Wednesday 6 April 2011

Panas!!!


Hahaha tajuk macam ada isu panas je ek, takde apa pun...nak cerita pasal cuaca panas jer. Dah lama tak rasa panas camni, best sangat-sangat, alhamdulillah:) Cuaca hari ini...panas sehingga 20 darjah celcius (takdelah panas mana pun :D). Matahari terik tapi suhu nyaman-nyaman gitu. Ampai baju penuh sepenuh-penuhnya. Pagi-pagi dah jemur baju sampai penuh ampai walaupun pagi tadi macam mendung jer, sebab forecast pagi sunny interval. Pukul 10 pagi forecast kata sunny, tu yang jemur baju tu. Sebelum ni, 2 3 hari asyik hujan jer. Penat jemur, alih-alih kena hujan sebab tak perasan hujan:D. Tengah hari angkat baju mana yang kering dan jemur lagi baju sampai penuh ampaian. Masa jemur baju tengah hari tadi, budak berdua Nuha dan Insyirah pun ikut sekali. Sibuklah diorang dok kutip itu ini, bunga, daun dan macam-macam yang menarik perhatian diorang. Bila Ummi tegur, "baik-baik kakak ada pokok duri tajam, nanti kena tangan, sakit!" Insyirah jawab, "I want make decorations Ummi". Masing-masing kocek baju penuh dengan daun-daun dan bunga-bunga. Naik-naik rumah jer, habis diorang lambakkan atas lantai semua hasil kutipan diorang, huhuhu. Kakak, lepas kakak siapkan decoration kakak, tolong kemas balik ok semua daun-daun ni! Insyirah minta kertas dan gam. Selepas dapat persetujuan untuk mengemas balik, Ummi pun bagilah sorang sehelai kertas dan gam kena kongsi sebab Ummi jumpa satu jer gam :D Insyirah dok lekat-lekatkan benda yang dikutip tu atas kertas sambil cakap "look Ummi, I make decorations". Bila Ummi tanya si Nuha pula dia buat apa, Nuha kata "akan"(baca:makan) sambil buat gaya nak makan apa yang dia buat tu. Hehehe geli hati Ummi nengok si Nuha ni, makan jer dalam fikiran dia. Kalau si kakak lekat-lekat atas kertas, Nuha takyah lekat-lekatkan, Nuha lambakkan jer atas kertas tu, pastu dia lipat-lipatnya kertas tu macam "wrap" (sejenis makanan). Kira daun-daun tu inti dan kertas tu kulitnya. Ala macam chicken wrap/kebab tu. Tapi yang Nuha punya ni kira kebab sayurlah, hehehe. Nanti Ummi upload gambar hasil seni diorang ni buat kenangan di masa hadapan. 

Hmm..tetiba tekak terasa nak minum cendollah plak, nak gi buat satlaa sementara diorang ni tengah tidur:)

2 comments:

kak cahaya said...

sempat lg nk wat cendol....rindu sgt2 kehidupan kat sana...sgt berbeza kat sini..kat sana teringin g g msk sirik, kat sini malasnyer mengunung, teringin je trus tunjuk je..hehe..huarrrgghhhhh..sgt miss nk gather2 makan2 lepak2 cam dulu...

Nihlah Insyirah said...

hahaha, kat sini pun malasnya menggunung kak, cuma sebab takde yang nak ditunjuk2 tu yang terpaksa nak kena buat...huhuhu..