Monday, 12 September 2011

Tragedi Raya 2011

Aidilfitri tahun ini tidak seperti tahun-tahun lalu. Disebalik kegembiraan meraikan hari raya, tiba-tiba kami di sini dikejutkan dengan 2 berita sedih yang agak memilukan pada hari raya yang ke-4, 2 September 2011. Dua kematian pada hari yang sama agak mengejutkan. Ibu mertua kakak meninggal dunia pada pagi Jumaat, jam 6.30 pagi di hospital dan diikuti dengan kematian sepupu (sebelah Ummi Insyirah) yang terlibat dalam kemalangan pada jam 2 petang, sehari sebelum majlis akad nikahnya. Rasa terkejut dan sedih sangat mendengar khabar berita ini, tambahan pula sepupu yang meninggal ini rapat dengan kami sekeluarga. Majlis pernikahannya bertukar menjadi kenduri arwah.  Ajal maut, jodoh pertemuan adalah ketentuan Ilahi. Allah yang lebih mengetahui segalanya. 
Sebelum ini hanya membaca kisah orang lain sahaja, tetapi bila anggota keluarga sendiri yang terlibat, terasa lemah tidak berdaya. Rasa macam tidak percaya apa yang berlaku. 

Kami di sini hanya mampu berdoa semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman dan mengampunkan segala dosa-dosanya. Salam takziah dari kami sekeluarga di sini. 

Hari pertama ke sekolah

6 September 2011 yang lalu, Insyirah mula ke sekolah setelah lebih kurang 6 minggu bercuti. Ini juga merupakan kali pertama Insyirah menggayakan uniform sekolahnya kerana sebelum ini hanya memakai baju harian biasa sahaja. Pada mulanya ingatkan Insyirah ditempatkan di kelas, namun jangkaan kami meleset. Insyirah masih di nursery, cuma sepenuh masa hingga 3.30 petang kerana umurnya yang masih muda. Insyirah boleh masuk ke kelas bermula Disember 2011 ini. Nampak gayanya tidak sempatlah Insyirah merasa pengalaman berada di kelas bersama rakan-rakan lain. 

Ayah dan Nuha menghantar Insyirah ke sekolah pada jam 8.55 pagi

Insyirah dan uniform sekolahnya :)

Hari pertama ke sekolah hingga jam 12 tengah hari sahaja sepanjang minggu pertama. Aktiviti waktu petang Insyirah setelah pulang dari sekolah hari ini ialah menggunting rambutnya sendiri dan rambut Nuha. Tidak tahu kenapa tiba-tiba tergerak hatinya untuk memotong rambut sendiri dan Nuha. Bukannya sehari dua baru pegang gunting, lama dah. Kebiasaannya hanya menggunting kertas-kertas dan kadang-kadang tergunting baju sikit. Yang sangat pelik bagaimana Nuha boleh duduk diam sehingga gondol rambut depannya digunting Insyirah. Umminya yang sedang asyik melihat komputer sambil menyusukan Ahmad hanya menyedari apabila Insyirah cakap "It's ok Nuha. Bila Umminya toleh sahaja lihat ya Allah habis rambut anak-anakku. Rasa macam nak menangis tapi nak tergelak pun ada juga. Lagi-lagi bila tengok rambut Nuha yang sangat kelakar.

 
Rambut yang dipotong Insyirah. Ada lebih kurang 1 genggam lebih  genggaman Umminya:). Banyak juga tu!


Tara!! Ini hasil kreativiti Insyirah terhadap rambut Nuha. Bila ditanya kenapa potong rambut Nuha. Insyirah jawab, "I just helping you", huhuhu. Cantik tak rambut Nuha kakak potong? Sambil gelak-gelak Insyirah menjawab, "Nuha likes a clown Ummi", huhuhu.


Rambut Insyirah boleh tahan lagi sebab dia gunting bahagian tepi sahaja tetapi rambut belakang dah jadi macam ekorlah pula. Bila tepi kiri kanan dipotong, rambut belakang dah nipis. 

Bila Umminya nak betulkan balik rambut Nuha, Nuha tidak mahu. Sepanjang hari disebutnya "No way" bila dipujuk untuk gunting rambutnya. Akhirnya Umminya membuat keputusan untuk potong dikedai sebelah rumah sahaja. Semasa potong rambut Insyirah ok, duduk diam sahaja tetapi potong rambut Nuha rasa tak cukup tenaga nak pegang dia bila meronta-ronta taknak potong. Siap kena 2 orang pegang nak gunting rambut dia masa tukang gunting nak potong. Marah sungguh bila orang potong rambutnya, sampai teresak-esak menangis. Bila dah sampai rumah masih teresak-esak menangis suruh pergi balik ambil rambut dia yang sudah digunting, huhuhu. Kemudian sampai tertidur keletihan setelah letih bergelut semasa nak dipotong rambutnya. Kasihan Nuha. Bila tersedar dari tidur masih ingat lagi akan rambutnya yang dipotong dan disuruhnya lagi kami pergi ambil balik rambutnya :D

Nuha dan Insyirah berambut baru ;) 

Teringat semasa selesai sahaja Insyirah menggunting rambut dihadapan cermin dan tukang gunting, "Is this boy hair or girl hair?" dengan muka sedih melihat rambutnya yang telah dipotong pendek. She said "everyone will laughing at me, this is boy hair", huhuhu. Lalu Umminya cakap, ini adalah akibat daripada perbuatan kakak yang menggunting rambut Insyirah dan Nuha. Lepasni jangan buat lagi ok. Bila Umminya tanya salah siapa rambut Insyirah dan Nuha jadi macam ini, Insyirah mengaku yang salah dia, huhuhu. Kasihan anak-anak Ummi. Walaubagaimanapun, terima kasih kakak Insyirah yang berniat untuk tolong Ummi menggunting rambut Nuha. Memang beberapa hari sebelum Umminya asyik berkata ingin memotong rambut depan Nuha kerana sudah mencucuk mata, tetapi dok cakap sahaja, tapi tak buat-buat :D Kiranya salah Umminya juga, hehehe.

Wednesday, 7 September 2011

Gaya baby bersilat?

Catatan lepas masa Ahmad Mujahid 8 bulan, ada menyatakan habit Ahmad yang suka menepuk-nepuk kedua belah tangannya seperti aksi nak buka langkah silat (ye ke?). Lebih-lebih lagi jika dia berlawan dengan si Ayah yang meniru aksi tangannya itu. Namun kini habitnya ini sudah berkurangan. Di bawah ini ada video yang merakamkan aksi tangannya itu ketika usianya 8 bulan lebih namun kali ini Ahmad tidak begitu fokus seperti sebelumnya. Sekarang ini sudah jarang-jarang dapat melihat aksi tangannya ini kerana habitnya sekarang menghisap ibujari kaki dan jelir lidah pula, huhuhu :D


Kalau dulu,lagi pantas aksi tangannya ini dan sangat fokus. Kini Ahmad buat santai-santai sahaja sekadar mengisi masa lapangnya bermain sendirian :)

Sunday, 21 August 2011

Carian ayat di dalam Al-Quran dan Hadis

Sudah lama terfikir ada atau tidak website yang boleh mencari ayat-ayat tertentu di dalam al-quran dan hari ini Ayah Insyirah menjumpainya di dalam FB rakannya. Mungkin ada lagi yang lebih canggih yang kami tidak tahu, oleh itu jika sesiapa yang mengetahui website-website tertentu bolehlah berkongsi bersama.

Website yang dimaksudkan adalah website yang diambil dari UITM ini.  Terima kasih kerana berusaha menghasilkan laman web yang sangat berguna ini. Alhamdulillah, semoga Allah memberkati hidupmu di dunia dan di akhirat.
Sila klik gambar untuk ke link website. Sekiranya anda ingin mencari ayat al-quran tertentu, taip sahaja perkataan/frasa pada ruang "taipkan pertanyaan". Contohnya jika ingin mencari ayat al-quran berkaitan "sabar", taipkan sahaja "sabar" di dalam ruangan tersebut dan hasil cariannya seperti di bawah.

Hasil carian berjaya memaparkan ada 99 ayat yang berkaitan dengan sabar di dalam al-quran.

Mudah bukan? InsyaAllah selepas ini lebih mudah untuk kita mentadabbur ayat-ayat di dalam al-quran untuk digunakan dalam kehidupan seharian kita. Laman web ini juga sesuai untuk carian hadis juga. Semoga ianya bermanfaat insyaAllah.

Selamat berpuasa hari ke-21 ramadhan.

Saturday, 20 August 2011

Insyirah & Ramadhan 1432H

Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan Ummi Insyirah untuk berpuasa hingga ke hari 20 ini. Bila ditanya sama ada Insyirah mahu berpuasa atau tidak, dijawabnya tidak mahu berpuasa. Mungkin melihat keadaan Ummi yang letih terutamanya di petang hari tidak memberi semangat untuknya berpuasa, huhuhu. Kalau Insyirah terdengar bunyi sesuatu sibuk dia bertanya, "who's tummy rumbling, Ummi?". Bila dijawab perut Ummi, Insyirah jawab "isk, isk naughty Ummi." Aikk bunyi perut pun naughty ke, huhuhu. Walaubagaimanapun, Ummi Insyirah masih bersyukur walau berpuasa rezeki susu Ahmad masih mencukupi untuknya, cuma Umminya kena bertahan sikit. Minggu pertama ramadhan alhamdulillah ada perubahan tetapi masuk hari ke10 Ramadhan, semangat membara agak menurun sedikit, astaghfirullahalazim.

Bila asyik letih memanjang, tiba-tiba suatu hari Insyirah menegur setelah Ummi selesai bersolat zohor, "Ummi dah siap semayang?", "Why you semayang only one?", "Why Ummi not solat lots?", huhuhu. Terkesima sekejap Umminya tidak tahu hendak memberi jawapan apa. Insyirah maksudkan kenapa Umminya solat fardhu sahaja tanpa solat-solat qabliah dan ba'diah. Ya, jangan kita ingat anak kecil 4 tahun tidak ambil peduli apa yang ibubapanya lakukan. Mereka diusia ini gemar memerhati setiap perilaku kita. Maka hendaklah kita menunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka dan menerangkan kepentingan sesuatu perbuatan itu dilakukan. Agak berasa malu dengan anak kecil itu namun sepatutnya malu pada Allah lah yang paling besar. Susahnya diri untuk istiqamah atas setiap perbuatan itu :(

Sekarang ini, kita sudah berada di 10 malam terakhir ramadhan dan semoga kita masih diberi kekuatan untuk meningkatkan amalan kita di 10 malam ini dan ke malam-malam seterusnya. Istimewanya di 10 malam terakhir ini terselit satu malam yang memberi peluang terbaik kepada kita untuk memburu redha Ilahi. Apakah malam itu? Itulah malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Marilah sama-sama kita mengabdikan diri, memohon ampun, berserah diri sepenuhnya kepada Allah, semoga kita  diberi pengampunan olehNya dan setiap amalan kebaikan kita diterima.

Marilah sama-sama kita rebut peluang ini kerana mungkin ini ramadhan terakhir buat kita.

Salam 20 ramadhan.