Saturday 30 April 2011

6 tahun sudah...

Alhamdulillah, syukur kepadaMu ya Allah kerana memberi kami nikmat hidup berkeluarga.
Ditambah seri dengan kehadiran putera dan puteri yang amat berharga.
Hari ini, 30 April 2011 merupakan hari yang istimewa buat kami sekeluarga.
Mengimbau saat manis 6 tahun lepas mengikat janji setia untuk hidup bersama.
Begitu banyak suka dan duka yang dilalui sepanjang hidup bersama.
Namun kami tetap sabar mengharunginya bersama.
Semoga ianya berkekalan hingga ke syurga.

6 tahun lepas ;)
Gambar terkini bersama anak-anak tercinta, Insyirah, Nuha dan Ahmad Mujahid :)

Ya Allah, rahmatilah hidup kami sekeluarga,
jadikanlah kami hamba yang tunduk patuh kepadaMu ya Allah
dan jadikanlah anak-anak kami umat yang tunduk patuh kepadaMu ya Allah
jadikanlah anak-anak kami sebagai penyenang hati kami
berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami ya Allah
ampunilah dosa-dosa kami ya Allah
Sesungguhnya Engkau maha Pendengar Doa...

Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke-6 buat kami berdua :)

 Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Amin.

Wasalam.

7 comments:

nurhanzs co said...

Salam..

Tahniah buat Ana dan Aziz..
moga kekal berbahagia sepanjang hayat..

Nihlah Insyirah said...

salam kak nita,

mekasih banyak kak:)

Mimiamilia said...

sekejap jer masa berlalu kan ana...dah anak 3. baru jer rasanya duduk berjiran time matriks dulu

semoga Allah kurniakan mahabbah dan sakinnah berterusan untuk keluarga ni

Nihlah Insyirah said...

aah mimi, sekejap jer masa berlalukan...

tadi baru cakap benda yang sama "pasal berjiran dengan mimi masa matriks" kat husband on d way ke carboot pagi tadi.

mekasih mimi atas doanya. kami pun doakan mimi semoga dipermudahkan segala urusan dan berbahagia dunia dan akhirat:)

MizWaR_SuLHaFaT said...

baarakallahulakum!!

Anonymous said...

Tahniah Ana dan suami..
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Dari sevendrops

Nihlah Insyirah said...

terima kasih Mad & Kak Nasiroh:)