Dalam tak sedar, lebih kurang 10 hari lagi Ramadhan bakal tiba. Bagi Ummi dan Ayah Insyirah, sudah 30 kali Ramadhan datang dan pergi dalam hidup kami.
Tetapi terdetik dalam hati beberapa soalan.
Apakah kesan Ramadhan kepada diri kami? Bukankah matlamat puasa itu untuk kita menjadi insan yang bertaqwa, tetapi di manakah paras taqwa diri kami? Apakah kesan positif Ramadhan yang dibawa kepada bulan-bulan yang lain? Bagaimana pula dengan Ramadhan 1432H?
Ana baru perasan ada satu website iaitu productiveramadan.com yang memberikan tips-tips berguna untuk menghadapi Ramadhan. InsyaAllah, Ana dan keluarga berazam untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya.
Ya Allah, temukanlah kami dengan Ramadhan
Allaahumma ballighna Ramadhan
No comments:
Post a Comment