Monday, 29 October 2007

Sekitar usia 4 bulan

Alhamdulillah, Sabtu, 27 Oktober 2007, usia Insyirah telah genap 4 bulan dan kehidupan kami sekeluarga di tempat yang baru ini semakin baik walaupun banyak lagi kekurangan sebenarnya. Insyirah masih tiada sebarang perkembangan yang memberangsangkan, masih di tahap yang sedia ada. Kesihatan kami di sini, Alhamdulillah, Allah memberikan kesihatan yang baik untuk terus tinggal di bumi Nottingham ini. Cuma haritu selepas beraya, Insyirah selsema dan batuk selama seminggu, tapi sekarang Insyirah dah beransur sihat dan ceria kembali :)

Buat masa sekarang, Insyirah sudah pandai bezakan yang mana puting botol atau yang original dari Ummi :D. Insyirah masih tak nak minum susu dari botol, jadi terpaksalah ikut rutin harian Ummi dan Ayah ke universiti. Boleh dikatakan tiap-hari (Isnin hingga Jumaat), Insyirah akan ke universiti bersama Ummi dan Ayah dengan menaiki bas 50 (mulai Isnin ni, dah tukar ke nombor 190 pula). Insyirah sendiri pun tak pasti berapa lama lagi ianya akan berterusan. Harapnya Insyirah dapat juga menerima susu dari botol ataupun makan santapan tambahan selain susu sebelum tibanya musim sejuk tak lama lagi.

Insyirah tengah tunggu bas 50 bersama Ummi dan Ayah.
Di University of Nottingham, UoN (University Park Campus @ main campus bg UoN ni), Insyirah dan Ayah selalu pergi ke tasik sementara menunggu Ummi habiskan kelasnya. Kadang-kadang Ummi juga ada kelas di Jubilee Campus, jadi Insyirah dan Ayah akan lepak di sebelah bangunan sambil tengok burung-burung di tasik universiti. Di Jubilee Campus pun ada tasiknya sendiri, cuma kecil sedikit berbanding tasik di University Park. Untuk makluman semua yang tak biasa dengan UoN ni, terdapat beberapa kampus yang berasingan (tapi lokasi dia tak jauh sangat antara satu dengan lain) seperti University Park (main campus ni), Jubilee Campus, Sutton Bonington Campus dan Queen's Medical Centre. Setakat ini, Insyirah tak pernah pergi ke Sutton Bonnington Campus lagi sebab Ayah dan Ummi tiada urusan untuk ke sana lagi buat masa sekarang. UoN juga ada kampus di luar negara iaitu di negara tercinta, Malaysia (KL campus) dan di Ningbo - China. InsyaAllah, Insyirah akan melawat ke semua kampus ini sekiranya ada kelapangan dan kekuatan suatu hari nanti.



Insyirah menunggu Ummi di tasik University Park.

Pada 27 Oktober 2007 yang lalu juga, talian telefon dan internet baru dipasang ke kediaman kami di Bradgate Road ni. Sekarang tak perlu lagi Ummi dan Ayah ke cyber cafe untuk update blog ni. Insyirah pun dah boleh chat dengan Mak Ngah Ani selalu :) . Ayah daftar talian ni melalui online sahaja dengan syarikat Virgin Media. Kami tunggu selama seminggu lebih saja, nasib baik dia tak delay, kalau tak susah la Ummi nak buat tugasan dia nanti.

Tempat Insyirah ber"chatting" dengan Mak Ngah Ani.
Akhir kata dari Insyirah, kami sentiasa rindukan sanak saudara di Lahar Kepar & Felda Pengeli Timur serta sahabat handai semua, walau di mana anda berada sekalipun. Buat Makcik Aslina yang baru pulang bertugas di USM (masuk school mekanik) dan Makcik Mimi yang bakal pulang, selamat bertugas yer. Semoga berjumpa lagi nanti bila sambung PhD kelak.
Salam dari Nottingham buat anda semua.

1 comment:

Anonymous said...

salams ana...tabah insyirah tunggu Ummi..insyaAllah setiap kesusahan akan bg kite menjdi insan yg lebih kuat utk harungi hari yg mencabar..moga Ana lebih semangat belajar...jgn risau, walaupun ade anak kecik, tetap boleh berjaya. Saye sentiasa doakan moga Ana and suami sentiasa dirahmati Allah. Saye mase wat Masters pun dok angkut anak kecik sana sini..tapi skrg dah besar dah..anak ni sumber inspirasi and murah rejeki