Hari Sabtu yang lalu, 24 Mac 2012, kami bawa anak-anak ke Zoo Taiping. Insyirah adalah orang yang paling seronok, berlari ke sana ke mari sambil meniru aksi-aksi binatang yang diperhatikannya. Sudah lama Insyirah mengajak kami membawanya ke Zoo Taiping kerana kawan-kawan baiknya semua sudah ke sana.
Perasaan Nuha dan Ahmad masih belum boleh digambarkan sepenuhnya namun kadangkala Nuha juga meniru bunyi-bunyi binatang yang diperhatikannya. Tetapi selebihnya hanya duduk memerhati dari atas stroller sahaja bersama Ahmad. Keinginan Insyirah sudah tercapai, selepas ini insyaAllah kami ingin tunaikan keinginan Nuha pula yang ingin menginap di hotel manakala Ahmad kami merancang ingin membawanya ke "water park" sebab sangat suka bermain air.
Di dalam zoo ini, para pelawat boleh menggunakan perkhidmatan keretapi secara percuma untuk melawat binatang-binatang atau pun hanya berjalan kaki sahaja. Kami memilih untuk berjalan kaki sendiri sambil menolak anak di dalam stroller kerana lebih bebas. Masa yang diambil untuk melihat kesemua binatang lebih kurang 2 jam lebih sahaja. Kalau naik keretapi 30 minit sudah boleh meliputi kesemua kawasan. Zoo Taiping ini dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang dan pada waktu malam bagi Night Safari dibuka dari jam 8.00 malam hingga 11 malam.
Di dalam Zoo ini banyak beruk-beruk atau monyet liar yang berkeliaran di sekitarnya. Para ibubapa perlu berhati-hati kerana beruk @ monyet ini sesuka hati merampas botol minuman atau apa sahaja makanan. Malah botol susu anak pun ingin dirampasnya, huhuhu. Air kotak Insyirah juga nyaris-nyaris dirampas oleh sang beruk tersebut tetapi tidak sempat apabila si Ayah menghalau beruk tersebut.
Sepanjang di Zoo ini, paling seronok melihat keletah gajah. Ada gajah yang menari-nari, ada yang tengah mandi kemudian lepas mandi boleh bersolek bagai (sembur pasir ke keseluruhan badannya), hehehe comel sangat.
3 comments:
Alang2
Nanti nak mandi, datang lah bukit gambang, kuantan.. Macam sunway lagoon gak...
memang teringin nak ke gambang, lina.tapi jauh...insyaAllah suatu hari nanti boleh ke sana :) jadi ke nak further tudy?
InsyaAllah jadi. Cuma skang ni tgh tunggu kpt lulus n offer letter
Post a Comment