Sudah sekian lama tidak mencoretkan sesuatu di sini. Entah apa yang disibukkan pun tak tahu. Yang pasti asyik beralasan. Sibuk di tempat kerja, mengemas rumah, memasak dll. Macam-macam. Pada hal kadang-kadang kemas, masak pun skip, huhuhu :)
Tahun depan Insyirah masuk darjah 1. Ummi yang berdebar bila mendengar cerita dari rakan ibu lain. Beberapa bulan lalu, sibuk mengajarnya membaca dalam bahasa melayu dan Alhamdulillah selepas 2-3 minggu dah boleh membaca . Lepastu dah terberhenti dan tak sambung-sambung lagi secara "official" dan konsisten. Tatau bila nak mula belajar membaca dalam English dan membaca jawi pula. Sekarang dah Oktober. Ya Allah berilah kekuatan untuk diri ini mendidiknya. Umminya kena buang penyakit "M" jauh-jauh :D.
Sudah setahun lebih Insyirah bersekolah di Tadika cinta bestari. Ingat masa 3 bulan Insyirah bersekolah, dia telah mula belajar solat. (Baca entry lalu). Ketika itu banyak bacaan yang masih perlu dibetulkan. Sehinggalah tadi, Ummi tergerak hati hendak semak bacaan solatnya, lalu menawarkannya sama ada ingin menjadi Imam solat atau tidak. Dengan rasa terujanya Insyirah ingin menjadi Imam kepada Nuha bagi solat maghrib dan Isya'. MasyaAllah, tidak sangka solatnya hampir sempurna sehingga ke salam. Ada 4 - 5 sebutan yang perlu diperbaiki sebutannya. Surah al-kafirun dan al-kauthar menjadi pilihan ketika solat maghrib manakala surah al-lahab dan surah al-ikhlas menjadi pilihan ketika solat Isya'. Rupanya banyak juga surah yang telah dihafalnya. Malah tahiyyat awal dan tahiyyat akhir juga telah dihafalnya juga. Alhamdulillah, semoga Insyirah menjadi anak solehah dan tidak tinggal solat. Semoga solatnya sempurna dan diterima di sisi Allah swt, amin.
1 comment:
Kami bekerja secara sah di bawah Pemberi Pinjam Wang 1951 kami menawarkan pinjaman wang tunai segera kepada kakitangan kerajaan dan sektor swasta. Kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.
Anda memerlukan wang dengan segera?
* Pemindahan Sangat cepat dan mudah ke akaun bank anda.
* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang anda.
Akaun deposit
* Kadar faedah yang rendah 2%
* Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) tempoh.
* Tempoh pinjaman itu dibayar bulanan dan fleksibel.
* Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
Anda boleh mengharapkan tindak balas awal yang kurang daripada 24 jam.
Pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang kami perlukan.
daripada
Menghubungi syarikat kad kredit anda yang sah dan berlesen yang dilesenkan.
bantuan kewangan kepada negara-negara lain.
Untuk lebih maklumat bentuk dan aplikasi menghubungi dengan pinjaman ini.
E-mel: Thecommunityloancompany@gmail.com
Laman Web: Thecomloan.com
Post a Comment