh di tangan Insyirah ini pada hari Jumaat ini.
Begitulah alkisahnya, cerita di Bank Holiday kali ini. Alhamdulillah, semuanya sihat sejahtera kembali :)
3 comments:
dasyat gak insyirah n ummi jatuh tangga yer..eriem pun pernah jatuh tangga dgn ayah..alhamdulillah, eriem xde pe2..cuma ayah sakit pinggang smpi xleh bgn...tp skrg dah ok dah...
itulaa, bila ummi ngan insyirah jatuh, terus terigt kat auntie ngan uncle jatuh tangga...
itulaa, bila ummi ngan insyirah jatuh, terus terigt kat auntie ngan uncle jatuh tangga...
Post a Comment