Thursday 18 July 2013

Selesai satu hutang

Alhamdulillah, hari ini, 18/7/2013, Ummi dan Ayah Insyirah berjaya menyelesaikan hutang PTPTN. Lapang rasa hati bila satu hutang habis dibayar. Tambahan lagi dapat diskaun 20% daripada baki akhir sebab selesaikan hutang ini sebelum 30 September 2013.

Terima kasih PTPTN atas pinjaman pelajaran kami di USM sepanjang 2000-2004. Semoga kami sekeluarga tidak perlu lagi berhutang dengan pihak anda :D

Surat pelepasan hutang PTPTN

7 comments:

Naflyna said...

Wow...cepatnya dah abis bayar. Ana gi settlekan bayaran dekat mana? Rs macam nak abiskan bayar jugak sebab blh dpt 20% drpd baki akhir tu. Banyak jugak bila dikira.

zafwah said...

bestnye dah takda hutang PTPTN...akak ni dok merangkak2 bayar bulan2 potong gaji..rasa macam tak luak2..nak bayar selambak tak mampu plak..Ana settle kan berapa semua skli..

Nihlah Insyirah said...

Lyn @Naflyna: Ana bayar di kaunter cawangan PTPTN berhampiran terletak di Politeknik Seberang Perai. Ada 4 cara boleh buat pembayaran tapi sebab ana nak dapatkan terus surat pelepasan hutang pada hari yang sama, itu yang bayar dikaunter terus.

Kak Farah @zafwah: Selepas tolak 20%off Ana bayar RM10,854.84 dan Aziz plak RM10,058.14, huhuhu. Jimat RM5200 lbh gaklaa lepas dapat 20%off tu. Total pinjaman sorang RM28000 x 2 = RM56000 tak termasuk kos pentadbiran. Akak dah tukar ke ujrah ke?

Nihlah Insyirah said...

Kak Farah, ana ingat lagi masa mula2 bayar pada tahun 2007 (bukan ujrah), kos pentadbiran telah meningkat dari RM16.25(2004) kepada RM68.75 (2007). Menyesal sangat tak bayar awal2. 2007 tu mula bayar RM50 sebulan tapi macam tak luak jer hutang.Bila semak balik patutlah, yang Ana bayar tu kos pentadbiran pun tak lepas, hehehe sebab kos pentadbiran dah RM68. Pastu naikkan sikit bayaran RM100-RM300 setiap bulan. Kos pentadbiran menurun kepada RM63.75. Masih banyak lagi sebab kiraan berdasarkan baki akhir kan. Pastu nekad kalau ada duit lebih memang bayar lebih sehingga Rm1000/2000 sebulan. kalau takde duit banyak maintain 100-300/ sebulan. Kos pentadbiran terus turun kepada RM50. Pastu maintain bayar Rm400/sebulan masa 2009 tu dan kos pentadbiran waktu tu RM46.28. Kos pentadbiran 2010 turun lagi kepada RM35.28 dan masa 2011 turun lagi kepada RM22.78.

kalau akak tak tukar ke ujrah lagi, cuba semak berapa kos pentadbiran yang dikenakan sebab taknaklah kita bayar banyak kos pentadbiran tu kan, huuhuhu.

Naflyna said...

Kawan sy very calculative. Dia dan abang dia kata selepas dicongak-congak, rugi tukar kepada ujrah kerana katanya jumlah yang perlu dibayar lagi banyak. Secara logiknya sy rasa ya sebab lepas sy tukar kepada ujrah, time span yang diberikan lebih panjang dr time span perjanjian sebelum ujrah. Wallahualam.

Nihlah Insyirah said...
This comment has been removed by the author.
Nihlah Insyirah said...

Maaf Lyn, Ana tak pasti berkenaan ujrah tu. Haritu nak tukar ke ujrah tapi staf PTPTN nasihat tak perlu nak tukar ke ujrah jika nak selesaikan kesemua hutang sekaligus.

Kawan Lyn tu cuba tak kira beza bayaran pinjaman pada satu tempoh yang sama antara ujrah dan konvesional.

Apa yang Ana dengar katanya ujrah ni ikut perkiraan syariah, harap2 lebih berkat so dapat elak dari riba' harapannya.

Sekadar pandangan. Wallahualam.