Monday, 12 September 2011

Hari pertama ke sekolah

6 September 2011 yang lalu, Insyirah mula ke sekolah setelah lebih kurang 6 minggu bercuti. Ini juga merupakan kali pertama Insyirah menggayakan uniform sekolahnya kerana sebelum ini hanya memakai baju harian biasa sahaja. Pada mulanya ingatkan Insyirah ditempatkan di kelas, namun jangkaan kami meleset. Insyirah masih di nursery, cuma sepenuh masa hingga 3.30 petang kerana umurnya yang masih muda. Insyirah boleh masuk ke kelas bermula Disember 2011 ini. Nampak gayanya tidak sempatlah Insyirah merasa pengalaman berada di kelas bersama rakan-rakan lain. 

Ayah dan Nuha menghantar Insyirah ke sekolah pada jam 8.55 pagi

Insyirah dan uniform sekolahnya :)

Hari pertama ke sekolah hingga jam 12 tengah hari sahaja sepanjang minggu pertama. Aktiviti waktu petang Insyirah setelah pulang dari sekolah hari ini ialah menggunting rambutnya sendiri dan rambut Nuha. Tidak tahu kenapa tiba-tiba tergerak hatinya untuk memotong rambut sendiri dan Nuha. Bukannya sehari dua baru pegang gunting, lama dah. Kebiasaannya hanya menggunting kertas-kertas dan kadang-kadang tergunting baju sikit. Yang sangat pelik bagaimana Nuha boleh duduk diam sehingga gondol rambut depannya digunting Insyirah. Umminya yang sedang asyik melihat komputer sambil menyusukan Ahmad hanya menyedari apabila Insyirah cakap "It's ok Nuha. Bila Umminya toleh sahaja lihat ya Allah habis rambut anak-anakku. Rasa macam nak menangis tapi nak tergelak pun ada juga. Lagi-lagi bila tengok rambut Nuha yang sangat kelakar.

 
Rambut yang dipotong Insyirah. Ada lebih kurang 1 genggam lebih  genggaman Umminya:). Banyak juga tu!


Tara!! Ini hasil kreativiti Insyirah terhadap rambut Nuha. Bila ditanya kenapa potong rambut Nuha. Insyirah jawab, "I just helping you", huhuhu. Cantik tak rambut Nuha kakak potong? Sambil gelak-gelak Insyirah menjawab, "Nuha likes a clown Ummi", huhuhu.


Rambut Insyirah boleh tahan lagi sebab dia gunting bahagian tepi sahaja tetapi rambut belakang dah jadi macam ekorlah pula. Bila tepi kiri kanan dipotong, rambut belakang dah nipis. 

Bila Umminya nak betulkan balik rambut Nuha, Nuha tidak mahu. Sepanjang hari disebutnya "No way" bila dipujuk untuk gunting rambutnya. Akhirnya Umminya membuat keputusan untuk potong dikedai sebelah rumah sahaja. Semasa potong rambut Insyirah ok, duduk diam sahaja tetapi potong rambut Nuha rasa tak cukup tenaga nak pegang dia bila meronta-ronta taknak potong. Siap kena 2 orang pegang nak gunting rambut dia masa tukang gunting nak potong. Marah sungguh bila orang potong rambutnya, sampai teresak-esak menangis. Bila dah sampai rumah masih teresak-esak menangis suruh pergi balik ambil rambut dia yang sudah digunting, huhuhu. Kemudian sampai tertidur keletihan setelah letih bergelut semasa nak dipotong rambutnya. Kasihan Nuha. Bila tersedar dari tidur masih ingat lagi akan rambutnya yang dipotong dan disuruhnya lagi kami pergi ambil balik rambutnya :D

Nuha dan Insyirah berambut baru ;) 

Teringat semasa selesai sahaja Insyirah menggunting rambut dihadapan cermin dan tukang gunting, "Is this boy hair or girl hair?" dengan muka sedih melihat rambutnya yang telah dipotong pendek. She said "everyone will laughing at me, this is boy hair", huhuhu. Lalu Umminya cakap, ini adalah akibat daripada perbuatan kakak yang menggunting rambut Insyirah dan Nuha. Lepasni jangan buat lagi ok. Bila Umminya tanya salah siapa rambut Insyirah dan Nuha jadi macam ini, Insyirah mengaku yang salah dia, huhuhu. Kasihan anak-anak Ummi. Walaubagaimanapun, terima kasih kakak Insyirah yang berniat untuk tolong Ummi menggunting rambut Nuha. Memang beberapa hari sebelum Umminya asyik berkata ingin memotong rambut depan Nuha kerana sudah mencucuk mata, tetapi dok cakap sahaja, tapi tak buat-buat :D Kiranya salah Umminya juga, hehehe.

3 comments:

zafwah said...

tiap kali tgk rmbt nuha yg dipotong dek syirah mesti nk gelak..lawak betul..

perangai nuha rs sebiji mcm perangai hadif..klu dia ckp xnak tu then kita paksa mesti mengamuk..siap suruh amik balik rambut dia tu..tu pun sebiji gak mcm peel hadif..huhuhu sah 2nd child syndrome..

Kisah Qaseh said...

ana...

mcm Farah masa kecik dulu...
tapi rambut adik memang habis.. tompok2... sampai kena botakkan...

cakap dgn Insyirah... boleh la geng dgn aunty Farah..

:)

Nihlah Insyirah said...

zafwah a.k.a Kak farah: tulah kak, bila nuha dok nangis2 tu ada juga teringat kat hadif masa kita gi camping. lagi kita paksa, lagi kuat dia melawan, huhuhu. mmg 2nd child syndrome kot kak. Kesian kat insyirah yg selalu kena mengalah dgn nuha sbb taknak bg dia nangis.

Kisah Qaseh a.k.a Farahdilla: kiranya anty farah ni geng dgn insyirah lah ni, kreatif:D. mesti kelako bila dah besar ingat2 balik peristiwa ni kan. umur berapa adik ko kena botakkan tu farah?girl ke boy?sian dia, huhuhu.