Semalam, genap 4 tahun kami berada di bumi permaisuri ini. Masih segar dalam ingatan detik-detik ketibaan kami di Heathrow London pada jam 5.30 pagi, 25 September 2007 yang lalu. Pelbagai suka duka yang dilalui ditempuhi bersama sehingga saat ini. Perjalanan hidup di bumi Nottingham ini bakal sampai dipenghujungnya tidak lama lagi insyaAllah. Kini kami sedang sibuk mempersiapkan diri untuk pulang ke tanah air tercinta. Semoga Allah memudahkan segala urusan kami di sini dan selamat pulang ke Malaysia. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik perancang dan Maha Mengetahui segalanya.
Alangkah baiknya jika kita sentiasa mempersiapkan diri sebaik-baiknya untuk kehidupan di SANA yang kekal abadi.
No comments:
Post a Comment