Alhamdulillah, pada 8 Ramadhan 1432H = 8 Ogos 2011, genaplah usia Ahmad Mujahid 8 bulan :). Sekarang ini usianya sudah 8 bulan dan 8 hari. Sedar tidak sedar, sudah 16 hari umat islam berpuasa.
Saya sudah 8 bulan sekarang, alhamdulillah :)
Perkembangan Ahmad setakat ini, badannya semakin kuat dan tegap. Jika bulan lepas Umminya baru berani meletakkannya duduk di atas bumbo chair, sekarang ini Ahmad sudah pandai keluar dari bumbo chair itu, huhuhu. Setakat ini sudah 2 kali dia keluar dari bumbo chair, semalam dan hari ini sebab hendak mengambil mainan di atas lantai. Ahmad berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya sampai terangkat-angkat b*ntot dan akhirnya tertiarap di atas lantai, huhuhu. Suka hati sebab dapat ambil mainan yang dikehendaki. Nampaknya lepasni perlu letakkan tray di bumbo chair itu untuk mengelakkannya keluar. Pernah juga sekali tertidur di atas bumbo chair itu, hehehe. Walaupun Ahmad agak lambat mengangkat kepalanya tegak dan tulang belakangnya tidak berapa kuat, namun apabila beliau mendapatkan kedua-dua itu sekejap sahaja dia boleh buat pergerakan yang lain. Jika diletakkan di atas "entertainer" nya, siap sudah boleh berdiri sekarang sambil "bouncing" lagi :D.
Tertidur selepas geng bermain tertidur dan Ummi sibuk membungkus barang, hehehe.
Sepanjang ramadhan ini, alhamdulillah Ummi Ahmad dapat berpuasa penuh sambil menyusukan Ahmad. Hanya 2 kali Ummi Ahmad memberikannya susu formula sebagai tambahan, 6 oz jer pun, itu pun menyebabkannya sembelit, huhuhu. Ahmad sudah mula makan secara rasmi sekarang tetapi perlu pastikan makanan tersebut betul-betul cair baru dia nak. Kalau tidak pasti akan dimuntahkannya balik. Sekarang Ahmad sudah pandai makan buah-buahan atau sayur-sayuran dan dia suka pegang sendiri sahaja. Untuk mengelakkan daripada tercekik, Ummi belikan "Fresh Food Feeder" ini. Best sangat benda ni:)
Terima kasih kepada Aunty Nadira dan Aunty Wan yang cadangkan benda ini. Ummi Ahmad dan Ahmad sangat seronok. Tidak perlu Umminya nak suapkan Ahmad lagi;).
Jika betul-betul lapar dan susu itu suam-suam, laju sahaja Ahmad meminumnya. Setakat ini tiada masalah dengan botol. Cumanya masalah sembelit sahaja jika minum susu formula ini. Agaknya kena kurangkan scoop susu tu bancuh cair-cair kot. Minum sekali 3oz sahaja. Perutnya tidak boleh terlalu kenyang/penuh untuk mengelakkannya muntahkan balik kesemuanya, huhuhu.
10 Ogos 2011 yang lalu, Ahmad mempunyai temujanji dengan doktor yang membedahnya dahulu untuk memeriksa keadaan luka pembedahan exomphalos dan hernia. Alhamdulillah semuanya ok dan doktor menyuruh kami datang kembali selepas 6 bulan untuk pemeriksaan selanjutnya. Namun kami memberitahu bahawa kami ingin pulang ke Malaysia "for good" tidak lama lagi. Dengan itu Ahmad secara rasminya telah di "discharge" di bawah pemerhatian doktor dan doktor tersebut akan memberikan surat untuk rujukan dikemudian hari. Doktor tersebut memberitahu di Malaysia juga ada doktor bedah yang bagus seperti Dr. Tan (tidak tahulah Dr. Tan yang mana yang dimaksudkan).
Semalam, 15 Ogos 2011 pula, Ahmad mempunyai temujanji dengan Dermatologist, pakar kulit berhubung dengan masalah eczema nya. Alhamdulillah, setakat ini masalah eczemanya sudah semakin ok. Cuma Umminya perlu pantang betul-betul terhadap susu lembu. Kadang-kadang Umminya sukar untuk mempantangkan diri lebih-lebih lagi bila dihidangkan dengan air teh susu, coklat, aiskrim dan macam-macam lagi. Kiranya pantang tengoklah! Hehehehe. Dengan itu pasrah jer bila kulit Ahmad naik bintik-bintik kecil terutama di sekeliling mulutnya namun ianya masih dalam keadaan terkawal. Selepas 2-3 hari ianya akan hilang. Doktor tersebut memberitahu bila Ahmad sudah besar seperti setahun setengah, kami boleh cuba memberikannya susu lembu dan lihat bagaimana kesannya. Allergic terhadap susu lembu ini akan sembuh semakin membesar kanak-kanak tersebut kerana sistem imunisasinya semakin baik. Harap-harapnya begitulah insyaAllah.
Berat badan Ahmad yang terkini ialah 6.48kg dan panjang 66.6cm yang diambil pada 15 Ogos 2011. Habitnya yang terkini suka menepuk-nepuk tangannya seperti aksi bersilat. Tidak tahulah di mana dia dapat idea membuat gaya tersebut sebab tiada orang yang mengajarnya :D Nanti bila sempat, Ummi letak video aksi tangannya itu di sini:)
Semoga Ahmad Mujahid terus sihat membesar, cerdas, pintar dan menjadi anak yang soleh untuk berbakti kepada agama, bangsa & negara, amin.
Esok, 17 Ramadhan 1432H, hari nuzul quran.
Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah dan kitab yang menerangkan (al-Quran). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan yang terang benderang dengan izinNya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus. (Surah Al-Maidah, ayat 15-16).
Salam Nuzul Al-Quran untuk semua pembaca :)
3 comments:
mujahid ni mesti saiz2 iman gak sbb berat sekitar 6.5kg??iman td timbang br 6.6kg,normal ke ana?
kaktie, doc kata normal sbb carta graf berat dia meningkat jer...lagipun mak ayah dia pun tak beso mana katanya:)
ic,kaktie risau sbb geng2 baya iman sumer dah over 7kg,tp bila tgk chart masih in normal range, lega..buat my baby mmg kecik, ikut abah dia kot..hehehe
Post a Comment