Thursday 5 May 2011

Mari mengundi !

Hari ini hari mengundi di Nottingham, UK. Waktu mengundi dari 7 pagi hingga jam 10 malam. Tempat mengundi kami berdekatan dengan rumah kami. Boleh pergi jalan kaki sahaja. Walaupun kami bukan penduduk tetap UK, namun kami juga boleh turut turun mengundi :D

Bagaimana nak mengundi?? Kami tak pernah daftar pun sebagai pengundi di sini, tapi dapat surat untuk mengundi dan dinyatakan sekali tempat mengundi. Rajin betul SPR dia buat kerja :D. Ini poll card kami :)

 


Siapa yang bertanding dalam pilihanraya ini? Ada 2 parti yang berpengaruh bertanding di kawasan kami iaitu Labour Party dan Liberal Democrat Party. Yang kami perasan, ada 3 calon untuk setiap parti. Nampak macam nak main sepak takraw saja. Setiap parti ada seorang calon Muslim, mungkin sebab ramai orang Pakistan di kawasan ini. Kat UK, semasa pilihanraya, setakat ini memang tak pernah nampak poster yang ditampal sepanjang jalan macam di Malaysia. Cumanya banyak flyers yang dihantar ke setiap rumah dengan menyatakan sebab-sebab untuk undi calon mereka. Di bawah ini ada contoh flyers yang diterima.

Calon parti Labour dan calon Liberal Demokrat

Selain mengundi wakil-wakil ke Nottingham City Council, kami juga perlu mengundi untuk satu referendum bagi mengubahsuai sistem pilihanraya di UK. Kami pun tak berapa pasti apa sebenarnya yang nak diubahsuai, tapi berdasarkan flyers yang diterima, apa yang dapat kami fahami, setiap calon pilihanraya perlu memenangi 50% sokongan pengundi untuk diisyhtiharkan sebagai pemenang. Jika tidak, undi tambahan perlu dilaksanakan (nak laksana macam mana pun kami tak pasti juga, boleh google tapi tiada kelapangan buat masa ini) Cadangan ini dikemukakan oleh Nick Clegg, timbalan PM UK sekarang ini dari parti Liberal Democrat. Tetapi, David Cameron (PM UK dari parti Conservative) tak setuju dengan idea tersebut. Untuk makluman, kerajaan UK sekarang ini adalah kerajaan campuran di bawah kerjasama parti Conservative dan parti Liberal Democrat. Boleh tengok contoh-contoh alasan yang menyokong dan menolak AV referendum tu di bawah.
The reasons to say YES to AV referendum


The reasons to vote NO to AV referendum

Jom pergi mengundi!

3 comments:

Hidayah said...

oh ana, cuma 2 parti je ek? kitorg byk gak parti.. tp yg igt labour & lib dem ada 2,3 calon, then ada parti kecik2 jugak. kitorg vote pakai post so htr before cuti easter. so hr tu lps hntr bru la byk kuar kt newspaper psl AV, apa pro & cons semua.
btw, registration tu dah buat yg before last year punya election kan. so rsnya diorg simpan record kita as voters. apa2pon mudah2an yg terbaik menang.

Nihlah Insyirah said...

aah Dayah, betul juga.semalam ana rasa ada lebih dari 6 calon kat senarai mengundi tu, tapi tak ingat parti apa yang lain2 tu.yang kami dapat flyers tu 2 parti jer:)

actually ini first time kitorang mengundi, last year tu kitorang tak mengundi pun sebab rasanya tak dapat poll card pun. Tahun ni bila dapat poll card tu, itu yang excited nak gi mengundi, hehehe. kitorang tak ingat pula bilanya kitorang register, betul kot kata Dayah, mungkin dah daftar beberapa tahun lepas.

Apa pun terima kasih banyak coz sudi singgah ke blog ini:)

p/s: Ana baru tahu kewujudan blog Dayah ni. Malam tadi dok pulun baca entry2 dalam blog Dayah & I love it:)

Hidayah said...

Tetibe td teringat nk tnye dzul apa nama kawasan kitorg, kok lain dr forest field. lps tu Dzul pon lupa apa. bkn apa, sbb Ana kata ramai candidate muslim, dlm list kitorg ada 2 je.
Haha, Ana.. dah lama jd pengunjung sini.. tp seasonal la.. bila rs nk bc blog2 org.. blog sndri mmg selama ni low profile sket. sbb tau jenis susah nk update kdg2 tu. pastu rs mcm kurg mengancam compare dgn blog Ana & org2 lain.. aik, dh masuk list eh.. terima kasih :) dah lama tpikir jugak nk buat blog list org2 notts ni. tp xbuat2 lg. insyaAllah.. sonang sikit nk menyinggah ;)