Wednesday 20 July 2011

Restoran Al Jazeera di Manchester

Pada hujung bulan Mei yang lalu (23-25 Mei 2011), kami sekeluarga berada di Manchester menemani suami yang menghadiri conference di sana. Dihari terakhir di Manchester (sebelum bertolak ke Lancaster Travelodge),  kami sempat singgah ke restoran Al Jazeera, yang menjadi sebutan kebanyakan pelajar Melayu yang belajar di Manchester. Menu yang dicadangkan adalah "half chicken with rice" yang berharga £3.95.
Restoran Al Jazeera di Rusholme Manchester.
Alamat: 22, Wilmslow Road, Manchester, M14 5TQ

 
Boleh parking dekat rumah yang berdekatan di situ atau parking berbayar di belakang restoran tersebut.

Pandangan atas daripada Google Earth

Tempat parking belakang restoran. Sejam £1.50.

Ini menu yang kami pesan, half chicken with rice untuk Ummi (gambar 1st) dan Qabily pillow (gambar 2nd) untuk Ayah. Half chicken with rice memang sedap bagi kami. Kami siap bungkus lagi sebab sedap sangat. Setakat makanan-makanan yang berunsur nasi yang kami pernah makan di UK ini, ini yang paling sedap bagi kami. Sebabnya nasinya special, lembut sangat, dan half chickennya juga lembut dan sedap. Kuantitinya banyak juga dan harga yang sangat berpatutan. Lain kali kalau pergi restoran ini, beli half chicken with rice sahaja, sebab Qabily pillow yang Ayah pesan biasa-biasa sahaja lauknya walau harganya lebih mahal, £5.35. Nampak macam simple tiada kuah-kuah, tapi sangat sedap half chicken with rice itu (teringin nak makan lagi, huhuhu)


Dalam restoran Al Jazeera. Orang penuh sangat dalam restoran ni. Nasib baik ada satu meja kosong masa kami masuk, rezeki alhamdulillah. Namun kalau tak silap ada tempat makan juga di bahagian atas kedai. Nuha makan banyak sangat nasi dengan ayam waktu ini, tetapi Insyirah taknak makan sebab baru bangun dari tidur dan sedikit moody. Mengantuk lagi katanya.

Gambar dari hadapan restoran Al Jazeera. Banyak restoran makanan di Rusholme Manchester ini selain dari restoran Al Jazeera.

Terdapat juga masjid berdekatan dengan restoran tersebut, tapi kena naik keretalah.  Masjid tersebut di belakang kawasan restoran yang mengambil masa beberapa minit sahaja. Senang kalau sudah solat siap-siap, nak makan pun senang hati, tidak perlu terkejar-kejar sebab tidak solat lagi. Di UK ini banyak juga masjid yang besar-besar dan cantik. Kagum sangat sebab selain masjid ini besar dan dibiayai oleh masyarakat Islam di sini sendiri (rasanya tiada peruntukan kerajaan untuk bina masjid di UK, wallahualam, betulkan saya jika silap), masjidnya juga hidup dengan pelbagai aktiviti seperti mengajar anak-anak kecil mengaji dll. 
Shahjalal Mosque & Islamic Centre. Alamat: 1A Eileen Grove, Rusholme, Manchester, M14 5WE.

Kalau ada rezeki ke Manchester, jangan lupa singgah di restoran ini :)

5 comments:

Bibi Intan Suraya said...

thanks kak Ana for sharing this info. we are planning to go to Manchester this week. if berkesempatan, insyaAllah teringin jugak nak merasa half chicken rice tu ;)

Cerita bonda said...

sedapnya tgk half chicken rice tu.. ni yg rasa nka mkn beriani JM kat tesco shah alam ni :) dpt mkn beriani johor pun jadilah hiihihi

comelnye anak dara ana dua org tu.... bestnye ada anak dara..ada anak bujang jugak. cukup kuota..

Nihlah Insyirah said...

LFS: you are welcome bibi, try bi jgn tak try..harap2 chefnya tidak bertukar:D kalau singgah ke notts, boleh pergi rumah kak ana sekali:)

Bonda adam: alamak sarah, sorry membuatkan ibu mengandung ni teringin, huhuhu. mkn beriani gam johor pun sedap jugak..alamak ana yg teringin beriani gam johor plak, hehehe...tak sabar sgt nak balik malaysia, syurga makanan:D

Anonymous said...

memang sdap jazera ni.. kami dah kerap pegi sejak kali pertama sampai. dah banyak restaurant cuba di UK, tp jazera paling sedap nasi nya.. di jalan yg sama juga ada bbq ribs, ice cream & chicken wings yang sgt sedap..

Nihlah Insyirah said...

Kami pergi sini setelah bertanya kepada kawan USM yang pernah study di sini. Dia sendiri yang cadangkan menu half chicken with rice. Kedai lain tak sempat nak singgah aritu sebab dah kenyang makan di Al-Jazeera :)