3 hari lepas, balik dari Scotland terima banyak surat. Kebanyakannya untuk Ahmad dan salah satunya adalah surat keputusan ujian darah yang diambil masa jumpa pakar kulit hari tu. Dengan itu, adalah disahkan Ahmad allergic terhadap susu lembu. Patutlah masa kami di Scotland terima panggilan telefon untuk buat temujanji dengan Dietitian (di mukasurat belakang surat tu terus cc kepada Dietitian agar buat temujanji dengan ibubapa Ahmad). Masa tu dalam hati sebab apa pula nak kena jumpa Dietitian ni, terus ingat salah dengar agaknya, mungkin temujanji dengan Paedtrician bukan Dietitian. Temujanji bersama Dietitian tu pagi tadi, 2 Jun 2011 jam 10 pagi di Hospital QMC.
Surat yang menyatakan keputusan ujian darah Ahmad
Selepas berjumpa dengan Dietitian pagi tadi, saya termangu kejap sebab banyak sangat yang kena pantang makan. Agak mencabar juga bagi diri ini yang jenis pemakan, hehehe. Saya diberi pilihan sama ada hendak memberi Ahmad susu formula "Nutramigen" yang diberi oleh pihak Hospital atau nak teruskan penyusuan dengan syarat perlu amalkan diet "dairy free". Segala jenis susu tidak boleh dimakan termasuk susu kambing. Kalau tidak minum susu macam mana nak banyakkan susu ya :S. Sebelum ini memang minum susu segar setiap hari. Kalau tak pun minum horlicks atau milo. Bila berbincang dengan en. suami keputusannya terletak atas diri saya sendiri, cuma diingatkan yang susu ibu tiada tandingan khasiatnya walaupun susu formula diberikan secara percuma. En suami suruh senaraikan kebaikan dan keburukan kedua-duanya. Haishh pening-pening. Rasanya demi anak tercinta, saya cuba meneruskan penyusuan dahulu, jika susu berkurangan dan tidak cukup untuk Ahmad barulah dibantu dengan susu formula. Kena belajar mengawal nafsu makan:D
3 comments:
salam..
ana cuba minum susu soya... maknayer.. makan daging pun tak boleh la ni...
x pe la.... pengorbanan ibu untuk anak2 nya.. memang tak berpenghujung kan....
susu saja tak buleh ke atau daging skali tak bule
stuju minum susu soya..pon sdp jugak..
terima kasih farah dan kak yati. Aah sekarang memang dok minum susu soya lah. So far daging boleh makan, alhamdulillah :)
Post a Comment