Friday, 19 July 2013

Pembayaran Pinjaman PTPTN

Sejak kerajaan umumkan insentif diskaun 20% dan 10% ke atas bayaran balik pinjaman PTPTN ketika bajet 2013 tahun lepas, kami bersemangat untuk menyelesaikan hutang PTPTN kami untuk menikmati insentif tersebut. Boleh klik LINK ini untuk melihat pekeliling insentif yang dinyatakan.

Kami suami isteri meminjam dengan PTPTN semasa melanjutkan pengajian "degree" dari tahun 2000 - 2004 dengan jumlah pinjaman sebanyak RM28,000 setiap orang. Jumlah keseluruhan hutang kami adalah sebanyak RM56,000, tidak termasuk kos pentadbiran 3% yang dikenakan, huhuhu. Bayaran mula dilakukan pada tahun 2007 sehingga 2011 dan alhamdulillah kami berjaya menyelesaikan separuh dari hutang kami. Setelah pulang ke Malaysia sejak November 2011, pembayaran hutang tergendala seketika sehingga bajet 2013 diumukan.

Oleh kerana tiada simpanan yang mencukupi untuk membayar sekaligus hutang PTPTN bagi membolehkan mendapat potongan 20%, kami bercadang untuk mengeluarkan simpanan dari akaun 2 KWSP kami. Agak menyedihkan apabila permohonan pengeluaran KWSP kami ditolak disebabkan oleh tarikh perjanjian pinjaman PTPTN kami pada 9 Disember 2000 (rupanya susah juga hendak keluarkan duit sendiri ya). Hanya perjanjian pinjaman bertarikh 2 Januari 2001 ke atas sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengeluaran KWSP tersebut. Tarikh perjanjian kami awal 3 minggu sahaja dari tarikh 2 Januari 2001 tu. Puas sudah berbincang dengan pihak KWSP memohon agar dipertimbangkan permohonan kami, namun tidak berjaya.
Kaedah bayaran balik pinjaman PTPTN

Disebabkan permohonan pengeluaran KWSP kami tidak berjaya, kami buat pinjaman sebahagian dari jumlah hutang tersebut daripada ahli keluarga terdekat untuk membantu kami. Terima kasih tak terhingga atas jasa baik mereka menolong kami. 

Pengesahan baki akhir perlu diminta daripada PTPTN dan sah dalam tempoh masa sebulan sahaja untuk menyelesaikan pembayaran. Jika pengesahan baki diterima pada Julai, bayaran perlu diselesaikan pada Julai juga. Jika tidak dapat nak selesaikan pada bulan yang sama, perlu minta pengesahan baki akhir yang lain dari PTPTN. Kami hanya berhubung melalui telefon dan email sahaja untuk memperolehi pengesahan baki akhir tersebut. Kemudian buat bank deraf mengikut baki akhir yang dinyatakan di atas nama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Bawa bank deraf tersebut beserta pengesahan baki ahir ke kaunter cawangan PTPTN yang berhampiran. Setelah proses pembayaran dibuat, surat pelepasan hutang diberikan bersama resit pembayaran. Jika tidak mahu ke kaunter cawangan PTPTN pun boleh, bayaran boleh dibuat mengikut kaedah yang dinyatakan pada gambar yang dilampirkan. Cuma pastikan jangan buat di hujung bulan kerana proses mengambil masa 3-7 hari . Ditakuti proses pembayaran tidak sempat diselesaikan sebelum hari terakhir setiap bulan.

Semoga bermanfaat.

Nota: 
Tak sabar rasanya nak bebas dari segala hutang yang ada. Lepas ni pulun bayar hutang pada Abang-abang dan kakakku pula. Semoga Allah mudahkan urusan kami.

Sangat bersyukur Allah memberi kejayaan kepada Ayah Insyirah untuk mendapatkan PhD, so tidak perlulah nak bayar kembali semua perbelanjaan pengajian kami di UK. Cukup-cukuplah hutang PTPTN yang ada. Hutang belajar keliling pinggang kami ni, huhuhu.

4 comments:

Naflyna said...

Salam. Ana, Sy ada beberapa soklan nak tanya ni sbb sy ingat nak langsaikan hutang ptptn jugak :)

Soalan 1: utk dapatkan pengesahan baki akhir tu dengan email/through phone tu makan masa brapa lama?

Soalan 2: apa emailnya n siapa sy perlu contact?

Soalan 3: Agak2 kalau sy guna baki penyata online sebagai pengesahan baki akhir boleh tak?

Soalan 4: Pastu kalau sy mintak parents yang bayarkan di kaunter ptptn agak2 boleh tak?

Soalan 5: Masa Ana bayar kat kaunter PTPTN tu dia nak dokumen apa2 ke?

Jwb yg mana termampu je Ana. Hehehe....Tq in advance.

Nihlah Insyirah said...

Salam Lyn,

Jawapan soalan 1: Pengesahan baki yang Ana minta untuk bayar terus dapat dalam masa 3 hari. Actually kalau call pagi, petang tu pun boleh di email kepada kita terus. Bergantung pada orang yang buat kerja tu. Tapi kalau nak minta pengesahan baki untuk bayar dari akaun 2 KWSP ambil masa dalam 21 hari sebab HQ yang uruskan.

Jawapan soalan 2: Ana email pegawai bertanggungjawab belah husband sebab dekat penang.(Ananya di Johor) Lyn boleh log in di website ptptn dan tengok pegawai yang incharge pinjaman Lyn siapa. Boleh hubungi beliau. Orang lain call pun boleh sebab masa tu Ana call on behalf husband juga sekaligus. Just bagi IC number sahaja dan email address kita. Nanti bila diorang dah email pengesahan baki tu just print out sebab perlu bawa masa pembayaran dilakukan.

Jawapan soalan 3: Setahu Ana tak boleh sebab dia ada standard format dan ada kriteria lain juga (potongan 20%). Contoh macam Ana ada tambahan kos insuran RM80.50 + Jumlah baki penyata online. Tapi husband tiada kos ni. Bila clarify dengan org PTPTN dia kata husbandnya pinjaman dah potong siap2 insuran tu masa study, tetapi saya tidak. tu kena tambahan lagi RM80.50.

Jawapan soalan 4: Boleh rasanya kalau orang lain tolong bayarkan. Sebab masa Ana isi borang nak bayar tu ada ruang nama pembayar dan nama peminjam.

Jawapan soalan 5: Hanya bawa surat pengesahan baki tu jer.Kena bawa yang latest.

Semoga bermanfaat.

Sekarang Lyn cuba semak pengawai yang bertanggungjawab untuk pinjaman Lyn siapa dan di mana.

Selamat membayar :) Kalau ada apa2 lagi Ana sudi membantu.

Anonymous said...

untuk yang menghabiskan pengajian sahaja kan pengeluaran akaun 2 ni kan?

Credit Loan Solution said...

Are you tired of seeking loans and Mortgages,have you been turned down constantly By your banks and other financial institutions,We offer any form of loan to individuals and corporate bodies at low interest rate.If you are interested in taking a loan,feel free to contact us today,we promise to offer you the best services ever.Just give us a try,because a trial will convince you.What are your Financial needs?Do you need a business loan?Do you need a personal loan?Do you want to buy a car?Do you want to refinance?Do you need a mortgage loan?Do you need a huge capital to start off your business proposal or expansion? Have you lost hope and you think there is no way out, and your financial burdens still persists? Contact us (gaincreditloan1@gmail.com)

Your Name:...............
Your Country:...............
Your Occupation:...............
Loan Amount Needed:...............
Loan Duration...............
Monthly Income:...............
Your Telephone Number:.....................
Business Plan/Use Of Your Loan:...............
Contact Us At : gaincreditloan1@gmail.com