Saturday, 2 July 2011

Puasa di Musim Panas

Sekarang tepat jam 1.51 pagi, mata ini masih belum boleh tidur sebab nak kena tunggu waktu Subuh, jam 2.35 pagi walaupun kaki sudah terasa lenguh-lenguh dan hidung sudah mula nak selsema. Sebabnya kalau tidur sekarang, jawabnya boleh terbabas waktu Subuh kerana jam 4.41 pagi sudah shuruk.

Berbalik pada tajuk, puasa ketika musim panas sangatlah menguji tahap kelaparan, kehausan dan keimanan. Minggu lepas, cuba berpuasa bagi menemankan en suami setelah begitu lama tidak melatih diri ini untuk berpuasa dengan alasan sedang menyusu anak, huhuhu. En suami ok sahaja, cuma saya yang tidak tahan, lagi-lagi bila Ahmad Mujahid semakin kerap menyusu (mungkin air susu cair dan dia tidak puas menyusu). Waktu berpuasa ketika ini mengambil masa lebih kurang 19 jam lebih iaitu dari jam bersahur 2.30 pagi hingga jam 9.37 malam waktu berbuka. Walaupun badan agak letih, ditambah dengan sakit kepala sebab perut kosong, akhirnya berjaya juga untuk berpuasa penuh. Terasa bagai budak kecil yang baru mula belajar berpuasa, huhuhu. Alhamdulillah, bulan ramadhan yang lalu dapat berpuasa penuh walau sedang sarat mengandung. Kalau tidak, jenuhlah nak membayar ganti puasa.

Lagi sebulan, kita akan menyambut ramadhan al-mubaraq. Harap-harap dapatlah dipertemukan dengan ramadhan kali ini dan semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelumnya. Jangan sibuk mengemas barang nak balik Malaysia sampaikan lalai untuk merebut ganjaran yang besar ketika ramadhan sudah, huhuhu. Tips untuk dapat bertahan berpuasa berdasarkan pengalaman sendiri terutamanya ketika sedang menyusu anak atau sedang mengandung, pastikan bersahur dan banyakkan minum susu serta makan kurma. InsyaAllah badan akan bertenaga sehingga waktu berbuka puasa. Bulan depan alhamdulillah waktu berbuka puasa semakin cepat, 9.00 malam dan waktu bersahur semakin lambat dari sekarang, 3.00 pagi, tapi lebih kurang 18 jam juga :D Semoga Allah permudahkan segalanya.   

2 comments:

RieNa said...

itulah, adik riena bgtau siang kat sana panjang. mujurlah dia blk bercuti,bleh berpuasa dgn mak dan keluarga kat sini. kurang la skit dugaan berpuasa dia. :)

Nihlah Insyirah said...

itulah riena, kebiasaannya budak-budak undergraduate di sini memang akan balik Malaysia sebab cuti panjang kan. Seronoklah dia dapat berpuasa kat Malaysia. Kami pun tak sabar nak balik :)