Tuesday 11 October 2011

2 tahun 5 bulan

Alhamdulillah, lagi 4 hari Nuha genap 2 tahun 5 bulan. Tantrumnya sudah mula berkurang sejak sebulan yang lalu. Ketika bulan puasa yang lalu, tantrumnya menjadi-jadi sampailah kami tidak tahu nak buat apa. Pernah suatu hari di awal pagi, Nuha terjaga dari tidur dan tiba-tiba menangis tidak tentu pasal. Semakin dipujuk semakin kuat tangisnya, apa lagi memarahinya. Lagi kuat tangisannya memecah hening subuh :) Sampaikan Ummi berkata kena sampuk apalah Nuha ini. Tapi si Ayah membalas sampuk apa pula di bulan puasa ini, hehehe. Ya tak ya juga :D

Ada rakan yang mengklasifikasikan tantrum Nuha ini sebagai 2nd child syndrom, sindrom yang ada pada anak nombor 2. Kalau katanya ya, yalah dan jika tidak, maka tidaklah. Kena jaga perasaannya betul-betul, tidak boleh silap sikit untuk mengelakkannya melepaskan tantrumnya. Itu pun kadang mengamuk juga tidak tentu pasal. Pernah kami pergi beraya dan Ayahnya keluar ikut pintu tepi rumah, Nuha menangis dan hendak keluar mengikut pintu depan. Untuk meredakan tangisnya, si Ayah dengan sabar masuk kembali ke dalam rumah dan keluar ikut pintu depan. Kalau ikutkan malas nak ikutkan sahaja katanya tetapi disebabkan berada di rumah orang dan tidak mahu Nuha melepaskan tantrumnya di situ, kami turuti juga. Jika di rumah bolehlah kami buat tidak tahu sahaja. Pernah di rumah tiba-tiba datang anginnya hendak Ummi mendukungnya turun tangga seperti Umminya mendukung Ahmad. Ummi meminta tolong Ayah mendukungnya turun namun Nuha menolak. Bila diminta Ummi, maka Ummilah walaupun Ayah sudah memujuk untuk mendukungnya turun. Sanggup Nuha tunggu di atas tidak turun hampir sejam sehinggalah Umminya mendukungnya turun, huhuhu. 

Sejak sebulan yang lalu, Nuha semakin ok sejak beliau pandai meluahkan keinginannya dan respon pada keadaan. Jika dahulu, Nuha agak pendiam dan banyak memerhati. Kini tidak lagi, malahan sudah boleh diharap untuk bermain dengan Ahmad :) Kami sangat gembira dengan peruabahannya kini. Tiada lagi menangis di pagi hari tidak tentu pasal. Malah sekarang ini juga sudah pandai mengawal tetikus komputer untuk bermain game di komputer. Celik mata sahaja minta dibukakan cbeebies show atau pun nickjr.  Sampaikan sekarang ini, Ummi pun susah nak mengadap komputer. Asyik "Nuha's turn" sahaja, huhuhu. Harap-harap bolehlah layari website cbeebies dan nickjr ini dari Malaysia nanti. Banyak yang Nuha belajar dari website ini.  Sekarang ini, Nuha sudah boleh buat ayat hingga 5 ke 6 perkataan satu ayat. "Mummy, I like this one. Ha (baca Nuha) don't like this. Why? It's not tasty. I can't hear it. I can't reach it. Macam-macam lagi. Suka tengok Nuha berlawan cakap dengan Insyirah. Bila budak baru belajar nak susun perkataan buat ayat, nampak comel jer bila bercakap, tambah dengan pelat-pelat sikit :D. Tak sangka  macam-macam ayat keluar dari mulut dia, hehehe.



Nuha bermain puzzle In the night garden :)

Kehadapan Nuha sayang. Mungkin bila Nuha sudah besar dan boleh baca cerita Nuha ini (jika blog ini masih ada), Nuha perlu tahu yang Ummi dan Ayah serta kakak dan adik sangat sayang pada Nuha. Walaupun Nuha suka nangis kuat-kuat, kami tetap sabar melayan karenah Nuha. Kakak Insyirah selalu mengalah dengan Nuha setiap kali bergaduh. Ummi dan Ayah siap pesan pada kakak agar main elok-elok dengan Nuha dan jangan bagi Nuha menangis. Kakak Insyirah sangat sabar melayan Nuha walaupun Nuha kadang suka buat kakak menangis. Setiap kali solat, Ummi doakan agar Allah lembutkan hati Nuha agar menjadi anak yang solehah yang berjaya di dunia dan di akhirat. 

5 comments:

teratakmuslaily said...

tersentuh hati baca coretan Ana utk Nuha di masa hadapan... Mudah2an blog ini masih wujud lagi utk tatapan Nuha kelak..
(kalaulah kami boleh sesabar Ana dan Aziz...)

Kedai Insyirah said...

terima kasih kak laily sudi bertandang ke blog ini :) Kami pun selalu hilang sabar kak...nanti kalau sempat ana share ketidaksabaran kami mendidik insyirah mengaji, hehehe

nshahnaz said...

MasyaAllah cepatnya Nuha membesar. Dah pandai main computer! Seronok baca coretan Ana. Moga Nuha, Insyirah & Ahmad semuanya menjadi anak yg soleh/solehah....

Anonymous said...

shangkedu ni siapa ya? terima kasih sudi baca coretan ana. saja jer rekod perkembangan anak2 untuk tatapan di masa hadapan :) kalau tak catat, kami suka lupa :D

-ana-

RieNa said...

riena pnh bgtau abg aleh masa pregnantkan ali, kalau baby ni pompuan, riena nak namakan Nuha..

untuk anak ke 3, mungkin. :)