Jumaat 2 minggu yang lepas, 6 Jun 2008, merupakan hari terakhir Ayah Insyirah bekerja sebagai "floor engineer" @ "Hygiene Consultant" atau lebih specific dan official lagi.. "Domestic Cleaner" :D di Eyes, Ears, Nose and Throat (EENT) klinik kat Queens Medical Centre, Nottingham. Ini disebabkan arahan dari penyelia projek PhD ayah yang mahukan ayah lebih fokus kepada kerja-kerja akademik yang bakal bertambah tidak lama lagi.
Sepanjang bekerja di bawah syarikat Ideal Cleaning Services ini, banyak pengalaman yang diperolehi, baik dari segi pengalaman bekerja part-time semasa belajar (sebelum ni tak pernah kerja part-time masa belajar) mahupun pengalaman bekerja bersama orang-orang kat UK ini. Kerja ini jugalah yang membantu kami sekeluarga untuk membiayai yuran nursery Insyirah.
Sekadar untuk kenangan Insyirah, di sini Insyirah coretkan serba sedikit mengenai kerja part-time ayah tu :). Nama supervisor = Sandra dan manager = Laura.
Rutin kerja harian setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 6.30 pm hingga 9.00 pm.
6.20 - Sampai bilik kerja. Tukar baju kerja, ambil kunci dan tandatangan kehadiran.
6.30 - Ambil troli kerja dan turun ke B Floor, tempat ayah ditugaskan berkhidmat
6.35 - Sampai di store kerja. Isikan sabun pencuci ke dalam baldi-baldi yang ditetapkan (merah untuk tandas, biru untuk tempat umum). ambil alatan lain untuk bertugas :D mop, high duster, static duster, vacuum cleaner.
6.45 - Tugas mencuci bilik Doktor bermula, banyak juga requirement yang ditetapkan sebab bilik Doktor kena bersih sikit, bak kata supervisor ayah "untuk elakkan jangkitan kuman". Kiranya kerja ni sedikit sebanyak macam jadi pembantu Doktor juga laa kan, sebab tolong bersihkan bilik Doktor-doktor ni.
8.45 - selalunya dah selesai membersih bilik-bilik yang ditetapkan pada masa ni. kemudian terus ke stor pekerja untuk bersihkan baldi-baldi.
8.50 - Pergi buang sampah kat C Floor.
8.55 - naik ke E Floor (tempat simpan barang-barang ayah) dan salin pakaian
9.00 - tandatangan dan balikkkkk :)
Sekali baca, kerja ni nampak macam senang saja, tetapi bukan semudah yang disangkakan. Kadang-kadang teruk juga kena bertugas sebab bilik agak kotor sebab ramai pesakit pada hari tertentu, kadang-kadang kena "sound" dengan supervisor (tapi jarang berlaku ni) dan kadang-kadang terasa letih juga sebab seharian bekerja. Kalau nak compare dengan cara Makcik Cleaner kat PPK Mekanik USM bekerja, rasanya diorang sangat santai semasa bekerja. Walaupun rasa mcm teruk dan letih, tetapi kena bersyukur juga sebab
jika nak dibandingkan dengan Mat-mat Indon atau Bangla yang bekerja kat Malaysia tu, rasanya tak mampu nak lawan kot :D .
Ayah selalu balik rumah dengan tumpang kereta kawan-kawan Malaysia yang lain, kebiasaannya dengan tumpang kereta Uncle Fendi.
Begitulah serba sedikit kisahnya menjadi cleaner/tukang cuci di EENT, QMC, Nottingham.
No comments:
Post a Comment