Monday 19 March 2012

Melayu itu muslim??

Sehingga kini kami masih belum mempunyai tv di rumah sewa di Taman Ilmu :). Tv kami diletakkan di kampung kerana kebiasaannya di hujung minggu kami akan pulang ke kampung di Kepala Batas. Ummi suka menonton majalah 3 dan cerekarama pada Sabtu malam Ahad, hehehe :D

Suatu hari Ummi mengajak Insyirah menonton cerekarama bersama.
Ummi: Kakak, jom nengok cerita melayu.
Insyirah: haa cerita melayu? Insyirah nak nengok cerita muslim lah Ummi.
Ayah: Orang Melayu itu muslimlah kakak.
Insyirah: Haa nengok tu Ummi, dia tak pakai tudung. Dia tak muslim lah Ummi. (bila cerita baru sahaja bermula). Dia orang Cina ke Ummi?
Ummi: errr emm...(fikir bagaimana nak terangkan kepada budak berusia 4 tahun +). Orang perempuan muslim @ Islam memang kena pakai tudung kakak. Tapi ada juga yang tidak pakai tudung, jadi dia berdosa dengan Allah kerana tak pakai tudung. Kakak perlu berdoa supaya insyaallah suatu hari nanti dia jadi baik dan pakai tudung.
Ummi: Kakak tak pakai tudung pun bila keluar rumah.
Insyirah: Insyirah kecik lagi Ummi. Nanti Insyirah dah besar macam Ummi, Insyirah pakailah tudung.
Ummi: Budak kecik pun boleh pakai tudung. Insyirah cantik bila bertudung.

Semoga Insyirah membesar menjadi wanita muslimah yang solehah.

2 comments:

Kisah Qaseh said...

budak-budak bila dah pandai cakap dan berfikir.. macam-macam soalan yang dia tanya... kadang2 serba salah... nak terangkan... sweet je anak-anak Ana..

Nihlah Insyirah said...

itulah farah, kadang kita dah explain pun dia tak boleh nak terima, kefahaman dia juga betul.

sangat susah kalau nengok cerita yang banyak flashback. sbb kalau pelakon tu suppose dah meninggal tapi flashback tunjuk dia masih hidup, mati2 Insyirah kata dia hidup lagi. tak mati pun...kita yang dicakapnya salah, huhuhu. kadang penat dok explain, hehehe.