Tuesday, 20 September 2011

Allergic Telur

Selain daripada allergic terhadap susu lembu dan antibiotik Flucloxacillin, Ahmad Mujahid allergic terhadap telur juga yang mana kami mula mengenalpastinya pada 28 Ogos 2011, jam 6.20 petang, 2 hari sebelum umat Islam menyambut hari raya aildilfitri 1432H. 

Semuanya bermula ketika Ummi sedang sibuk memasak didapur untuk juadah berbuka dan Ayah sedang bertadarus di masjid Madni. Untuk melekakan Ahmad bermain sendirian untuk membolehkan Ummi memasak didapur, Ummi meletakkan Ahmad di kerusi makannya dan memberikannya pelbagai struktur makanan untuk dipegangnya. Antaranya spagethhi, timun dan akhir sekali telur rebus yang masih belum dikupas kulitnya. Pada mulanya Ahmad hanya membelek-belek telur rebus tersebut dan kemudian menggolek-golekkan di atas meja makannya. Ummi leka didapur memasak dan tiba-tiba terdengar Ahmad menangis dan Ahmad menoleh ke arah Ummi di dapur. Alangkah terkejutnya apabila melihat mata kirinya bengkak dan mukanya naik merah-merah. Allahuakbar! Terus Ummi mengangkatnya dan menyusukannya untuk meredakan tangisnya. Tangannya asyik menggosok-gosok mukanya kerana kegatalan. Ummi melihat telur rebus yang diberikan telah dimakannya sedikit. Kulit-kulit bertaburan di atas meja dan lantai. Selepas tangisnya reda, Ummi terus memandikannya dan melumurkan krim ke seluruh badannya untuk mengurangkan kegatalannya. Alhamdulillah keesokan harinya matanya yang bengkak sudah surut walaupun tidur malamnya tidak lena kerana kegatalan.

Mata Ahmad terus naik bengkak mendadak hanya kerana sebiji telur rebus :D

Inilah telur yang dimakan Ahmad, huhuhu. Tidak tahu bagaimana Ahmad mengopek telur ini dan memakannya. Gigi sebatang pun belum ada lagi, huhuhu.

5 comments:

Nurul said...

kesian....take care ye ana..haris alhamdulillh so far takde allergic apa2 lg..tp mmg common babies yg lahir obc akan ada alahn ni..

areT said...

ana...siannya tgk mata ahmad:(take care

Nihlah Insyirah said...

terima kasih kak nurul & kaktie :)

zafwah said...

Cepat ek effect telur tu..kirenye ana pun xblh mkn telur gak la ek..ke ok je..

Nihlah Insyirah said...

aah kak farah. ana pun terkejut sebab tak sampai setengah jam, mata dah naik bengkak, huhuhu

ana kalau makan telur sikit2 ok jer, just naik bintik2 merah sikit jer kat ahmad...cuma haritu ana bantai 3 biji telur separuh masak, muka dia terus naik merah2 tapi takla sampai bengkak2 matanya.