18 Julai 2011 yang lalu, Ahmad potong rambut sebab rambutnya sudah panjang dan bila tidur berpeluh-peluh kepala dia. Bila berpeluh, tangan asyik menggaru-garu kepalanya, mungkin rimas dan gatal. Ini merupakan kali ke-3 Ahmad potong rambut. Ummi Insyirah memotong rambut Ahmad menggunakan mesin potong rambut Ayah Insyirah. Mesin ini tidak berapa bising dan kurang getarannya berbanding mesin rambut sebelumnya. Harap-harapnya selamatlah untuk digunakan memotong rambutnya sebab ada yang kata ok dan tidak ok (bila google) untuk memotong rambut baby menggunakan "hair clipper". Yang penting kita tahu apa yang kita buat dan pastikan keselamatannya.
Gambar dari kanan: Sebelum potong rambut, tengah gunting rambut dan baju putih tu setelah mandi selepas gunting rambut :)
Gambar terkini Ahmad berambut pendek:)
Gambar terkini Ahmad berambut pendek:)
Kali kedua potong rambut pada 12 April 2011 juga menggunakan mesin. Gambar kanan sebelum dan kiri selepas gunting :) Masa ini terpaksa gunting sebab kulit kepalanya kering dan kami perlu meletakkan Aqueus cream dikepalanya.
Pertama kali rambut Ahmad dipotong sehingga botak licin pada 1 Januari 2011 setelah 24 hari lahir ke muka bumi ini. Masa ini kami tidak menggunakan mesin kerana kulit kepalanya lembut lagi. Kami guna pencukur gillette sahaja. Insyirah dan Nuha, kedua-duanya dicukur botak pada hari ke-7, tetapi Ahmad masih di hospital pada hari ke-7.
Adalah sunat untuk dilakukan aqiqah dan cukur rambut pada hari ketujuh selepas kelahiran anak itu. Marilah sama-sama kita merebut pahala sunat tersebut, cukur rambut sepenuhnya kemudian timbang dan dinilaikan dengan harga emas/perak. Bukan setakat cukur jambulnya sahaja dan masukkan rambut tersebut ke dalam kelapa.
2 comments:
alahai..tomeynye baby ahmad..lepas potong rambut lagik hensem... nampak mcm budak besar plak.
bila potong rambut nampak matured sikit, hehehe
Post a Comment