Insyirah: Ummiiii..sakitttt.... (menangis sambil pegang tangan dengan siku yang berdarah)
Ummi : Kenapa?
Insyirah: Jatuh basikal (makin kuat tangisannya sakit luka disiku)
Ummi : Alaaa sikit jer ni. Kebiasaannya kalau dah jatuh berdarah macam ni, mesti kakak akan pandai kayuh tak lama lagi. Selalu macam tulah kakak. Kakak dah belajar sampai jatuh-jatuh berdarahni, mesti lepas ni kakak boleh kayuh punya.
Ummi : Kenapa kakak tak pakai "pads" kat siku dan lutut? Kalau jatuh pun takdelah sakit sangat nanti. Gi basuh siku tu dulu sambil si Ayah ambil "pads" dari kotak mainan.
Ayah : Cuba pakai ni, muat tak sambil menunjukkan "pads" kepada Insyirah.
Ummi : Hah, nak naik basikal lagi tak kakak (bila Insyirah telah lengkap memasang "pads" di siku dan lututnya.)
(Nuha juga turut sama memakai "pads" di siku dan lututnya. Kebetulan ada 2 set "pads" yang dibeli di "carboot sale" dulu :) Si Ahmad nak pakai juga tapi tak cukup, dulu tak terfikir pula nak cari untuknya sebab masih kecil. Lalu Ahmad meminta belikannya "pads" upin ipin :D)
Insyirah masih tidak berputus asa untuk teruskan latihan mengayuh basikal. Berkat kesungguhannya yang tidak mengaku kalah, akhirnya berjaya juga :)
Tanggal 9 Oktober 2013, hari Rabu, lebih kurang jam 6.30 petang, hari bersejarah untuk Insyirah, tarikh yang akan dikenang di masa hadapan, hehehehe. Insyirah pandai kayuh basikal tanpa bantuan stabilizer lagi. Selamat tinggal stabilizer ;)
Insyirah: Sebab Insyirah selalu prektislah Ummi, lama-lama Insyirah pandai kayuh. (sebelum ni Insyirah sering menolak basikal dengan kakinya sahaja untuk membiasakan diri dan belajar mengimbangi badan, tak boleh kayuh lagi).
Ummi : Apa pun yang Insyirah buat perlu prektis berulang-ulang kali, baru boleh pandai. Sama juga dengan belajar, baca quran. Semua kena rajin prektis. Memang semua perkara selalunya mula dengan tak tahu, tapi perlu belajar dan rajin prektis, baru boleh pandai. So bila dah pandai ni, Insyirah perlu cakap apa ya?
Muka gembira setelah pandai kayuh basikal 2 roda buat pertama kali :)
Wasalam.
p/s: video akan menyusul kemudian insyaAllah :)
No comments:
Post a Comment