Setelah lebih kurang 3 bulan bersekolah di Tadika Cinta Bistari, Insyirah sudah boleh solat lengkap dengan bacaannya sekali. Cuma bacaan tahiyyat dan doa iftitah masih belum lancar sepenuhnya. Bacaan ketika rukuk dan sujud juga kadang-kadang tertukar tukar bila masuk rakaat kedua solatnya.
Pertama kali Ummi mendengar bacaan solat Insyirah ketika kami berjamaah bersama. Insyirah solat dengan begitu yakin dan sangat kuat bacaan solatnya (susah nak khusyuk dibuatnya :D). MasyaAllah, hampir sempurna bacaan solatnya. Di lain waktu, kami berjamaah dengan Ayah dan ketika itu Insyirah belajar memperlahankan bacaan solatnya berbanding ketika solat bersama Ummi. Insyirah memberitahu Insyirah ikut Ummi baca perlahan-lahan, haa Insyirah dah tak baca kuat-kuat dah Ummi :D Alhamdulillah, Insyirah anak solehah.
Selain boleh membaca al-fatihah, surah nas, bacaan rukuk, sujud, iktidal, takbir, Insyirah juga sudah boleh baca doa selepas solat. Zikir dan selawat juga tidak lekang dari mulutnya sehinggakan di dalam bilik air pun dia menyanyi-nyanyi dengan bacaan zikir dan selawat yang dipelajari di sekolah. Bila ditegur agar tidak boleh membaca di dalam bilik air, soalan bertubi-tubi keluar dari mulut kecil itu :D Ummi juga banyak belajar dari Insyirah hadis dan kata-kata hikmat yang dipelajarinya di sekolah. Antara yang sering keluar dibibirnya ialah:
- Innamal a'malu bin niyat (setiap perbuatan dimulakan dengan niat).
- La taghdab walakal jannah (Jangan marah bagimu syurga, siap dengan gaya-gaya sekali membuatkan Ummi kadang-kadang tak jadi nak marah, hehehhe)
- Man la yarham, la yurham (Barangsiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi)
- Al jannah tahta akdamil ummahat (Syurga di bawah telapak kaki ibu)
Mohon betulkan jika apa yang ditulis di atas ini silap kerana ini yang keluar dari mulut kecil Insyirah. Umminya kurang arif tentang ini.
Sebagai galakan kepadanya untuk menghafal bacaan di dalam solat, Ummi berjanji akan membelikan apa sahaja yang diinginkan Insyirah di bawah kemampuan Ummi. Insyirah menginginkan "earing" seperti rakannya di sekolah. Hampir sebulan asyik disebutnya. Namun Ummi sentiasa mengingatkan yang Insyirah perlu membaca dengan lancar bacaan solat dan rajin solat terlebih dahulu. Bila tiba masa yang sesuai, insyaAllah Ummi akan menunaikan janji Ummi.
Teringat ketika Insyirah berusia 14 bulan sudah mula mengikut Ayahnya solat :) InsyaAllah bila berkesempatan nanti Ummi rakam cara Insyirah solat ketika usianya 56 bulan beserta bacaannya sekali untuk rujukan di masa hadapan.
diusia 4 tahun ++ baru mula belajar bacaan solat
2 comments:
Masya allah..trharunya sy ana...insyirah anak solehah..alangkah seronoknya kalau semua anak sy mcm insyirah...bagus tadika tu..
Alhamdulillah Sarah. Walaupun kadang kurang bersetuju dengan cara pengurusan pihak tadika, tapi dari aspek pendekatan pembelajaran, saya suka dengan cara tadika tersebut.
Terima kasih dengan cikgu-cikgu di tadika tersebut kerana banyak membantu.
Post a Comment