Tuesday 10 May 2011

Ahmad 5 bulan

Pejam celik, pejam celik, Ahmad sudah 5 bulan sekarang. Dikala rakan-rakan seusianya sudah boleh guling-guling dan angkat kepala sendiri, Ahmad masih berusaha ke arah itu. Ahmad kurang kuat untuk mengangkat kepalanya jika ditiarapkan, tetapi boleh mengangkat bahagian punggungnya di atas bantuan kakinya. Sekarang ini, jarang sudah pegang leher Ahmad ketika memegangnya, namun masih perlu berhati-hati. Oleh itu, Ummi masih tidak berani hendak meletakkan Ahmad di atas "Bumbo chair". Bila kedua-dua tangannya bersarung tangan pula, Ahmad pandai menggaru peha, lutut dan betisnya dengan menggunakan kaki. Kaki kiri garu kaki kanan dan kaki kanan garu kaki kiri, hehehe. Itu yang kena pastikan Ahmad sentiasa memakai seluar panjang atau pun stokin atau "tight" untuk mengelakkan kakinya daripada digaru. Kalau tidak habislah kulit betisnya merah dan berair-air menjadikan eczema nya semakin teruk.

Di bawah ini diletakkan carta perkembangan bayi dari umur sebulan hingga 5 bulan dan perkembangan Ahmad kebanyakkannya selari dengan column pertama "Mastered skills" kecuali yang bahagian yang boleh angkat kepala dan guling-guling.
Carta perkembangan bayi dari 1 bulan - 5 bulan (klik imej untuk sumber rujukan)

Ahmad juga bukanlah seorang bayi yang bulat walaupun menyusu badan sepenuhnya. Pertambahan berat badannya hanya sedikit setiap kali ditimbang. Berat terkini hanya 5.56 kg yang ditimbang pada 7 Mei 2011 di bahagian A&E Hospital QMC. Sehari sebelum usianya genap 5 bulan, Ahmad demam panas (39.7 darjah celcius) buat pertama kalinya. Demam panasnya baik setelah diberikan paracetamol namun kembali demam selepas 6-7 jam. Selain itu, matanya juga bengkak sejak 4 hari yang lalu selepas pulang dari temujanji dengan pakar kulit dihospital. Lalu Ahmad dibawa ke hospital bahagian A&E sebab hari Sabtu, klinik (GP) tidak buka. Kami sampai lebih kurang jam 3 petang dan nurse menanyakan apa masalah Ahmad sebelum diserahkan kepada doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. Ummi hanya memberitahu berkenaan masalah demamnya yang datang dan pergi serta keadaan matanya yang bengkak sejak 4 hari lalu. Nurse memeriksa suhu badan dan denyutan nadi Ahmad. Suhu badan agak ok, 37.6 darjah celcius tetapi denyutan nadi agak tinggi. 

Kemudian doktor pula datang untuk memeriksa Ahmad. Sebelum itu, doktor ingin tahu rekod perubatan Ahmad sebelum ini. Alhamdulillah, Ummi ingat semua yang berlaku ke atas Ahmad beserta tarikh dan nama ubat yang pernah Ahmad terima. Cuma satu ubat yang Ummi lupa namanya iaitu antibiotik yang diberikan untuk merawat kulit pipinya yang berair (oozing) dan batuk. Doktor tidak risau dengan masalah matanya yang bengkak tetapi risau akan pernafasan Ahmad yang agak laju. Sekali lagi suhu badan Ahmad diperiksa pada jam 4.30 petang dan suhunya naik kembali kepada 38.8 darjah celcius. Lalu Ahmad diberikan calpol dan disuruh naik ke wad E37, bahagian Children Assesment Unit (CAU).

Di CAU, Ahmad diminta untuk ke bahagian X-Ray untuk X-Ray dadanya. Dari pemerhatian X-ray, terdapat dot-dot yang menunjukkan dadanya terkena jangkitan (chest infection). Selain itu juga doktor memaklumkan yang ada "thymus" di bahagian dada Ahmad. Selalunya "thymus" ini penting untuk newborn baby untuk menghasilkan sel T untuk sistem daya tahan diri. Thymus ini menolong badan menghasilkan sel darah putih untuk mengelakkan jangkitan. Semakin membesar seseorang kanak-kanak itu, thymus ini akan hilang. Namun terdapat juga kanser thymus yang menyebabkan batuk yang berpanjangan, sakit dada dan sukar untuk bernafas. Semoga Ahmad dijauhi dari ini hendaknya, amin.

Selain perlu di X-ray, Ahmad juga perlu diambil sampel air kencingnya. Ya Allah jenuh Ummi nak dapatkan sampel air kencingnya. Akhirnya selepas 3 jam, Ummi berjaya mendapatkannya, lega. Kemudian Ahmad perlu diberikan antibiotik (cafelaxin) sebelum dibenarkan pulang ke rumah untuk memastikan Ahmad tidak allergic terhadap antibiotik tersebut. Lama betul menunggu di wad tersebut sampaikan Ummi kehabisan tenaga. Tiba-tiba jam 10 malam, nurse datang untuk menyuruh mengambil sampel air kencing Ahmad sekali lagi. Ummi terus terang menolak untuk membuatnya sebab sudah tidak larat sangat ditambah bukan senang untuk mendapatkannya. Tidak tahu apa yang dibuat dengan sampel yang pertama sebab boleh tanya sudah ambil sampel air kencing ke belom. Pada hal Ummi sudah berikan pada nurse sebelah siang sampel tersebut. Jam 11 malam, Ummi terpaksa membawa Ahmad keluar bilik dan menyuruh nurse memeriksa suhu badannya kerana terasa panas. Sebelum ini, setiap 2 jam nurse datang memeriksa suhu badan Ahmad, tetapi sebelah malam tiada pula nurse yang datang. Itu yang terpaksa Ummi yang meminta untuk diperiksa. Bila diperiksa, suhunya sudah mencapai 39 darjah celcius, huhuhu. Jam 11.30 malam baru Ahmad diberikan paracetamol dan juga antibiotik. Untuk dibenarkan keluar, perlukan pemeriksaan doktor terlebih dahulu untuk memutuskan sama ada perlu tinggal di wad atau boleh balik. Kasihan pada Nuha dan Insyirah yang menunggu sehinggakan terpaksa tidur di stroller.

Setia menunggu Ahmad untuk dibenarkan pulang ke rumah.

Jam semakin lewat namun kelibat doktor tidak kelihatan. Sudah beberapa kali Ummi menanyakan pada nurse yang bertugas. Jawapan tetap sama "doktor tengah pusing wad dan tidak lama lagi doktor datang". Akhirnya hampir 3 jam, barulah doktor datang memeriksa Ahmad dan membenarkan kami pulang. Tepat jam 3 pagi, dalam hujan kami pun pulang ke rumah, alhamdulillah.

Ahmad diusia 5 bulan:)
Gambar diambil pada jam 1.24 pagi waktu UK, 8 Mei 2011 (tengah menunggu doktor yang tidak kunjung tiba, huhuhu)

Demam Ahmad masih datang dan pergi selama 3 hari ini berselang seli dengan muntah dan cirit birit sekali sekala tetapi hari ini nampaknya demamnya sudah reda, cuma matanya sahaja yang belum pulih sepenuhnya dan masih cirit birit mungkin disebabkan oleh antibiotik yang dimakan. Harap-harap demam dan mata Ahmad pulih sepenuhnya, amin.Sesungguhnya setiap penyakit itu ada penawarnya :)

11 comments:

MizWaR_SuLHaFaT said...

syafahullah Ahmad Mujahid!!! get well soon...

nafrizuan said...

ana , wife aku silence follower blog ang...siap dia add dekat blog dia. Semoga Ahmad Mujahid beroleh kesihatan yang menceriakan

Nihlah Insyirah said...

Mad: Terima kasih
Nafrizuan: Terima kasih. Ana pun silence reader blog isteri hang;)

Nihlah Insyirah said...

nafrizuan: tahniah juga dari kami sekeluarga atas ismael nak dapat adik tidak lama lagi, semoga dipermudahkan segalanya. kirim salam your wife.

Wanna said...

semoga ahmad cepat sembuh..sorry sempat ziarah ahmad kejap jer hari tu..xdapat nak lepak lelama..eriem pun bebel2 xpuas main dgn insyirah...

ana, wife kwn ana tu, coursemate saya kat utm..k.lyn..ehehe kecik nyer dunia...

Naflyna said...

hehehe...rasanya byk kawan k lyn kat sini jd kawan rukaida kat UK. Maybe kenal Fairusham, Shahrir, Razlan (wife dia nama Zaharah). Dunia tak besar mana, tapi dapat g UK melalui blog je. Huhuhu...

Naflyna said...

To Ana: Byk citer dr blog Ana tambah pengetahuan sy. Smoga Ahmad Mujahid sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah. Kesabaran Ana dengan keadaan kesihatan Ahmad byk bg iktibar utk saya.

Nihlah Insyirah said...

wan: terima kasih sudi datang ke rumah dan ke blog ini, hehehe;).

itulah wan & lyn, kecik jer dunia ni, pusing2 balik ke situ gak...semoga blog ni mengeratkan lagi ikatan persahabatan yang terjalin:) terima kasih banyak kerana sudi datang ke sini. nanti bila dah balik Malaysia, jemput datang ke rumah pula:)

Nihlah Insyirah said...

testing 1,2,3

aik mana hilang 3 komen dalam ni yer? dua komen dari lyn dan 1 komen dari me. blogspot 2,3 hari ni nampak macam tak sihatla.

Naflyna said...

Sy pun rs pelik... :)

Nihlah Insyirah said...

itulah lyn, aritu 2,3 hari blogspot under maintenance. bila dah ok, nengok2 komen tinggal 5 jer..mana pi komen lain tatau, huhuhu