Monday 8 February 2010

Mulut??

Pepatah menyebut,
Kerana pulut, santan binasa,
Kerana mulut, badan binasa.
Disebabkan keterlanjuran mulut berkata-kata menyebabkan diri tak boleh nak lena. Asyik berfikir apa yang dikata dan mula rasa serba tak kena. Rasa bersalah mula menyelinap dalam diri dan rasa nak patah balik semula. Tambahan dengan teguran ikhlas Ayah menyebabkan diri bertambah rasa bersalah dan hilang punca :(. Lain kali berfikirlah sebelum meluahkan kata-kata. Atau diam itu lebih baik. Astagfirullahalazim. Aku hanya insan yang lemah. Ya, Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku, ahli keluargaku, sanak saudaraku dan rakan-rakanku. Kurniakanlah kami hati yang sejahtera, bersih sentiasa mengingatiMU.

No comments: