Seperti biasa, entry ini hanya untuk mencatit temujanji Ahmad Mujahid dengan pakar kulit di dalam diari online ini:) Temujanji tersebut pada 4 Julai 2011 jam 2.30 petang. Keadaan kulit Ahmad semakin pulih setelah Ummi berpantang daripada mengambil produk tenusu terutama pada bahagian pipi, dada dan kedua belah siku. Namun pada bahagian betis masih teruk, tiada perubahan. Ummi memberitahu doktor bahawa "Eumovate oinment" (moderate streoid) yang digunakan semakin memburukkan keadaan betis Ahmad di mana ianya menjadikan betisnya lebih merah dan berair yang mengakibatkan kegatalan yang maksima. Oleh itu, setiap masa Ahmad perlu memakai pakaian yang menutup bahagian betisnya bagi mengelakkannya daripada menggaru yang boleh menyebabkan pendarahan.
Setelah doktor melihat keadaan betisnya, beliau memberitahu bahawa Ahmad tidak serasi menggunakan "Eumovate Oinment" tersebut dan menukarnya kepada "Elocon Oinment". Hydrocortisone Cream yang Ummi gunakan bagi menggantikan "Eumovate Oinment" juga hanya berjaya mengeringkan betisnya sahaja, tidak boleh memulihkan keadaan kulitnya. Alhamdulillah, setelah beberapa hari menggunakan "Elocon Oinment" tersebut, keadaan kulitnya semakin cantik. Semoga Allah memberikan kesembuhan yang berpanjangan kepada Ahmad Mujahid. Kebiasaannya, keadaan eczema Ahmad ini sekejap ok, sekejap tidak. Ada sahaja perkara yang merangsang eczema nya merebak.
Rawatan kali ini seperti biasa, Ahmad Mujahid perlu memakai "Elocon Oinment" sekali sehari selama 2 minggu, kemudian rehat dan hanya pakai sekali sehari setiap Sabtu dan Ahad (hanya 2 hari dalam seminggu). Doublebase cream dan Hydromol dipakai seperti sebelumnya.
Semoga Allah memberikan kesembuhan yang berpanjangan kepada Ahmad Mujahid dan membesar menjadi anak soleh penyejuk hati kami sekeluarga, amin.
3 comments:
ameen.. moga ahmad mujahid terus membesar dgn sihat & menjadi anak yg soleh.. :)
aminn
disini awk boleh join group anak2 eczema. sana byk ilmu yg boleh dikongsi.. http://www.facebook.com/groups/ekzema
Post a Comment