Sebagai gantian tidak ke usrah Sabtu lepas petang Sabtu tu kami sekeluarga menonton video ceramah daripada Ustaz Hasrizal Abd Jamil di youtube. Ceramah yang sangat menarik berkenaan dengan institusi kekeluargaan dengan tajuk membentuk insan rabbani berdasarkan modul Luqman Al-Hakim. Boleh layan youtube ceramah tersebut dengan klik ke link ini.
Banyak ilmu kekeluargaan yang diperolehi yang boleh digunakan dalam mendidik anak-anak. Selepas ini kalau hendak melarang anak membuat sesuatu, kalau boleh elakkan daripada menyebut perkara negatif seperti JANGAN LARI-LARI, JANGAN PANJAT-PANJAT dan bermacam-macam JANGAN lagi kerana selalunya anak akan memahami perkataan yang paling akhir seperti LARI-LARI, PANJAT-PANJAT dll. Itu yang semakin kita larang, semakin menjadi perangai anak-anak membuat apa yang kita larang sebab dia ingatkan kita suruh mereka lari-lari, panjat-panjat. Penyelesaian daripada masalah di atas, sebutkanlah yang positif seperti "jalan perlahan-lahan", "duduk diam-diam" disebalik sebut "jangan panjat-panjat" atau "jangan lari-lari". Fokuslah kepada penyelesaian sesuatu masalah tersebut, BUKAN sebut masalahnya.
Selain itu, Ustaz Hasrizal juga menekankan agar jangan hilang kawalan diri dan perlulah banyakkan bersabar dalam menangani keletah anak-anak. Beliau memberikan contoh diri beliau sendiri dalam menahan sabar dengan karenah anak-anak beliau juga memberi contoh Sandra Covey, isteri kepada Stephen Covey (penulis buku 7 habits) yang bijak melayan karenah anaknya. Ustaz Hasrizal juga menyebut bahawa "bukanlah yang GAGAH itu yang kuat bergusti, tetapi GAGAH itu ialah yang KUAT MENAHAN DIRI KETIKA MARAH".
Ini contoh slide penceramah berkenaan kerangka modul Luqman. Keseluruhan ayat dalam surah Luqman telah diringkaskan oleh penceramah seperti dalam rajah ini. Nasihat-nasihat yang diberikan oleh Luqman kepada anaknya ada 4 iaitu:-
- Nasihat yang berkaitan dengan fizikal
- Nasihat yang berkaitan dengan intelektual
- Nasihat yang berkaitan dengan emotional
- Nasihat yang berkaitan dengan spiritual
Setiap nasihat tersebut mempunyai cara dan kaedahnya bagaimana ingin merealisasikannya.
Anak bermula dengan tidak tahu apa pun. Kita sebagai ibubapa inilah yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadi anak yang baik atau sebaliknya. "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu bersyukur (Al-Nahl:78)
Banyak lagi yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal dalam ceramahnya. Jom dengar:)
2 comments:
alhamdulillah, dh dgr juga ceramah ni.. byk btol bnda yg dpt.. esp bab 'pause' bila nk mrh tu.. ntahla, terasa lately kesabaran pd rayyann makin menipis.. maybe sbb dia dh byk akal nk buat mcm2.. huhu..
Itulah, macam2 ada:). Dayah ok lagi sebab macam2 nak kena fikir, PhD, kerja2 rumah, rayyan...yang ana ni yg dok rumah pun susah nak prektiskan "pause" tu.Tapi tengah berusaha ke arah itu. Teringat kata-kata Dr. Asri tentang sabar "Dan tiada orang yang diberikan sesuatu kurniaan yang lebih baik dan lebih luas daripada SABAR".
Post a Comment