Monday, 15 August 2011

Ini kisahku

Entry ini bukanlah hendak bercerita kisah sendiri tetapi kisah Wardina dan Sham kamikaze. Walaupun kami masih berada di UK buat masa ini tetapi masih boleh menonton rancangan tv di Malaysia melalui youtube ataupun website-website tertentu. Kami sangat tertarik dengan rancangan dari TV9 ini, Ini kisahku yang disiarkan pada bulan ramadhan kali ini.

1. Kisah Wardina Saffiyah


2. Kisah Sham Kamikaze
Part 1


Part 2


Alhamdulillah, seronok dan terharu melihat penghijrahan mereka. Semoga ianya berkekalan dan tetap di jalanMu ya Allah dan semoga membuka ramai lagi hati manusia untuk menjejaki langkah mereka. Ya Allah, kurniakanlah petunjuk dan hidayah kepada kami agar kami menjadi muslim yang lebih baik dari hari ke sehari. Janganlah Engkau tarik hidayah dan petunjuk tersebut setelah Engkau kurniakannya. Marilah sama-sama kita berdoa dengan doa ini setiap hari agar Allah tidak memesongkan hati kita kepada kesesatan insyaAllah.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.” [Al-Imran 3: 8]

Amin Ya Rabbal Al-Amin.

Sunday, 14 August 2011

EBM oh EBM

Akhirnya EBM Ahmad terbuang begitu sahaja, sedih sangat, huhuhu. Hendak diberikan kepada Nuha pun, dia tidak mahu sebab sudah dibekukan. Dulu jika diberikan kepada Nuha sejurus selepas diperah, Nuha minum berbotol-botol. Sayang sangat tetapi tidak boleh nak buat apa jika disimpan kerana masa Ummi memerah susu tersebut Ummi tidak pantang kepada susu lembu kerana masih tidak mengetahui yang Ahmad allergic terhadap susu lembu. Minum milo sahaja harus 3- 4 kali sehari. Tidak termasuk minum susu lembu segar. Sekarang ini pun jika Umminya makan aiskrim satu dua sudu pun, kulitnya sudah naik bintik-bintik akibat allergic.Tetapi masih terkawal.
Susu Ahmad yang terpaksa dibuang :( Sebelum ini asyik tak sampai hati hendak membuangnya tetapi disebabkan tiada ruang di dalam peti ais, akhirnya dibuang juga, huhuhu.

Hari ini sudah 13 hari kita berpuasa dan alhamdulillah Ahmad masih boleh menyusu badan walaupun Umminya berpuasa. Sepanjang berpuasa ini hanya 2 kali Umminya memberikan susu formula Nutramigen kepada Ahmad sebagai tambahan. Itu pun disebabkan Umminya terlajak tidur dan tidak bersahur, huhuhu. Di bulan puasa ini memang perlu minum air bergelas-gelas ditambah dengan minuman soya (pengganti susu) bagi memastikan bekalan susu Ahmad cukup disiang hari. Sekarang ini cuba minum air halba untuk meningkatkan pengeluaran susu sebabnya baru-baru ini pengeluaran susu menakjubkan, tidak seperti biasa. Mungkin dari sumber makanan kari kepala ikan yang diletakkan halba campur. Wallahualam.

Thursday, 11 August 2011

Kisah seorang Kristian memeluk Islam

Teringat masa Atuk dan Nenek Insyirah di UK, Atuk Insyirah suka tengok rancangan Dr Zakir Naik ini di rancangan Islamic channel. Atuk Insyirah sangat kagum dengan beliau kerana ingatannya yang sangat kuat boleh ingat setiap ayat dalam al-quran dan juga dalam bible. Atuk Insyirah siap ambil gambar Dr Zakir Naik di tv dari telefon bimbitnya sebagai kenangan katanya, hehehe. Selepas mereka pulang, anak-anak di rumah asyik tonton kartun sahaja sepanjang hari, huhuhu.

Video ini menarik untuk dikongsi bersama. Subhanallah, Allahuakbar!. Dalam Islam mengatakan bahawa Jesus Christ / Nabi Isa alaihi salam bukan anak tuhan. Secara logiknya, kita semua  dilahirkan ke dunia ini pasti mempunyai ibu dan bapa tetapi kenapa Nabi Isa alaihi salam yang dilahirkan tanpa bapa tidak diterima sebagai anak tuhan? Lebih kurang gitulah bunyi persoalannya.

Ana agak tertarik dengan salah satu hujah Dr Zakir Naik yang mengatakan "jika kamu menganggap Jesus Christ alaihi salam sebagai tuhan (silap sebut, sepatutnya anak tuhan) sebab dilahirkan tanpa bapa, bagaimana dengan Nabi Adam alaihi salam yang dicipta tanpa ibu dan bapa. Tentunya Nabi Adam alaihi salam lebih hebat dari Jesus Chris??"

Setelah mendengar hujah-hujah Dr Zakir Naik, akhirnya hamba Allah ini  percaya bahawa Jesus Christ/Nabi Isa alaihi salam dan Nabi Muhammad S.A.W, kedua-duanya adalah pesuruh Allah. Alhamdulillah.

Mari kita dengar lagi hujah Zakir Naik di video ini.



Semoga Allah memudahkan segala urusan hamba Allah tersebut dan semoga Islam yang diterimanya memberi sinar bahagia buat dirinya di dunia dan di akhirat, insyaAllah.

Wednesday, 3 August 2011

Mari bertadabbur, mesti TONTON !

Terdengar video ini yang dikongsi oleh Ayah Insyirah di facebook yang diambil dari rakan sekolahnya. Alunan merdu bacaan surah Al-Mulk oleh Mishary Raashed beserta terjemahan secara grafik. Terasa betapa kerdilnya diri apabila melihat kerajaan Allah yang maha agung.



Kadang-kadang diri ini tidak begitu merasai makna ayat-ayat Al-Quran walaupun membaca terjemahannya. Tetapi bila menonton video ini terasa maksud ayat-ayat itu lebih mudah difahami dan dirasai. Adakah kerana hati ini sudah gelap?! Kena usaha lagi untuk bersihkan hati dan tingkatkan amal.

Ana mohon agar Allah sentiasa bukakan mata hati kita untuk memahami isi kandungan Al-quran seterusnya memberi kekuatan kepada kita untuk melaksanakannnya.. amiin.

Monday, 1 August 2011

Salam Ramadhan 1432H, 2011

Selamat datang Ramadhan. Alhamdulillah kita bertemu lagi buat sekian kalinya. Ini kali ke-5 kami berpuasa di perantauan dan tahun ini juga puasa yang terpanjang sepanjang kami berada di sini. Lebih kurang 18 jam lamanya. Mudah-mudahan Ramadhan ini akan menjadi lebih meriah dengan ibadah dan menjadi bulan transformasi untuk pembaikan kualiti diri. Semoga kami lebih berTAQWA kepadaMu Ya Allah.

Untuk waktu solat, waktu berbuka dan bersahur kami tidak mengikuti jadual masjid Madni ini kerana kami mengikuti jadual solat dari Universiti of Nottingham yang berbeza hanya beberapa minit. Namun, waktu solat jamaah dan solat tarawikh, Ayah Insyirah mengikuti jadual Masjid Madni ini. Malam tadi, malam pertama tarawikh yang bermula jam 10.30 malam dan Ayah Insyirah tiba di rumah jam 12.15 tengah malam. Risau juga bila tunggu Ayah Insyirah tidak sampai-sampai kerana beliau pergi berjalan kaki sahaja. Semoga Allah melindungi perjalanannya pergi dan pulang dari masjid.
Jadual solat, waktu bersahur dan berbuka yang kami ikut. Waktu berpuasa di hari pertama dari jam 3.29 pagi hingga 9.02 malam.

Alhamdulillah, walau waktu tidur amat pendek, kami berjaya untuk bangun bersahur. Terdapat pelbagai checklist di bulan ramadhan ini. Semoga berjaya melaksanakannya secara istiqamah sehingga tamat bulan ramadhan dan juga pada 11 bulan berikutnya, amin.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Marilah sama-sama kita mendaftarkan diri di Universiti Ramadhan Al-Mubarak yang bermula hari ini.

Tarikh : 1 Ogos 2011
Nama Universiti : Universiti Ramadhan Al-Mubarak
Course wajib : Berpuasa
Course special : Terawih
Course Tambahan : Baca Quran + zikir +solat sunat+ sedekah + iktikaf + Qiamulail +perbanyakkan doa + jihad + dakwah
Kelulusan : Ijazah Takwa
Konvo : 1 Syawal
* Extra..
Tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat Master course : Puasa sunat 6 hari, bulan syawal.
——& JOM DAFTAR………..!! (^_^)

PTPTN tidak disediakan cuma :
♥ jaga iman jaga solat jaga akhlak ♥

Sumber:http://maalimfitariq.wordpress.com/
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------