Friday, 16 March 2012

Hand, Food, Mouth Disease (HFMD)

Hari ini dan semalam, Ummi ambil cuti kecemasan untuk mengambil alih menjaga Ahmad dan Nuha yang dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut sejak Ahad yang lalu. Isnin hingga Rabu, mereka dijaga oleh ayahnya kerana Ummi sangat sibuk di tempat kerja berikutan dengan dokumen yang perlu dihantar segera dan menerima kunjungan pemeriksa luar pada hari Selasa dan Rabu. Tak menang tangan dibuatnya akibat daripada pemberian kerja disaat akhir.

Bermula dari Sabtu malam Ahad, Ahmad langsung tidak boleh menelan susu. Sepanjang malam menangis, mengamuk menahan kesakitan. Akhirnya Ummi memaksanya meminun susu menggunakan shringe. Alhamdulillah dalam jam 5 pagi, Ahmad boleh tidur. Kasihan dia kelaparan. Nak minum susu tapi mulut sakit. Pada siang hari kami membawanya ke poliklinik namun, Dr tidak memeriksanya dengan teliti dan antibiotik yang hendak diberikan kepada Ahmad pula habis. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Nuha menunjukkan tangannya ada bintik-bintik, lalu Ummi terus menyuruhnya membuka mulut. Allahuakbar, penuh ulser di dalam mulut Nuha. Terus Ummi meminta Ayah ke hospital parit buntar bahagian kecemasan kerana dikhuatiri mereka dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Di nursery mereka memang ada kes yang serupa 2-3 minggu yang lepas.

Setelah 3 jam lebih menunggu giliran, akhirnya mereka dibawa berjumpa dengan doktor yang bertugas. Doktor mengesahkan kedua-duanya dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Mereka perlu melaporkan kepada Kementerian Kesihatan kerana penyakit ini di bawah kawalan. Mereka perlu dikuarantin di rumah dan tiada ubat yang spesifik untuk penyakit ini. Mereka hanya diberikan paracetamol dan ubat titik ke dalam mulut. Tidak perlu untuk makan antibiotik kerana penyakit ini disebabkan oleh virus.

Sekarang ini, keadaan Ahmad semakin ok, dah boleh minum susu. Keadaan Nuha sahaja yang masih belum pulih sepenuhnya dan kurang selera makan kerana mulutnya yang masih sakit. Hanya bergantung kepada susu sepenuhnya. Itu pun kadang merengek nangis sakit apabila ingin makan/minum. Asyik nak gosok gigi ingat giginya yang sakit :D

Semoga mereka kembali pulih sepenuhnya.

Terima kasih kepada Ayah mereka yang sangat memahami sanggup menjaga anak di rumah. Ini kali ke-2 Ayahnya terpaksa duduk rumah menjaga mereka, pertama semasa Ummi ada bengkel OBE di Hotel Equatorial pada 9 Feb yang lalu.

Untuk Insyirah, Nuha dan Ahmad, kami sayang kamu semua.

4 comments:

zafwah said...

Allah kesiannye kt diorg..harap cpt sembuh n ibu ayah nya byk2 sabar ye..

Nihlah Insyirah said...

Thanks aunty farah :) Kem salam haziq n hadif n peluk cium to hannah comel:)

Naflyna said...

Anak sy yg sulung hari tu pon kena penyakit yg sama. Tp mujur x sampai ke mulut. Sy wonder mcm mana Ana train anak utk gosok gigi ye?

Nihlah Insyirah said...

Alhamdulillah ismail tak penuh ulser dimulutnya.kalau tak susah nak minum susu.

Nape Lina wonder Ana train anak gosok gigi camana? Actually Nuha ni agak susah nak gosok gigi.

Selalunya anak-anak Ana, Ana train untuk mereka membuat sesuatu tu dengan menyatakan sebab apa mereka perlu buat dan sebab yang akan terjadi jika mereka tidak mahu buat.

Contoh: mereka perlu gosok gigi untuk jaga kebersihan gigi dan bagi gigi cantik. Kalau tak suka gosok gigi, nanti sakit gigi sebab ada ulat makan gigi, hehehe. Sebab itu, masa mulut dia sakit tak boleh nak makan Nuha ingat sebab dia malas gosok gigi sbb tu gigi dia sakit. itu yang minta nak gosok gigi tu.

Selalunya bila dah usia Nuha dan Insyirah, mereka ingin menggosok gigi mereka sendiri. Kalau Insyirah dah ok, cuma Nuha ni Ummi dia perlu gosokkan gigi dia lagi sebab tidak yakin akan kebersihannya, hehehe