Monday, 18 July 2011

Ahmad 7 bulan

Alhamdulillah, kini usia Ahmad Mujahid sudah 7 bulan dan 10 hari. Berat terkini ketika timbang pada 4 Julai yang lalu adalah 6.2kg sahaja. Coretan kali ini lebih banyak gambar berkenaan dengan perkembangan Ahmad yang terkini.
Cara tidur Ahmad Mujahid:)
Tidur sendiri setelah minum susu, berak dan disalin lampinnya :) Walaupun mudah untuk tidur (hanya ketika kenyang dan lampinnya bersih!), namun telinganya sangat sensitif dengan sebarang bunyian. Mudah terjaga. Jika sudah mengantuk sangat dan perut tidak betul-betul kenyang, perlu didokong, mendodoi untuk menidurkannya kerana jika terlalu mengantuk sangat, susu pun akan ditolaknya:D

Masa meninggalkan anak-anak diruang tamu sebelum menunaikan solat di atas, masing-masing masih cergas dan kedengaran Insyirah berkata yang beliau ingin membuat puzzle selepas memakan buah oren yang diberikan. Ahmad pula setelah diberi susu dan disalin lampinnya, Ummi meletakkannya di atas buaiannya (off) untuk mengelakkan sikakak terlanggar adik jika diletakkan di atas lantai. Kedengaran riuh rendah suara masing-masing setelah Ummi mengambil wuduk, namun setelah solat, tiada lagi suara kedengaran. Nengok-nengok semuanya sudah ketiduran dan puzzle yang Insyirah buat pun tidak sempat disiapkan, hanya tinggal lagi 3 sahaja untuk siap. Sudah mengantuk sangatlah tu:D

Opps, gambar kita mandi pun kakak Insyirah nak ambil ke?? Ummi tengah sibuk mandikan si Ahmad, si Insyirah sibuk dengan kamera ambil gambar si adik. Sekarang ini sudah boleh mandikan Ahmad dengan meletakkannya di atas tempat duduk mandinya. Senang sikit Ummi nak mandikannya:) Berkenaan masalah kulitnya, Alhamdulillah ianya semakin ok.

Ummi baru berani hendak meletakkan Ahmad di dalam "bumbo chair"nya. Itu pun tidak boleh bertahan lama, sekejap jer duduk tegak kemudian sudah melepek ke tepi kerusi, huhuhu. Risau juga sebab "head control" nya tidak berapa bagus lagi walau sudah 7 bulan. Kenapa yer??


Hehehe, abaikan yer sudu pink tu sebab guna balik si kakaknya sudu :D Sekarang sudah ada sudu biru, alhamdulillah:) Ini pertama kali beri Ahmad makan pada 21 Jun yang lalu. Mulanya ingat nak beri 2 ,3 sudu sahaja sebagai percubaan. Tetapi Ahmad seronok pula makan sampai nak habis semangkuk buburnya itu. Hari pertama Ummi beri bubur kosong. Hari kedua Ummi bagi pisang lenyek. Hari ketiga, Ummi beri bubur campur brokoli campur susu formula (Nutramigen) yang diberikan. Ketiga-tiga hari ini memang Ahmad makan bersungguh-sungguh. Sedap jer nengok dia makan tetapi malam hari ketiga yang Ahmad makan tu tiba-tiba nangis sakit. Rupanya sembelit. Semalaman kami tidak lena kerana sembelitnya, hehehe. Esoknya terus Ummi berhenti berikannya makan. Si Ayah cakap "itulah Ummi excited sangat suap dia makan, mentang-mentang dia nganga, Ummi sumbat jer, mungkin perut Ahmad tak berapa kuat lagi kot". Selepas itu, Ummi rasa menyesal tak sudah sebab menyebabkan Ahmad sembelit, huhuhu. Sampai sekarang, kami masih tidak betul-betul memberikan Ahmad makan sebab Ahmad seperti tidak lalu nak makan seperti sebelumnya. Walaupun Ummi membuatkannya bubur, namun Ahmad makan hanya satu dua sudu sahaja. Kalau nengok mulutnya macam beria jer nak makan dan sekarang ini pun sudah pandai ambil barang dan masukkan ke dalam mulutnya, huhuhu.

Terima kasih pada Ibu Eriem yang berikan kopiah untuk Ahmad, Ahmad suka! :)
Ini gambar masa 8 Julai yang lalu apabila sekali lagi Ummi teringin nak makan kek lobak makcik Zana :) Ahmad baru masuk 7 bulan!

Ini video Ahmad yang terkini. Sudah pandai main sendiri. Kalau boleh semua barang nak dirasanya ;)

Gambar Ahmad "rolling" tiada dalam simpananlah pula. Bulan lepas sibuk sangat dengan kerja "rolling" nya itu, tapi bulan ini nampak berkurang sikit kerja "rolling" tu. Sekarang banyak aktiviti bermain menggunakan tangan pula.

Sekarang ini, kami tidak sabar menunggu temujanji dengan "surgeon" Ahmad pada 10 Ogos ini. Sudah beberapa kali tunda dari bulan Mei lagi, huhuhu. Semoga Ahmad Mujahid sihat, cergas membesar menjadi anak yang soleh untuk berbakti pada agama, amin.

4 comments:

areT said...

salam..iman aritu pon sembelit gak, kaktie bg jus prune,...then kembali normal..try la..

iman pon berat bdn dia pon 6 kg je,ms umo 6 bln...skg x tau baper..risau gak..tp doc ckp...as long as dia sihat...jgn risau2

Nihlah Insyirah said...

Salam kaktie. Lama tak dengar khabar. Rupanya Iman sebaya dengan Ahmad.

Terima kasih kaktie for sharing info. Sekarang ni Ahmad macam tak selera nak makan sebab bila kita sua sudu dia toleh kanan, toleh kiri macam mengelak. Masa mula2 dulu dia yang excited nak makan.

Iman lahir berapa kg kaktie? Takpe as long as dia sihat ok jer.

Thanks coz sudi singgah ke sini:)

areT said...

iman aritu lahir pd 16 dis,berat dia 2.8kg.kaktie ada baca,mmg baby mcm tu, arini dia excited makan mcm lapar gila2,then esoknya,tak mau makan...heheheh...kenal abg muzammil dan kak fida kan....tu abg ipar kaktie tu..dalina tu plak..my best friend...heheh...what a small world kan

Nihlah Insyirah said...

Ooo beza 8 hari jer dengan Ahmad. itulah kaktie, yang penting teruskan menyuap kan:)

kenal sangat dgn diorang kaktie.rasanya dulu pernah sembang dengan diorang pasal ana kenal dengan kaktie masa nampak gambar kaktie kahwin dekat FB. suka gambar yang dekat motor tu;). mmg kecik jer dunia ni kan, pusing2 kot situ juga:)