Monday 16 May 2011

Restoran Kurdistan di Nottingham!

Sebelum ini, jika nak makan di kedai sekeliling Nottingham ini, selalunya akan ke kedai Pakistan sahaja seperti Ahmed, Desi Express, Khyber pass dll. Kali ini di atas promosi rakan, kami cuba ke restoran Kurdistan pula sempena dengan hari lahir Nuha yang ke-2 tahun :). Balik dari hospital QMC, terus kami singgah di restoran ini.
Di hadapan Restoran Kurdistan

Kami di dalam kedai bersama birthday girl yang happy ;)

Oleh kerana ini pertama kali kami menjejakkan kaki di restoran ini kami tidak tahu bagaimana dan banyak mana menu yang diberikan. Bila tiba menu yang diorder, terkejut kami dengan kuantitinya yang agak banyak. Kalau kongsi-kongsi pun boleh :) Rasanya pun sedap (bagi kamilah). Lain sikit dari cara masakan Pakistan. Selain menu yang diorder ini, roti nan, sayur-sayur dan air teh diberi secara percuma. Kalau tahu roti nan diberi percuma (2 keping), kami tidak perlu memesan makanan untuk Nuha dan Insyirah kerana diorang makan roti nan jer hari tu. Nasi goreng keema itu terpaksa dibungkus bawa balik :) Selamat Ummi tak payah masak haritu, hehehe. Alhamdulillah.
Menu yang diorder: (1) Kuzi+nasi+sos tepsi untuk Ayah (2) Lamb stew+nasi+sos okra untuk Ummi dan (3) Nasi goreng Keema untuk Nuha dan Insyirah

Kami cuba merasa manisan orang Kurdistan pula, Barklava. Macam makan puff manis. Rasanya boleh tahanlah, tapi kalau manis-manis buah lagi ok kot :)
Ini sos tepsi yang diberikan bersama nasi. Macam sambal terung tapi tak pedas, sedap!. Kami suka yang ini berbanding sos Okra.
Ini sos okra (bendi) yang diberikan bersama nasi juga. Rasanya masam-masam.
2 keping roti nan yang diberikan percuma.
Menu sampingan (sayur-sayur) yang juga diberikan percuma.

Bila kami bangun nak bayar dan balik, beria tuan punya kedai ini suruh kami tunggu sebab dia nak bagi teh, hehehe. Kami pun layankan jerlaa.
Teh yang sangat pekat dan kelat. Tapi oklah sebab percuma :)

Secara keseluruhan, restoran ini kira oklah, harganya berpatutan, layanan mesra dan rasa makanannya pun sedap. Boleh dijadikan pilihan jika nak makan-makan diluar, tukar selera sekali sekala. Nuha dan Insyirah siap dapat lolipop percuma lagi:) Rakan kami pesan jangan order menu yang bakar-bakar kerana kurang sedap. Dan ada lagi rakan cakap yang menu "Mandi rice" adalah kegemarannya. Lain kali mungkin boleh cuba yang itu pula;)

P/s: Sajer jer ni berkongsi moga memberi manfaat pada orang lain. Tiada kepentingan peribadi ye, hehehe:)

2 comments:

kak cahaya said...

ishhh terasa rugi plak sbb tak penah cuba mkn kat situ..kalo ana mkn menu2 lam gambar tu brapa gbt ek

Nihlah Insyirah said...

semua sekali £15 kak. Nasi+Lamb stew+okra=£5.50, Nasi+kuzi+tepsi=£5.50, Nasi goreng keema tu £3, dan barklava £1... kak, baru ni gi makan kat restoran aljazeera di manchester, sedap sangat nasinya kak, nasi with half chicken, murah pula tu...isk2 teringat-ingat lagi nasi tu..huhuhu