Alhamdulillah, sudah 12 hari kami sekeluarga berada di tanah Inggeris bagi meneruskan pengajian Ummi dan Ayah di University of Nottingham. Sepanjang itu jugalah, kami telah berteduh buat sementara waktu di rumah uncle Azmil sekeluarga. Sekarang, waktu lebih kurang 11 malam (Sabtu) di Nottingham dan pukul 6 pagi waktu Malaysia. InsyaAllah, esok Insyirah, Ummi dan Ayah akan berpindah ke rumah sewa kami di Forest Field, Nottingham di mana kehidupan sebenar kami sekeluarga di rumah sendiri akan bermula. Rumah tu disewa pada kadar GBP400 sebulan dari orang Pakistan di sini. Barang-barang kelengkapan dah banyak juga dibeli, cukupla sekadar untuk memulakan hidup baru di sini.
Bila pindah ke rumah baru nanti, susah sikit la Insyirah nak online sebab internet tak ada lagi. Tempoh pemasangan internet biasanya lebih kurang 3 minggu dan perlukan seseorang tu ada akaun bank terlebih dahulu. Ummi dah buka akaun di Nat West bank, InsyaAllah minggu depan dah boleh dapat (buka akaun bank pun lambat nak dapat nombor akaun, kat Malaysia cepat saja, on the spot boleh siap akaun baru). Jadi di kesempatan ini, Insyirah nak mencoretkan sedikit perkembangan kami di sini sebelum berpindah ke rumah baru nanti.
Sekarang ini, umur Insyirah baru masuk 3 bulan 10 hari (kecil lagi ni dan tak mampu pun nak tulis blog lagi.. heheheh..) tak ada sebarang pencapaian yang ketara lagi. Cumanya Insyirah suka minum susu Ummi sampai kadang-kadang tu Ummi terasa sakit semasa menyusukan Insyirah. Sebelum ni, Insyirah minum juga susu yang diperah Ummi ke dalam botol , tapi semenjak Selasa yang lepas (2/10/2007), Insyirah dah taknak minum susu dari botol walaupun susu yang diperah oleh Ummi. Susu formula jangan cakap laa kan, hehehe, mungkin Insyirah tak berminat lagi kot. Susah juga la keadaan ni sebab Ummi terpaksa pergi kelas dan Ayah yang jagakan Insyirah masa tu. Bila Insyirah lapar/dahaga, Ayah dah cuba berikan susu yang diperah Ummi ke dalam botol, tapi Insyirah tak nak juga. Masa kelas pertama Ummi (Khamis, 27/9/2007), Insyirah minum juga susu yang diperah ke dalam botol sampai habis semuanya (sampai tk cukup bekalan pula hari tu). Tapi sekarang, Insyirah pun tak pasti apa yang berlaku pada diri Insyirah, uhuhuhu. Semasa Ummi ke kelas, Insyirah asyik nangis bila dahaga hinggakan sekarang ni suara Insyirah dah serak-serak. Ada sesiapa tahu sebarang tips macam mana nak biasakan bayi minum susu dengan gunakan botol?? Semoga Allah memberi petunjuk dan pertolongan buat Ummi dan Ayah dalam menangani masalah ni.
Pada masa ini juga, ummat Islam di Malaysia telah berpuasa selama 25 hari (dah tak lama nak raya ni). Kami sekeluarga memang selalu ingatkan keluarga di Malaysia, cumanya tak berpeluang untuk menghubungi sanak saudara di sana lagi buat masa sekarang. Kepada saudara-saudara Insyirah dan rakan-rakan Ummi dan Ayah di Malaysia, kami harap ruang di blog ini akan menjadi wadah berita dari kami sekeluarga di sini. Kami bertiga juga berharap kalian semua sentiasa sihat sejahtera dan dapat menggunakan peluang terakhir di bulan Ramadhan tahun ini meningkat amalan kepada yang ESA. Tidak lupa juga, selamat membuat persiapan menyambut kedatangan hari lebaran, berbelanjalah dengan sederhana, mudah-mudahan diberkati Allah.
Akhirul kalam, buat sesiapa yang membaca blog ini, kaum kerabat dan sahabat semua, kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan (in advance) SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN. Semoga berbahagia di hari lebaran, selamat kembali kepada "fitrah" kesucian. Mudah-mudahan puasa kita semua dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
Salam Aidilfitri dari kami di rantau orang. Biar jauh di mata, tapi anda semua tetap dekat di hati.
7 comments:
ala kesiannye... Pak Lah dah rendam tak susu tu... biar dia suam-suam.... insya allah selalunye kalau cam tu bebudak kalau lapar tibai je... amboi syirah dah pandai memilih ke.....
Assalamualaikum ana..akak ni kawan kak nurul ngan ka as..sama batch ngan diorang..tumpang baca blog ana dari blog nurul..biler baca pasal anak ana tak mo minum susu tu cam nak bagi tips sket..sebab dulu dua2 anak akak memang macam tu..kalau boleh pakai puting susu yang 'wide neck' dan putingnya seakan2 puting ibu..avent products ke..tak pun botol pigeon yang "Peristaltic Nipple"..pas tu masa nak bagi susu tu main2 la pipi dier bagi bukak mulut..tapi kena sabar la...lama2 dier nak punya..insyaAllah... :)
salams ana,
kite tak tau plak tips tapi ade forum cari.com bhgn parenting ade discuss. cuba try tukar teats botol tu kpd yg lain..kat uk ni ade macam2 yg bole dibeli dgn harga murah macam avent, or seangkatan dgnnye. ataupun tanye nurse mase register dgn GP..sini nurse bebaik sgt. anak saye sampai skrg takmo minum botol..nak direct je..dah 2 thn pun dia..tabahkan hati ye...saye doa moga insyirah nak minum susu botol..perasan tak sini takde susu formula sgt..sbb drg mmg sgt galakkan minum susu ibu :)
terima kasih semua atas tips2 yang bernas..
kepada anonymous yang bagi komen.. boleh tinggalkan nama dan alamat tak supaya senang dihubung.. tq
selamat hari raya
segan nak letak nama..tapi saye selalu lawat blog ni..rase bersyukur sbb masih ade org yg humble macam ana and sbb tu la rezki dpt sambung blajar..walaupun lalu byk kesusahan..insyaAllah akan dipermudahkanNya.lagi ikhlas saye komen sbnrye kalau tak tau sape saye..cewah. misteri la pulak..jeng jeng jeng
petua dr pak ngah untuk insyirah..
suruh ayah cr sekor lembu betina pastu pagi2 suruh ayah perah susu dia...mesti insyirah suka...sedaaappp.. nt boleh memebesor sebagai johan..
minum la susu dumex
alamak pakngah.. lembu susah sikit nak cari.. kambing banyak kot.. nanti ummi perahkan susu kambing tu.. reserve utk baby pakngah nanti.. selamatt :)
insyirah
Post a Comment