Wednesday 3 February 2010

Nuha merangkak

Semalam, sedang Ummi sibuk memasak makan malam di dapur, tiba-tiba kelihatan Nuha sedang merangkak menuju ke dapur. Hihihi, akhirnya merangkak juga dia. Si Insyirah mengatakan adiknya seperti "cat" sambil membuat bunyi "meow-meow". Insyirah pun join sama adiknya merangkak. Dah puas merangkak, Insyirah bangun sambil berkata kepada Nuha, "No, adik No", Syiyah sakit (sambil pegang belakang pinggang dia). Agaknya dia tak bagi adik dia merangkak, nanti sakit belakang macam dia. Dah pandai jalan yang pergi merangkak tu siapa suruh, hihihi.
Dah puas membuat aksi kucing, Insyirah melompat-lompat pula sambil dua tangan bengkok ke depan, dengan bunyi "rabbit-rabbit". Bila Ayahnya pulang dari sekolah;
Insyirah: Ayah look Syiyah, rabbit-rabbit sambil melompat-lompat menunjukkan aksi yang sama kepada si Ayah.
Ayah : Oh, Insyirah jadi frog, ribbit-ribbit.
Insyirah: No Ayah, not frog, It's rabbit (sambil muka masam kecewa kerana Ayah tak memahaminya)
....................................................................
Situasi lain yang lebih kurang sama di lain hari,
Insyirah: Ummi, look! sambil menunjukkan kertas A4 yang dilukisnya (ada 5 garisan panjang beserta bulat dihujung setiap garisan).
Ummi: Oh, Insyirah lukis bunga yer. Pandainya anak Ummi. Cantik!.
Insyirah: No Ummi, no. It's balloon.
Ummi: Oh belon, sorry ye sayang, Ummi ingat bunga tadi. Aahlah macam belonlah, pandai Insyirah. (Ummi nak cover balik, hahaha)
Kami kerap salah faham apa yang ingin disampaikan oleh sikecil itu, namun kami cuba memahaminya sebaik mungkin :)
Nuha @ 8.5 bulan
Insyirah @ 2 tahun 7 bulan

4 comments:

sya said...

haha..akhirnya..dpt jgk ummi nuha tgok dia merangkak :D kakak syiyah ni klakar la, pandai lak tu sakit pinggang sume..huhu

Nihlah Insyirah said...

aah sya..at last merangkak juga dia..tapi jenuh angkat letak kat ruang tgh..asyik2 ke dapur je yg dituju..pastu pandai plak selak balik tirai tempat brang2 dapur yg ummi dia letak..x lama lagi abih dipunggahnya brg2 tu..huhuhu..insyirah tu mmg, mcm nenek2 jer lagaknya..mulut berleter x abih2..hihihi

shuzana said...

dah bleh merangkak ek..gud gal la nuha ni..cepat berdiri plak pasni ek..kakak aqila dah mula nak berdiri lepas2 tgn ni..nanti bleh g taman sama2..hehe..

Nihlah Insyirah said...

aah kak shu..x sabar plak nak tunggu boleh jln..nanti boleh jalan2 dgn aqila..hihihi