Tuesday, 2 December 2008

Semoga Insyirah menjadi anak yang solehah

Hari ini 2 Disember 2008, Alhamdulillah Insyirah sudah berusia 17 bulan 5 hari.
Gambar ketika usia 17 bulan 1 hari
(diambil pada 28 November 2008, University of Nottingham)

Alhamdulillah, kini Insyirah sudah boleh berjalan sendiri dan bertutur beberapa perkataan. Banyak perkembangan Insyirah yang lepas-lepas yang tidak coretkan di sini, huhuhu. Sekarang ini...
  1. Insyirah sudah berani berjalan tanpa memegang apa-apa objek sejak berusia 15 bulan. Sudah pandai panjat tangga tapi tak pandai turun tangga lagi. Insyirah tak merangkak tapi mula berjalan dengan memegang sofa ketika berusia 11 bulan dan berjalan sambil memegang segala bentuk objek yang boleh dipegang seperti sofa, kerusi makan, dinding dll ketika berusia 12 -14 bulan.
  2. Gigi Insyirah sekarang sudah 16 batang (8 atas dan 8 bawah). Tak ingat bila gigi pertama Insyirah tumbuh, tapi yang pasti awal laa. Orang kata sebab tu yang lambat jalan sebab dapat gigi dulu..hehehee:D
  3. Antara perkataan yang boleh Insyirah sebut sekarang ialah "ayah", "tata" (bubye), "awwah abbar" (allahuakbar), "awwah" (Allah), "tacih" (terima kasih), "tatuh" (jatuh), "tol" (gol), "tu" (satu), "wa" (dua), "nak" (bila minta sesuatu) dan "tu" (sebut sambil tangan tunjuk ke arah sesuatu yang Insyirah nak). Perkataan "ayah" ialah perkataan yang pertama boleh disebut ketika berusia 11 bulan. Ummi sangat jeles ni. Sebutan "Ummi" hanya kedengaran sayup2 sahaja "mi, mi, mi" sejak 2, 3 minggu ni. Itu pun jika Insyirah dalam keadaan terdesak nak minum susu, huhuhu. Insyirah tak pasti kenapa begitu sukar untuk Insyirah menyebut perkataan "ummi". Mungkin sedikit masa lagi Insyirah berjaya menyebut perkataan "ummi" dengan jelas. Sabar ye ummi;)

Insyirah dan ummi di penghujung Autumn (dah masuk Winter dah pun:D)

Insyirah posing dengan ayah pula

Di bawah ini di"attachkan"video Insyirah yang baru belajar solat. Sejadah kecik tu memang orang lain tak boleh pakai dah, itu Insyirah punya ye. Apa pun, ayah dan ummi tak kisah. Semoga Insyirah menjadi anak yang solehah, penyejuk hati ayah & ummi.

Tidak lupa juga, pada 28 November yang lepas Ummi telah menerima berita dari Pn F*r*ah dari jabatan pendaftar bahawa permohonan cuti tanpa gaji Ummi telah diluluskan oleh Naib Canselor, Alhamdulillah. Pusat pengajian telah mengeluarkan emolumen yang ditandatangani oleh En. K*a*z* untuk memberhentikan pembayaran gaji bagi tempoh cuti tanpa gaji tersebut. Ini bermakna Ummi akan menjadi suri rumah dan menangguhkan hasrat untuk menyambung PhD bagi membolehkan ayah menghabiskan pengajian PhD nya terlebih dahulu disamping menjaga Insyirah sepenuh masa dan bakal adik Insyirah kelak, insyaAllah:) Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya, Amiin.

7 comments:

RieNa said...

taktaulah nape..baca entry kalian yg ni dan yg bwh ni, rasa sebak semacam.

nak nangis ni.

dalam segala kepayahan, kalian berjaya menempuhinya dgn baik.Moga kalian terus dilindungi dan dirahmati Allah selalu.amin...

huhuhu..

haa,tahniah atas kehamilan terkini..moga selamat semuanya.amin

Anonymous said...

Comelnya insyirah, moga menjadi anak yg solehah. Farrel smpi skrg xder gigi lg. Org tua2 ckp maybe dia jalan dulu, skrg pun gigih duk praktis berdiri. Langkah setapak jatuh. Hehe.

ummsaal said...

happy birthday insyirah... aminnn semuga menjadi anak yg soleh

Anonymous said...

Hai Ana....lama tak dengar citer. Ingat lagi K Naja? Tup2 awak dah kat UK ye..dah ada baby lagi tu. Nway, congrates dah ada master....ok semoga bahagia selalu ye.....

Nihlah Insyirah said...

riena - thanks a lot riena, riena pun jaga diri bebaik k:)

Niza - takpe niza takde gigi lagi, baby perkembangannya lain2..mesti farrel jalan dulu tu..lagi lambat tumbuh lagi lambat sket rosaknya..ni insyirah jenuh nak memberus gigi dia...

Kak bella - thanks

Kak Naja - wahh rindunya kat kak naja..mesti la ana ingat lagi roomate ana ni..thanks for the wish..camna jumpa blog ana ni??skang tinggal mana??update laa sikit info..lama tak dengar berita ni..

Bibi Intan Suraya said...

insyirah nk dpt adik????

hmm bestnya.....tahniah2

comel laa insyirah ;)

hnyhar said...

salam ziarah..
solehahnye Insyirah..pandai ikut ayah solat..
;)

baytulkifli