Tuesday 2 February 2010

MSc Dissertation

Hasil dari sembang-sembang kosong bersama kak Mashitoh minggu lepas, tetiba hati ini teringin nak publish paper dari MSc dissertation ku. At least, ada gak manfaatnya cuti ni. Tapi tataula sesuai ke tidak results tu dan layakke untuk dipublish. Yelah, diri sendiri tak berapa confident dengan hasil perbincangan dari results yang diperolehi. Rasa macam merapek meraban jer tulis report tu dulu. Ingatkan nak contact supervisor minta izin untuk tulis paper sebabnya projek MSc tu projek usahasama Universiti dengan Rolls Royce dan quite confidential (masa tu siap kena sign perjanjian, tempoh masa dalam 2-3 tahun).
My project title
Cuba search paper yang dah dipublished, kot-kot dah ada orang tulis dalam bidang yang lebih kurang sama, tiba-tiba terjumpa paper ni (gambar di bawah) yang sama dengan my project aims. Dan penulisnya juga merupakan PhD postgrad (yang banyak membantu saya menyiapkan my disertassion), my ex-supervisor dan Rolls Royce staff.Baca punya baca, terasa familiar sangat isi kandungan journal tersebut. Lagi-lagi bila terpandang gambar-gambar yang digunakan, seperti macam kukenal gambar-gambar itu :) Kebanyakan gambar-gambar itu ada di dalam laporan dissertation saya (9 dari 12 gambar). Maafkan saya jika gambar itu kebetulan sama. Antaranya seperti gambar-gambar di bawah;
Gambar yg scale hitam(atas) dari journal dan scale putih (bawah) dari my dissertation. Masa tu saya guna mesin SEM yang lama yang hanya display size disebelah atas (oleh kerana scale itu tidak boleh dibaca, saya edit dengan membuat scale baru disebelah bawah, napelah dulu tak terfikr nak edit yang macam result bila guna mesin SEM baru kan ). Acc volt tu sumer kena catit manually. Tapi kalau guna mesin SEM yang baru, gambar yang tehasil adalah seperti gambar yang ada dalam journal tu. Semua data ada. Tidak keterlaluan saya katakan gambar asal telah dicrop dan diedit semula.
Gambar micropit ni pula, gambar asal (bawah) telah dirotate 180 darjah @ flip vertically, crop dan diedit semula.
Gambar yang saya lukis dalam microsoft words ini juga digunapakai dalam journal tersebut. Cuma cracks yang saya gambarkan diedit dengan lebih baik lagi kepada triple split untuk memberi kefahaman yang lebih jelas. Banyak lagi results saya yang digunakan dalam journal tersebut. Ayat juga ada yang direphrase semula. Namun tiada pula my MSc dissertation dalam reference journal tersebut (hahaha siapalah saya, perasan jer lebih, kuikuikui). Walau tiada di reference list, terima kasih kerana acknowledge saya (walaupun nama terbalik;) ). Masih segar dalam ingatan kata-kata my supervisor "Don't worry Ana, we will acknowledge you if we use your results". Ya, mereka pegang pada janji-janjinya. Alangkah manis jika nama itu diletakkan sebaris dengan nama penuliskan, hiihihi (bagi betis nak peha pula :D). Bolehlah digunakan untuk my career development,dahlah impact factor pun not bad gak, 1.143). Takpelah, itu mugkin bukan hak saya. Yang penting, Alhamdulillah, Ilmu yang diperolehi bermanfaat juga untuk orang lain. Apalah yang ada pada nama kan?? Nak buat camna, dah USM ni pentingkan publications, tak gitu??hehehe...


Nukilan rasa,
Ummu Insyirah
P/s: Ayah Insyirah suruh Ummi listkan my results yang diorang guna dan inform them sebab rasanya bukan just a part of the work of SEM jer as acknowledged, tapi lebih dari itu. Perlu ke ek???

3 comments:

sya said...

hmm...xtau nk komen la kak tp latip cakap mcm dia guna keje budak undergrad, dia tulis nama budak tu (ref) and ms paper tu menang award hari tu, budak tu latip kasi jgk portion hadiah sket. supervisor cakap skati nk kasi ke tak but klu kt jadi budak undergrad tu mstila nk fair kan.

Nihlah Insyirah said...

hehehe takpe sya..masa tulis entry ni akak sedikit emo n penin2, pk mcm2, kecewa gak coz baru teringin nak tulis paper, tapi rupanya dah dipublish...hari tu pk konon nak email diorang laa apa laa..tapi sekarang redho jer..malas nak pk plak..hehehe..lagipun dulu mmg niat akak nak tlg dia pun..dan dia pun tlg akak byk masa nak siapkan dissertation tu dulu..kira ok lah tu kot :)

Bibi Intan Suraya said...

if I were you, i wont let them just acknowledge me, seriously they use your results and why on earth they just put your name in that acknowlegment column? sory kAna, i didnt mean to provoke you but how can you publish paper or jurnal if the same result has been published? i think this is serious manipulation on your thesis result. please claim you hak....