Sabtu, 27 Jun 2009 genaplah usia Insyirah 2 tahun. Tiada sambutan istimewa yang dibuat kerana Insyirah sekeluarga masih berada di London. Lebih kurang jam 6 petang tadi barulah Insyirah sekeluarga sampai di rumah. Masing-masing keletihan yang teramat (mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas sepanjang berada di London, http://uk.news.yahoo.com/21/20090628/tuk-weathermen-issue-temperature-alert-6323e80.html).
Sepetang di Taman Ros, London (sekarang ni sangat susah nak ambil gambar Insyirah, malu-malu nak nengok kamera...terpaksa ambil gambar candid jer)
Ummi dan Ayah doakan semoga Insyirah membesar dengan sihat, bahagia hidup di dunia dan cemerlang di akhirat. Semoga Insyirah menjadi kakak yang baik, contoh kepada adik-adik dan penyejuk hati Ummi dan Ayah. Selamat Hari Lahir Nihlah Insyirah.
7 comments:
contoh kepada adik-adik......????
coming soon ke?..hehehe
hehehe..insyaAllah kalau Allah beri rezeki:)
hepi belated birthday insyirah..wah bestnyer jln2 ek..
hepi birthday kakak insyirah... sama zodiac ngan kakak liyana rupanya....
cam tak caya auntie bila syirah memalu utk amik gambo. dulu syirah sporting gitu kan. siap gelak2 lagi kalau auntie nak tembak gambo syirah. anyway syirah, happy birthday syirah!!!!
hepi belated besday insyirah... semoga menjadi anak yg solehah.. amin
Hepi belated birthday Insyirah..sorry, Eriem lambat wish!! Jom arr dtg umah Eriem..bwk baby Nuha...
Post a Comment