Wednesday 4 May 2011

Dermatology specialist

4 May 2011, jam 9.45 pagi, Ahmad mempunyai temujanji dengan Dermatology specialist atau lebih mudah disebut Pakar Kulit;). Setakat ni, dah macam-macam ubat yang digunakan dan bermacam-macam cadangan yang dicuba, namun masalah kulit Ahmad masih sama. Kadang ok dan kadang tak. Kali ini kami cuba pula cara yang disarankan oleh pakar kulit ini. Sebelum berjumpa pakar kulit ini, Ahmad perlu ditimbang dan diukur panjangnya. Berat terkini Ahmad hanya 5.46kg dan panjangnya 60 cm. Kemudian berjumpa dengan doktor Murphy dan doktor periksa keadaan eczema Ahmad.

Setiap doktor/nurse ada cara masing-masing. Cara sebelum ini selain cream yang diberikan, Ahmad disuruh mandi sekali seminggu sahaja dengan alasan kulit akan menjadi lebih kering jika kerap mandi. Kesian Ahmad. Tapi bila berjumpa dengan pakar kulit ini, Ahmad perlu mandi setiap hari dan menggunakan Hydromol sebagai sabun. Liz, dermatology nurse siap demo kepada kami bagaimana nak menggunakan cream tersebut. Liz juga meminta kami memilih cream mana yang kami suka untuk disapu kekeseluruhan badan Ahmad. Ada pelbagai cream yang diberikan tetapi Ummi memilih yang doublebase cream kerana ianya lebih mudah untuk disapu (kurang likat) dan cepat menyerap ke dalam kulit. Kiranya sesuailah untuk musim panas ni. Cream lain kebanyakkan lebih likat dan melekit-lekit bila disapu ke kulit dan mengambil masa yang agak lama untuk menyerap ke dalam kulit.  Di bawah ini, arahan yang ditulis oleh Liz apa yang perlu kami buat di badan Ahmad setelah kami memutuskan jenis cream yang ingin digunakan.
  1. Perlu mandi setiap hari dengan menggunakan HYDROMOL sebagai sabun.
  2. DOUBLEBASE cream perlu disapu 2 kali setiap hari. Sekali disapu sejurus selepas mandi, kemudian tunggu lebih kurang setengah jam untuk memastikan cream tersebut menyerap ke dalam kulit, baru disapukan EUMOVATE OINMENT (moderate steroid). Sekiranya steroid ini disapu selepas menyapu doublebase cream, ianya akan mengurangkan keberkesanan steroid tersebut.
  3. EUMOVATE OINMENT ini perlu disapu sekali setiap hari dalam masa 2 minggu ini, kemudian berhenti dan hanya sapu setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
Ini cream dan steroid yang doktor berikan untuk Ahmad. Alhamdulillah setakat ini semua ubat-ubat ini percuma.

Selain daripada consultation dengan pakar kulit, Ahmad juga kena ambil darah untuk menguji sama ada Ahmad allergi dengan susu lembu atau tidak. Keputusan ujian darah Ahmad masih belum diketahui. Kami perlu menemui pakar kulit ini semula selepas 2 bulan iaitu pada 29 Jun 2011 pada jam 10.45 pagi.

Kami sangat-sangat berharap agar masalah kulit Ahmad ini pulih atau paling tidak pun kami dapat mengawalnya sedaya mungkin. Masalah kulit Ahmad ini membuatkannya gatal dan tangan serta kakinya asyik menggaru-garu sehingga Ummi terpaksa memakaikannya sarung tangan bagi mengelakkan kesan garuannya berdarah.

Pernah suatu hari ni, Ummi pakaikan baju di atas dan tak pakaikan sarung tangan sebab nengok tangan Ahmad dah kurang menggaru-garu. Pastu Ummi tinggalkan Ahmad sendirian sebab gi mandikan Insyirah dan Nuha. Lepas siap mandikan kakak-kakaknya tu dan masuk nengok Ahmad, tangannya sedap jer dok menggaru lututnya sampai berdarah. Masa menggaru tu Ahmad tak menangis tapi bila Ummi halang dia dari teruskan menggaru, itu yang dia menangis. Agaknya dalam hati dia orang tengah kesedapan menggaru ni, dok tak bagi plak, huhuhu. Si Insyirah nengok Ahmad dah berdarah-darah terus suruh Umminya bawa adik dia ke hospital, hehehe. Ummi terus bersihkan darah-darah dilutut dan tangannya dan gantikan baju lain.
Terus jer Ummi pakaikan seluar panjang macam kat atas ni.
  
Sebelum ini, health visitor bagi Ahmad cream ni, Diprobase oinment dengan alasan mungkin Ahmad allergic dengan alkohol dan bagi oilatum untuk dicampurkan pada air mandian Ahmad. (bermacam-macam cream yang dipakai;)


Lepasni, kalau tak berhasil gak rawatan yang disarankan pakar kulit ini, rasanya perlu cuba satu ubat homeopathy dari Dr Atiq.

Walaubagaimanapun, kita hanya mampu berusaha, selebihnya kita berserah pada Allah. Allah lebih mengetahui segala-galanya. Setiap penyakit itu pasti ada penawarnya, insyaAllah.

No comments: