Saturday 15 October 2011

Anak-anak suka meniru gaya ibubapa

Kejadian di pagi hari semasa sarapan pagi. Bila rumah dah penuh dengan barang, di saat-saat akhir di bumi Nottingham ini, ruang depan sudah jadi ruang makan a.k.a ruang menonton tv a.k.a ruang melayari internet di komputer. All in one :D. Meja makan semua sudah habis dibungkus, bersedia untuk dimasukkan ke dalam kontena. Pinggan makan yang selalu digunakan pun semua sudah siap dibungkus. Tinggal yang tidak mahu di bawa pulang sahaja. 

Ummi letakkan mangkuk berisi cereal di atas meja telefon untuk Nuha. Insyirah dah warning Umminya jangan letak di situ mangkuk tu, nanti tumpah. Namun Ummi tidak menghiraukannya. Lepas Ummi menyuap Ahmad makan, Ummi suap Nuha pula. Tapi belum habis menyuap Nuha, Ummi ke dapur dan membiarkan Nuha menyuap dirinya sendiri. Tiba-tiba....

Insyirah: Ummi, Ummi, look! Nuha tumpah!. See Ummi, Insyirah said 2 times, don't put there, nanti tumpah. Kan dah tumpah. I said don't put there. (dengan muka yang garang, berkerut-kerut dahi. Bersungguh-sungguh menyesali perbuatan Ummi yang meletakkan mangkuk cereal di atas meja telefon!)

Ummi: Macam mana boleh tumpah ini Nuha? Salah Ummi ya kakak, Ummi tak dengar kakak cakap tadi ya? I'm sorry ok, Ummi tak buat lagi :D (Dalam hati, terkena baliklah pulak, selalu Umminya yang bising kalau letak cawan yang minum tak habis atas meja komputer sebab nanti tumpah. )

Umminya terkebil-kebil, geli hati dalam hati sambil mengelap cereal yang tumpah di atas lantai apabila kena bebel dengan anak sendiri. Dalam hati, macam kenal ja gaya Insyirah membebel kat Umminya tu ;)

Benarlah dalam riwayat Bukhari & Muslim, "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci / bersih) maka ibubapalah yang akan menjadikannya yahudi, nasrani, mahupun majusi." Sesungguhnya anak yang baru dilahirkan belum memiliki pengetahuan apa-apa dan pendidikan ibubapa di rumahlah yang akan menentukan agama dan pandangan hidupnya. Malah cara/gaya pengajaran ibubapa juga akan menjadi ikutan si anak. Maka bersabarlah dalam mendidik anak-anak (peringatan untuk diri sendiri) dan janganlah kita berkata-kata kasar kepada mereka jika kita tidak mahu mereka berkata kasar kepada kita. Janganlah juga jadi seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan ;)

3 comments:

Anonymous said...

comel... x sabo nak tunggu korang balik.nak jumpa syirah..nuha ngan ahmad..agak2x balik johor biler??

RieNa said...

bila tarikh balik malaysia? tak sabaq nak jumpa kalian.

Nihlah Insyirah said...

plan nak balik 30 atau 31 oktober ni..itu pun jika ada tiket:)doakanlah semoga dipermudahkan segalanya k