Hari ini sudah 2 Zulkaedah, tetapi cerita raya masih tak habis-habis, hehehe. Pada Syawal yang lalu, alhamdulillah, Allah memberi kesempatan kepada kami sekali lagi untuk mengajak rakan-rakan beraya ke rumah kami pada Sabtu minggu ke 3 Aidilfitri bersamaan dengan 17 September 2011. Kali ini kami panggil seramai yang boleh kerana ini mungkin kali terakhir kami dapat menjemput rakan-rakan ke rumah sebelum kami membungkus semua pinggan mangkuk dan meja. Mohon maaf kepada yang terlupa untuk dijemput dan yang tidak perasan jemputan di "mukabuku". Terima kasih kepada semua yang sudi menghadirkan diri dan mohon maaf di atas segala kekurangan.
Juadah utama yang disediakan pada hari tersebut ialah pasembor/mee rojak atas permintaan rakan-rakan yang tidak puas merasainya ketika projek ramadhan kami yang lalu. Menu sampingan nasi ayam dan sedikit sate. Ramai tetamu yang hadir menanyakan bagaimana Ana sempat memasak kesemua menu, huhuhu. Ana pun macam tidak percaya boleh sempat memasak kesemuanya disebabkan Ana ini jenis yang agak lambat bab-bab memasak ini. Namun di atas sokongan suami, berjaya juga Ana menyiapkan kesemuanya. Jemputan bermula dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang untuk sesi pertama dan jam 3 petang hingga 7 petang untuk sesi kedua. Kami terpaksa membuat dua sesi kerana keadaan rumah yang kecil.
Oleh kerana jemputan bermula jam 12 tengah hari, tentunya tidak sempat jika pagi itu baru hendak memasak kesemuanya. Jam 9 malam Ana sudah masuk tidur untuk menidurkan anak-anak. Jam 1 pagi sudah bangun dan setelah selesai solat bermulalah misi memasak kuah sate. Sambil menunggu kuah sate siap, rebus keledek dan kisar untuk menyediakan kuah pasembor. Masa ini juga baru sempat nak cucuk sate kerana keadaan Ahmad yang kurang sihat 2-3 hari sebelumnya, huhuhu. Jam 3 pagi, Ahmad bangun pula hendak menyusu dan menyusukannya sambil Ana pun tidur sekali hingga jam 5 pagi. Kemudian bangun untuk solat Subuh dan memasak kuah pasembor pula. Lebih kurang jam 8 pagi baru siap kuah pasembor dan terus merebus ayam untuk nasi ayam. Fuhh, masa ini agak stress sebab Ahmad sudah menangis nak menyusu dan banyak lagi yang tidak siap. Rasa macam tak cukup tangan dan dengan keadaan dapur yang tidak muat untuk masak banyak-banyak periuk. Mana nak rebus spagethhi, goreng cucur untuk pasembor, goreng ayam, dan macam-macam lagi, huhuhu. Namun alhamdulillah, segalanya berjaya disiapkan, cuma tetamu tiba 10 minit awal terpaksa tolong kupaskan telur dan potong-potong. Terima kasih kepada adik-adik Medik :)

Gambar tengah & bawah: Antara menu yang disajikan dan kuah pasembor yang sedang mendidih atas dapur elektrik
Gambar atas: Gambar selepas majlis selesai. Insyirah tertidur keletihan :)
Antara tetamu yang sudi menghadirkan diri. Terima kasih semua. Terima kasih juga kepada suami dan rakan-rakan yang tolong pegangkan Ahmad kerana Umminya sibuk didapur :)
InsyaAllah selepas ini kita berkumpul di Malaysia pula. Tak tahulah masih ada kesempatan hendak masak sendiri nanti atau main order sahaja :D Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan tinggal di bumi permaisuri ini dan secara tidak langsung mengubah diri dari yang tidak pandai masak kepada bolehlah memasak sikit-sikit walau masih diperingkat amatur :) Semoga ukhuwah yang terjalin kekal selamanya dan di dalam keberkatanNya, amin.
No comments:
Post a Comment