Akhirnya EBM Ahmad terbuang begitu sahaja, sedih sangat, huhuhu. Hendak diberikan kepada Nuha pun, dia tidak mahu sebab sudah dibekukan. Dulu jika diberikan kepada Nuha sejurus selepas diperah, Nuha minum berbotol-botol. Sayang sangat tetapi tidak boleh nak buat apa jika disimpan kerana masa Ummi memerah susu tersebut Ummi tidak pantang kepada susu lembu kerana masih tidak mengetahui yang Ahmad allergic terhadap susu lembu. Minum milo sahaja harus 3- 4 kali sehari. Tidak termasuk minum susu lembu segar. Sekarang ini pun jika Umminya makan aiskrim satu dua sudu pun, kulitnya sudah naik bintik-bintik akibat allergic.Tetapi masih terkawal.
Susu Ahmad yang terpaksa dibuang :( Sebelum ini asyik tak sampai hati hendak membuangnya tetapi disebabkan tiada ruang di dalam peti ais, akhirnya dibuang juga, huhuhu.
Hari ini sudah 13 hari kita berpuasa dan alhamdulillah Ahmad masih boleh menyusu badan walaupun Umminya berpuasa. Sepanjang berpuasa ini hanya 2 kali Umminya memberikan susu formula Nutramigen kepada Ahmad sebagai tambahan. Itu pun disebabkan Umminya terlajak tidur dan tidak bersahur, huhuhu. Di bulan puasa ini memang perlu minum air bergelas-gelas ditambah dengan minuman soya (pengganti susu) bagi memastikan bekalan susu Ahmad cukup disiang hari. Sekarang ini cuba minum air halba untuk meningkatkan pengeluaran susu sebabnya baru-baru ini pengeluaran susu menakjubkan, tidak seperti biasa. Mungkin dari sumber makanan kari kepala ikan yang diletakkan halba campur. Wallahualam.
2 comments:
sayangnyer tgk EBM dibuang,huhuhuh,ktie skg kurang gak susu,tp akan make sure iman ke nursery ada bekalan ebm wlupun 2oz
sangat sayang kak tie.rasa sedih sangat bila membuang satu persatu isi botol itu sebelum dibasuh. sambil buang dok terpk dapat perah lagi ke mcm ni bila nak naik keje nanti, huhuhu.
Post a Comment