Wednesday 8 June 2011

Ahmad 6 bulan

Berat terkini Ahmad baru 5.85 kg (timbang minggu lepas, 2 Jun 2011). Sekarang ini masih menyusu badan sepenuhnya dan belum mula makan apa-apa. Haritu Dietitian sudah mula suruh untuk mula memberikan Ahmad makan, cuma Umminya sahaja yang agak ragu-ragu nak bagi. Ummi Ahmad pula telah pantang dari segala jenis makanan yang berunsurkan susu kerana menyusu Ahmad seperti cow's milk, butter, margarine, cheese, cream, aiskrim dan yogurt. Sekarang ni Ummi Ahmad hanya minum susu soya dan mengambil supplement calcium & vitamin D. Walaupun Ummi Ahmad pantang dari makanan-makanan tersebut, nampaknya eczema Ahmad makin teruk. Ini mungkin disebabkan telur rebus yang dimakan oleh Umminya (gara-gara nak habiskan Nuhanya telur), huhuhu. Agak tensi juga sebab Umminya telah berusaha untuk mengawal pemakanannya tetapi keadaan eczema Ahmad masih teruk. Sepatutnya telur tiada unsur susu dan boleh di makan. Terus terdetik dalam hati kalau bagi susu Nutramigen tu, adakah eczema Ahmad akan pulih?? Tapi apa nak buat dengan susu yang sedia ada ni, takut jadi bengkak susu pula, huhuhu.

Perkembangan Ahmad sekarang semakin aktif dan sudah boleh pusing-pusing. Asyik-asyik nak meniarap sahaja. Agak susah nak salin lampinnya sebab asyik nak meniarap :) Lehernya juga semakin kuat dan Ummi sudah boleh meletakkannya di dalam bumbo chair :) Seperti biasa, Ahmad sangat pemurah dengan senyuman kepada orang yang dikenalinya. Pantang ditegur, ketawalah dia :)

Sepatutnya sekarang ini kami sekeluarga berada di Italy mengikuti Ayah yang ada conference di sana tetapi disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, hanya Ayah yang berada di sana. Ummi dan anak-anak berada di rumah. Ini merupakan kali pertama Ummi menjaga anak-anak sendirian dan kali pertama Ayah berenggang dengan anak-anak. Sejak Ahad lepas Ayah berada di Italy dan kami semua tidak sabar nak tunggu hari Jumaat ini. Penerbangan Ayah dijangka tiba di lapangan terbang Birm jam 9.30 malam. Harap-harap janganlah ditunda hendaknya. Semoga perjalanan Ayah dipermudahkan.

4 comments:

M.A.M.A S.O.F.E.A said...

Salam..

Ana, shat ke? lama tak follow crita ana..dah 6 bulan ahmad.Bila blk malaysia?

nizzafazlis said...

salam ana. sian kat baby, semoga sihat cepat2. anak knza dua2 ekzema hehe mmg kita kena pantang dengan susu lembu ni hehe. telur pun mmg kena pantang jugak. biasa anak knza lepas 2 tahun bru ok. satu lg buah limau anak knza batrisyia mmg x bleh makan. lepas 2 tahun baru ok. skrg kalu knza makan or minum air limau ekzema khalisah mula lah keluar jd merah. saje share ngan ana.

Nihlah Insyirah said...

pzah: salam pzah, alhamdulillah ana sekeluarga sihat.InsyaAllah plan nya bulan 9 ni, apa2 pun bergantung pada suami bila dia boleh siapkan thesisnya.

nizza: salam kak nizza.terima kasih kak berkongsi info eczema kat ana. patutlah kak bila ana makan telur separuh masak tu, terus naik merah2 muka dia.abistu, akak memang pantang betul2 lah ye? sikit pun takleh minum susu ek?

andy said...

Salam. I came across your blog when i was searching for the info about nottingham. I would appreciate if you can share with me things about nottingham. Lots of things that i need to ask you. If you dont mind, can we keep in touch via email? Here is my address: andy_hakim85@yahoo.com. please say hi to me and i will reply your email to initiate the conversation. Thanks