22 Oktober 2011, Sabtu, selamat sudah barang-barang kami masuk ke dalam kontena, bersedia untuk belayar pulang ke Malaysia :D Kontena tiba di rumah kami jam 8.30 pagi, awal setengah jam dari waktu yang dijanjikan (9 pagi) dan pintu kontena parking betul-betul di hadapan 142 Berridge Road. NG7 6HT, memudahkan proses pemunggahan.
Proses pemunggahan barang masuk ke dalam kontena bermula jam 9.30 pagi setelah sahabat-sahabat yang hadir selesai menjamah sarapan pagi yang disediakan. Menu sarapan pagi; roti canai, mee goreng, bihun goreng dan popia goreng beserta teh susu. Alhamdulillah, proses pemunggahan selesai tepat pada masanya pada jam 12 tengah hari. Kemudian, sahabat-sahabat dijamu dengan makan tengah hari seadanya. Menu makan tengah hari pula berupa nasi minyak, ayam masak merah, dalca, acar timun nenas, papadom dan air bandung. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menghulurkan bantuan, sudi berganding bahu membantu memuatkankan barang masuk ke dalam kontena, juga kepada kaum ibu yang sudi membantu menyediakan juadah sarapan pagi dan makan tengah hari.
Bergambar bersama rakan-rakan yang hadir setelah selesai dan lori kontena bersedia untuk bergerak ke pelabuhan. (Ada 3-4 orang yang telah pulang sehingga tidak sempat makan kerana masing-masing ada hal)
Walaupun kesihatan anak-anak kurang baik sejak sebulan lalu sedikit sebanyak mengganggu proses pembungkusan barang, namun akhirnya segalanya berjaya di siapkan di saat-saat akhir sebelum kontena di kunci. Di kala diri sibuk mengemas dan membungkus barang-barang di saat-saat akhir, di ketika itu jugalah gigi Ahmad baru hendak tumbuh sehingga beliau demam panas. Insyirah dan Nuha juga silih berganti demam beserta batuk dan selsema akibat daripada perubahan cuaca dari musim panas ke musim luruh yang semakin sejuk. Terasa agak payah dan seakan tidak berdaya melaluinya, namun sesungguhnya Allah lebih mengetahui kemampuan seseorang itu. Alhamdulillah, kami dikurniakan sahabat-sahabat yang baik yang banyak membantu kami sebelum, semasa dan selepas proses pemunggahan berlangsung. Semoga Allah membalas budi baik rakan-rakan dan memudahkan segala urusan, juga beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Begitulah nikmat ukhuwah diperantauan yang sangat manis untuk dikenang. Walaupun ahli keluarga dan sanak saudara jauh di Malaysia, kita masih ada rakan-rakan seperjuangan yang boleh diharapkan untuk memberi pertolongan. Selainnya kepada Allah sahajalah kita berserah dan berdoa agar segalanya dipermudahkan.
Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan. Walaupun cuaca agak sejuk tetapi alhamdulillah Allah memberikan sinar matahari tanpa hujan. Pintu kontena juga berjaya di parking betul-betul di hadapan pintu rumah seperti yang diharapkan. Yang paling tidak disangka-sangka, Ahmad tidak meragam walaupun beliau tidak menyusu sejak bangun daripada tidur seakan-akan faham Umminya sibuk ketika itu. Apabila Ahmad bangun daripada tidur, Ummi terus cuci mukanya dan memberikannya pisang di dalam "feeder" nya. Ahmad sarapan pagi sendirian. Kemudian bila rakan Ummi sampai, Ummi meminta pertolongan untuk beliau memegang Ahmad dan Ahmad tidur dipangkuaannya, kemudian diletakkan Ahmad di atas sofa. Alhamdulillah Ahmad tidur sangat lama sehinggalah orang nak mengangkat sofa tersebut. Keadaan yang jarang-jarang berlaku kerana selalunya bila Ahmad tidur sendirian pastinya tidak sampai sejam pun, melainkan ada Ummi disisinya ;)
Sekarang ini tengah menghitung hari untuk pulang ke Malaysia. Tiket belum dapat lagi dari USM kerana Ayah perlu menghantar thesisnya terlebih dahulu baru mereka boleh tempah tiket untuk kami. Kedua-dua supervisor Ayah telah bersetuju untuk membenarkan Ayah menghantar thesisnya. InsyaAllah mungkin esok atau lusa boleh diprint dan dihantar ke Universiti. Semoga segalanya dipermudahkan, amin.
Sekarang ini tengah menghitung hari untuk pulang ke Malaysia. Tiket belum dapat lagi dari USM kerana Ayah perlu menghantar thesisnya terlebih dahulu baru mereka boleh tempah tiket untuk kami. Kedua-dua supervisor Ayah telah bersetuju untuk membenarkan Ayah menghantar thesisnya. InsyaAllah mungkin esok atau lusa boleh diprint dan dihantar ke Universiti. Semoga segalanya dipermudahkan, amin.
12 comments:
waahhh... dh nak balik Malaysia!
ana..nanti boleh berjiran kat opis...opis mi tak jauh dr opis ana :)
br tau syarat nk dpt tiket dr usm kena submit thesis dl..ade bagusnye macam tu kan..at least supervisor pun bersungguh nk tlng bg percepat..
ana nnt smpi klia ke smpi penang airport??
alhamdulillah settle sudah, dpt dibayangkan kekalutan ana nak memacking barang dgn anak2 kecil....tp allhamdulilah Allah beri kemudahan yg kita tak jangka...
jangka blk msia bila?
Alhamdulillah, semalam saya dah hantar tesis ke student services. Harini baru nak hantar bukti penyerahan tesis ke USM, tp cuti Deepavali plak kat Malaysia.
Kami plan nak minta tiket penerbangan 31 Oktober dari London pukul 10 malam. harap2 adalah tiketnya nanti.
Sekarang kat rumah ada satu laptop saja, tapi susah sikit mak ayah nak guna sebab NUHA tengah kemaruk main komputer. Asyik "turn" dia saja. Kalau nak paksa dia suruh berhenti, menangis kuat pula.
Nanti Ana tulis semula kat sini
wassalam.
- Aziz -
Kay - yeay akhirnya :)
Mimi - Jumpa di sana nanti :)
Kak Farah - insyaAllah turun penang airport
Kak Cahaya - alhamdulillah kak :)
best nyer dah nak balik sini.....
take care ok... hopefully semua berjalan lancar... kalau balik johor... sms farah tau... boleh datang ziarah ana... no phone sama mcm dulu...
Farah @ Kisah Qaseh: InsyaAllah, sampai Johor nanti Ana cakap. Mesej no farah kat FB Ana. Ana dah lupa no kawan2 di Malaysia. Henset kat malaysia pun dah takde
Kak Farah: nanti Ana ambil flight
London-KLIA, then KLIA-PENANG
ok..klu turun klia blh kitorg gi sana kita jmpa..tp ni mesti ana transit je kt klia xkluar..xpe la..ade rezeki kita jmpa kt mana2 nnt..
alhamdulillah..
welcome home ana, aziz, insyirah, nuha & lil hero ahmad...
insya-allah kalau kami balik kampung kat utara...kita jumpa!!!
-mommy thaqif-
ana....
fb jarang bukak la...
call me at 019-7629423..
ok...
see you..
kak farah - takpe, insyaAllah jika berkesempatan boleh jumpa di lain kali.
kak syaimak - jemputlah datang rumah jika balik utara :)
farah - insyaAllah nanti kita boleh jumpa jika diizinkanNya
Post a Comment