Monday, 1 August 2011

Salam Ramadhan 1432H, 2011

Selamat datang Ramadhan. Alhamdulillah kita bertemu lagi buat sekian kalinya. Ini kali ke-5 kami berpuasa di perantauan dan tahun ini juga puasa yang terpanjang sepanjang kami berada di sini. Lebih kurang 18 jam lamanya. Mudah-mudahan Ramadhan ini akan menjadi lebih meriah dengan ibadah dan menjadi bulan transformasi untuk pembaikan kualiti diri. Semoga kami lebih berTAQWA kepadaMu Ya Allah.

Untuk waktu solat, waktu berbuka dan bersahur kami tidak mengikuti jadual masjid Madni ini kerana kami mengikuti jadual solat dari Universiti of Nottingham yang berbeza hanya beberapa minit. Namun, waktu solat jamaah dan solat tarawikh, Ayah Insyirah mengikuti jadual Masjid Madni ini. Malam tadi, malam pertama tarawikh yang bermula jam 10.30 malam dan Ayah Insyirah tiba di rumah jam 12.15 tengah malam. Risau juga bila tunggu Ayah Insyirah tidak sampai-sampai kerana beliau pergi berjalan kaki sahaja. Semoga Allah melindungi perjalanannya pergi dan pulang dari masjid.
Jadual solat, waktu bersahur dan berbuka yang kami ikut. Waktu berpuasa di hari pertama dari jam 3.29 pagi hingga 9.02 malam.

Alhamdulillah, walau waktu tidur amat pendek, kami berjaya untuk bangun bersahur. Terdapat pelbagai checklist di bulan ramadhan ini. Semoga berjaya melaksanakannya secara istiqamah sehingga tamat bulan ramadhan dan juga pada 11 bulan berikutnya, amin.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Marilah sama-sama kita mendaftarkan diri di Universiti Ramadhan Al-Mubarak yang bermula hari ini.

Tarikh : 1 Ogos 2011
Nama Universiti : Universiti Ramadhan Al-Mubarak
Course wajib : Berpuasa
Course special : Terawih
Course Tambahan : Baca Quran + zikir +solat sunat+ sedekah + iktikaf + Qiamulail +perbanyakkan doa + jihad + dakwah
Kelulusan : Ijazah Takwa
Konvo : 1 Syawal
* Extra..
Tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat Master course : Puasa sunat 6 hari, bulan syawal.
——& JOM DAFTAR………..!! (^_^)

PTPTN tidak disediakan cuma :
♥ jaga iman jaga solat jaga akhlak ♥

Sumber:http://maalimfitariq.wordpress.com/
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3 comments:

Hidayah said...

Ramadhan Kareem untuk Ana, Aziz sekeluarga.. sgt menarik la iklan universiti ramadhan tu :) insyaAllah, moga kita keluar dr ramadhan dgn ketaqwaan yg tinggi sprti yg dihrpkan.. ameen..

kak cahaya said...

ramahdan almubarak

SevenDrops said...

Ana,
Kreatif lah...

Selamat menyambut Ramadhan.. moga dipermudahkan segala urusan

K.Nas