Tuesday 9 February 2010

Testing 123 :)


Pejam celik pejam celik,dah 2 tahun 5 bulan kami berada di UK.

Hari ke 5 Nuha merangkak. Video tak boleh nak uploadlah pula. Sedang Ummi menonton TV, tiba-tiba Insyirah menjerit, Ummi, adik shipah (sepah). Bila Ummi nengok, si Nuha dah berada di rak kasut "mengemas". Kemudian, ada hati nak berdiri pula walaupun merangkak masih terkedek-kedek. Berderau darah Ummi nengok Nuha dah berdiri sambil pegang anak tangga kedua, risau takut jatuh terlentang. Ayah yang berada di tingkat atas sempat ambil gambar Nuha, huhuhu. Ada hati lah tu nak ikut Insyirah naik tangga.
Sekarang Nuha dah pandai nangis bila orang lain dukung. Kalau dengar Insyirah nangis pun kadang Nuha nangis sama. Lagi lah kalau Ummi pura-pura marah, makin melalaklah dia. Nampaknya, Nuha dah semakin sensitif dengan emosi. Kalau Ayah balik dari sekolah, Nuha terus hulur tangan minta didukung. Kalau tak diambil, teresak-esaklah dia.
Insyirah pula sekarang suka mengadu. Hari tu, bila Ummi masuk jer kereta balik dari aktiviti helwa, dia cakap "Ummi, Syiyah main swing, Syiyah jatuh, sakit." Ayah menyampuk, jatuh sikit jer :) Kalau duduk rumah dengan Ummi, habis semua diadu ke Ayah bila Ayahnya balik. Semua dilapornya :)

Monday 8 February 2010

Mulut??

Pepatah menyebut,
Kerana pulut, santan binasa,
Kerana mulut, badan binasa.
Disebabkan keterlanjuran mulut berkata-kata menyebabkan diri tak boleh nak lena. Asyik berfikir apa yang dikata dan mula rasa serba tak kena. Rasa bersalah mula menyelinap dalam diri dan rasa nak patah balik semula. Tambahan dengan teguran ikhlas Ayah menyebabkan diri bertambah rasa bersalah dan hilang punca :(. Lain kali berfikirlah sebelum meluahkan kata-kata. Atau diam itu lebih baik. Astagfirullahalazim. Aku hanya insan yang lemah. Ya, Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku, ahli keluargaku, sanak saudaraku dan rakan-rakanku. Kurniakanlah kami hati yang sejahtera, bersih sentiasa mengingatiMU.

Wednesday 3 February 2010

Nuha merangkak

Semalam, sedang Ummi sibuk memasak makan malam di dapur, tiba-tiba kelihatan Nuha sedang merangkak menuju ke dapur. Hihihi, akhirnya merangkak juga dia. Si Insyirah mengatakan adiknya seperti "cat" sambil membuat bunyi "meow-meow". Insyirah pun join sama adiknya merangkak. Dah puas merangkak, Insyirah bangun sambil berkata kepada Nuha, "No, adik No", Syiyah sakit (sambil pegang belakang pinggang dia). Agaknya dia tak bagi adik dia merangkak, nanti sakit belakang macam dia. Dah pandai jalan yang pergi merangkak tu siapa suruh, hihihi.
Dah puas membuat aksi kucing, Insyirah melompat-lompat pula sambil dua tangan bengkok ke depan, dengan bunyi "rabbit-rabbit". Bila Ayahnya pulang dari sekolah;
Insyirah: Ayah look Syiyah, rabbit-rabbit sambil melompat-lompat menunjukkan aksi yang sama kepada si Ayah.
Ayah : Oh, Insyirah jadi frog, ribbit-ribbit.
Insyirah: No Ayah, not frog, It's rabbit (sambil muka masam kecewa kerana Ayah tak memahaminya)
....................................................................
Situasi lain yang lebih kurang sama di lain hari,
Insyirah: Ummi, look! sambil menunjukkan kertas A4 yang dilukisnya (ada 5 garisan panjang beserta bulat dihujung setiap garisan).
Ummi: Oh, Insyirah lukis bunga yer. Pandainya anak Ummi. Cantik!.
Insyirah: No Ummi, no. It's balloon.
Ummi: Oh belon, sorry ye sayang, Ummi ingat bunga tadi. Aahlah macam belonlah, pandai Insyirah. (Ummi nak cover balik, hahaha)
Kami kerap salah faham apa yang ingin disampaikan oleh sikecil itu, namun kami cuba memahaminya sebaik mungkin :)
Nuha @ 8.5 bulan
Insyirah @ 2 tahun 7 bulan

Tuesday 2 February 2010

MSc Dissertation

Hasil dari sembang-sembang kosong bersama kak Mashitoh minggu lepas, tetiba hati ini teringin nak publish paper dari MSc dissertation ku. At least, ada gak manfaatnya cuti ni. Tapi tataula sesuai ke tidak results tu dan layakke untuk dipublish. Yelah, diri sendiri tak berapa confident dengan hasil perbincangan dari results yang diperolehi. Rasa macam merapek meraban jer tulis report tu dulu. Ingatkan nak contact supervisor minta izin untuk tulis paper sebabnya projek MSc tu projek usahasama Universiti dengan Rolls Royce dan quite confidential (masa tu siap kena sign perjanjian, tempoh masa dalam 2-3 tahun).
My project title
Cuba search paper yang dah dipublished, kot-kot dah ada orang tulis dalam bidang yang lebih kurang sama, tiba-tiba terjumpa paper ni (gambar di bawah) yang sama dengan my project aims. Dan penulisnya juga merupakan PhD postgrad (yang banyak membantu saya menyiapkan my disertassion), my ex-supervisor dan Rolls Royce staff.Baca punya baca, terasa familiar sangat isi kandungan journal tersebut. Lagi-lagi bila terpandang gambar-gambar yang digunakan, seperti macam kukenal gambar-gambar itu :) Kebanyakan gambar-gambar itu ada di dalam laporan dissertation saya (9 dari 12 gambar). Maafkan saya jika gambar itu kebetulan sama. Antaranya seperti gambar-gambar di bawah;
Gambar yg scale hitam(atas) dari journal dan scale putih (bawah) dari my dissertation. Masa tu saya guna mesin SEM yang lama yang hanya display size disebelah atas (oleh kerana scale itu tidak boleh dibaca, saya edit dengan membuat scale baru disebelah bawah, napelah dulu tak terfikr nak edit yang macam result bila guna mesin SEM baru kan ). Acc volt tu sumer kena catit manually. Tapi kalau guna mesin SEM yang baru, gambar yang tehasil adalah seperti gambar yang ada dalam journal tu. Semua data ada. Tidak keterlaluan saya katakan gambar asal telah dicrop dan diedit semula.
Gambar micropit ni pula, gambar asal (bawah) telah dirotate 180 darjah @ flip vertically, crop dan diedit semula.
Gambar yang saya lukis dalam microsoft words ini juga digunapakai dalam journal tersebut. Cuma cracks yang saya gambarkan diedit dengan lebih baik lagi kepada triple split untuk memberi kefahaman yang lebih jelas. Banyak lagi results saya yang digunakan dalam journal tersebut. Ayat juga ada yang direphrase semula. Namun tiada pula my MSc dissertation dalam reference journal tersebut (hahaha siapalah saya, perasan jer lebih, kuikuikui). Walau tiada di reference list, terima kasih kerana acknowledge saya (walaupun nama terbalik;) ). Masih segar dalam ingatan kata-kata my supervisor "Don't worry Ana, we will acknowledge you if we use your results". Ya, mereka pegang pada janji-janjinya. Alangkah manis jika nama itu diletakkan sebaris dengan nama penuliskan, hiihihi (bagi betis nak peha pula :D). Bolehlah digunakan untuk my career development,dahlah impact factor pun not bad gak, 1.143). Takpelah, itu mugkin bukan hak saya. Yang penting, Alhamdulillah, Ilmu yang diperolehi bermanfaat juga untuk orang lain. Apalah yang ada pada nama kan?? Nak buat camna, dah USM ni pentingkan publications, tak gitu??hehehe...


Nukilan rasa,
Ummu Insyirah
P/s: Ayah Insyirah suruh Ummi listkan my results yang diorang guna dan inform them sebab rasanya bukan just a part of the work of SEM jer as acknowledged, tapi lebih dari itu. Perlu ke ek???